Seruan Kepartian PAS mahupun UMNO ala seruan Jahiliyah





Hadis mengenai Taksub dan Assabiyah di zaman Jahiliyah

Seruan "Hidup PAS!" atau "Hidup UMNO" atau yang sewaktu dengannya adalah seruan
Ala Jahiliyah

جَابِرًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ غَزَوْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ ثَابَ مَعَهُ نَاسٌ مِنْ الْمُهَاجِرِينَ حَتَّى كَثُرُوا وَكَانَ مِنْ الْمُهَاجِرِينَ رَجُلٌ لَعَّابٌ فَكَسَعَ أَنْصَارِيًّا فَغَضِبَ الْأَنْصَارِيُّ غَضَبًا شَدِيدًا حَتَّى تَدَاعَوْا وَقَالَ الْأَنْصَارِيُّ يَا لَلْأَنْصَارِ وَقَالَ الْمُهَاجِرِيُّ يَا لَلْمُهَاجِرِينَ فَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا بَالُ دَعْوَى أَهْلِ الْجَاهِلِيَّةِ ثُمَّ قَالَ مَا شَأْنُهُمْ فَأُخْبِرَ بِكَسْعَةِ الْمُهَاجِرِيِّ الْأَنْصَارِيَّ قَالَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعُوهَا فَإِنَّهَا خَبِيثَةٌ وَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أُبَيٍّ ابْنُ سَلُولَ أَقَدْ تَدَاعَوْا عَلَيْنَا لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الْأَعَزُّ مِنْهَا الْأَذَلَّ فَقَالَ عُمَرُ أَلَا نَقْتُلُ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا الْخَبِيثَ لِعَبْدِ اللَّهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَتَحَدَّثُ النَّاسُ أَنَّهُ كَانَ يَقْتُلُ أَصْحَابَهُ

 "Kami pernah berperang bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, ketika itu orang-orang Kaum Muhajirin sudah bergabung dan jumlah mereka semakin banyak. Di antara Kaum Muhajirin itu ada seorang laki- laki yang pandai memainkan senjata lalu dia memukul punggung seorang shahabat Anshar sehingga menjadikan orang Anshar ini sangat marah, lalu dia berseru seraya berkata; "Wahai Kaum Anshar". Laki-laki Muhajirin tadi menimpali dan berseru pula; "Wahai Kaum Muhajirin". Akhirnya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam datang dan bersabda: "Mengapa seruan-seruan kaum jahiliyah masih saja terus dipertahankan? '. Kemudian beliau bertanya; "Apa yang terjadi dengan mereka?". Lalu beliau diberitahu bahwa ada seorang shahabat Muhajirin yang memukul punggung seorang shahabat Anshar. Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tinggalkanlah seruan itu karena hal semacam itu tercela (buruk) ". Setelah itu 'Abdullah bin Ubbay bin Salul berkata; "Apakah mereka (Kaum Muhajirin) tengah mengumpulkan kekuatan untuk melawan kami?. Seandainya kita kembali ke Madinah maka orang yang kuat pasti akan mengusir orang yang hina" (Allah Subhaanahu wa Ta'ala mengabadikan perkataannya ini dalam QS al-Munafiqun ayat 8). Spontan'Umar berkata; "Tidak sebaiknyakah kita bunuh saja orang tercela ini, wahai Rasulullah!" Yang dimaksudnya adalah 'Abdullah bin Ubay bin Salul. Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak, agar orang-orang tidak berdalih bahwa dia (Muhammad) membunuh shahabatnya'.

 Diriwayatkan didalam Shahih Bukhari, Kitab perilaku budi pekerti yang terpuji, Bab: Apa-apa yang dilarang dari seruan Jahiliyah..

Suka saya disini ingin memberikan komentar mengenai pandangan saya terhadap perbezaan di antara Ulama' Muda UMNO atau nama lainnya Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU). 


 Antara perbezaan ketara yang dapat dilihat adalah, tidak kedengaran suara laungan di pihak ILMU untuk menyeru agar orangg awam mengundi UMNO mahupun Barisan Nasional. Sebaliknya, mereka mengatakan " Undilah calon yang  akan lebih mendatangkan manfaat serta menjauhkan mudharat kepada umat Islam ", disamping  dengan jelas mengatakan bahawa demokrasi adalah sistem yang dicipta oleh kaum kuffar (orang kafir) sehinggakan  ada di kalangann mereka (ILMU) sebagaimana yang dinyatakan sendiri oleh Ustaz Fathul Bari, dengan menukilkan fatwa sebahagian Ulama' yang mengharamkan mengundi pada pilihanraya secara mutlak atas dasar demokrasi adalah sistem yang direka oleh kaum penyembah berhaladisamping disanjung tinggi oleh Yahudi. Akan tetapi, UFB(Ustaz Fathul Bari) tidak memandang fatwa itu sesuai diterima berdasarkan realiti Malaysia pada hari ini yang berbilang agama, disamping keberadaan negara ini (Malaysia) sendiri yang telah banyak diresapi sistem kuffar (demokrasi ini) hinggakan ramainya manusia khususnya orang Islam sendiri memandang baik kepada sistem ini..

Berbeza dengan ilmuan atau ulama' yang berada di landasan perjuangan PAS, dimana kelihatannya mereka seperti terlalu menyanjung fahaman politik yang mereka pegang hinggaka dilihat seperti mereka memaksumkan segala tindakan pemimpin-pemimpin mereka (PAS), biarpun hakikatnya pemimpin  mereka itu mengatakan perkataan yang salah. Sebagai contoh, saya bawakan kisah dimana presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi bin Awang mengeluarkan 'fatwa' halal keaiban orang yang bakal dilantik sebagai pemimpin (Perdana Menteri atau wakil rakyat) dicanang-canang serta digembar-gemburkan di khalayak atas alasan agar rakyat tidak salah dalam membuat pilihan (undian) ketika pilihanraya. Semamangnya ada dalam kalangan ulama' terdahulu yang mengharuskan perbuatan ghibah atau mengumpat seseorang yang ingin dilanntik sebagai pemimpin. Akan tetapi, adakah realiti  pada zaman ulama' yang mengharuskan ghibah itu menerapkan sistem demokrasi di dalam pentadbiran negara yang mereka duduki? Atau adakah sekadar mereka membahaskan hukum ghibah untuk melantik pemimpin itu dalam kerangka sistem Syura? Apakah wajar disamakan antara sistem demokrasi dengan sistem syura?

Secara ringkasnya, sistem demokrasi meletakkan suara dan kuasa rakyat sebagai kuasa teratas dalam menetapkan atau meminda sesuatu hukum dan perundangan. Dengan kata lain, segala keputusan sesuatu perundangan di dalam sistem demokrasi meletakkan rakyat sebagai kuasa tertinggi. Hal ini berbeza dengan sistem Syura di dalam Islam dimana ia meletakkan wahyu sebagai 'suara teratas dalam meminda perundangan, disamping anggota-anggota majlis Syura tidaklah dianggotai oleh orang-orang awam yang lekeh serta lemah fikirannya. Sebaliknya, sistem Syura di zaman Nabi Muhammad S.A.W  terdiri daripada Ahlul Ilmi wal Aqdi dimana orang yang betul-betul cerdik pandai, boleh memberikan pendapat dan pandangan yang bernas, serta bertanggungjawab  sahaja yang dipilih untuk menganggotainya. Dengan kata lain, kebiasaannya ahli majlis syura pada masa itu terdiri daripada kalangan ulama'. Sehubungan dengan itu, wajarkah keaiban seorang Muslim disebar hanya atas dasar demokrasi yang ingin diperjuangkan?

Secara jelasnya, tidak kedengaran  bahawa ILMU melaung-laungkan agar orang ramai mengundi Barisan Nasional atau UMNO secara khususnya. Matlamat mereka jelas, agar dapat mengembalikan kesatupaduan ummah khususnya sesama umat Islam di Malaysia dengan berpaksikan kepada pemahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hal ini sebagaimana larangan Allah yang melarang umat Islam untuk menyerupai kaum Musyrikin yang sentiasa inginkan perpercahan sebagaimana firman-Nya dalam surah Ar-rum (30) ayat ke- 31 dan 32:


31) "Dengan kembali bertobat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah salat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah,"
32) "Iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka."

Berbeza dengan mereka yang berjuang diatas landasan PAS, slogan seperti "Hancur BN", Asal Bukan UMNO" dan selainnya sudah sebati dalam fikiran mereka. Di manakah letaknya atas perpaduan ummah pada fikiran mereka? Adakah asas kepada perpaduan datangnya dari kelompok yang muncul sesudah kewafatan Nabi kita Muhammad S.A.W? Sesungguhnya kunci kepada perpaduan umat Islam ada di dalam kitab Allah S.W.T.


Kesimpulannya, sebagai umat Islam, kita seharusnya menyanjungi ulama' yang perjuangkan Islam mengikut aturan yang didasari wahyu, tanpa ada sebarang kepentingan seperti untuk merebut kedudukan dan harta, disamping harus bagi kita agar sentiasa berwaspada akan penyeru-penyeru ke neraka yang memakai 'topeng' agama bagi mencapai hasrat yang diinginkannya sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :


نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ نَعَمْ قَوْمٌ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَمَا تَرَى إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ فَقُلْتُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ عَلَى أَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

 " “Ya”, dai - dai yang mengajak ke pintu Jahanam. Barang siapa yang mendekatinya, maka akan dilemparkan ke dalamnya. Aku (Hudzaifah Ibn Yaman) bertanya: Wahai Rasulullah, berikan ciri-ciri mereka kepadaku. Beliau bersabda: “Mereka mempunyai kulit seperti kita dan berbahasa dengan bahasa kita”. Aku bertanya: Apa yang engkau perintahkan kepadaku jika aku menemuinya? Beliau bersabda: “Berpegang teguhlah pada Jama’ah Muslimin dan imamnya”. Aku bertanya: “Bagaimana jika tidak ada jama’ah maupun imamnya?” Beliau bersabda: “Hindarilah semua firqah itu, walaupun dengan menggigit pokok pohon hingga maut menjemputmu sedangkan engkau dalam keadaan seperti itu”
(H.R Bukhari, Muslim, Ibn Majah, Abu Dawud, Al-Hakim dan Imam Ahmad)

Wallahua'lam

____________________________________________________________________________________

Ditulis Oleh : Muhammad Zulsyamini, Pelajar Semester Pertama Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa (Kewartawanan) UiTM Shah Alam, Selangor.

.