Ada yang menyindir, kenapa Ulama' Muda UMNO keluarkan fatwa-fatwa yang 'pelik' (bagi mereka), maka jawab mereka, kerana dalam Majlis Syura iLMU, terdapatnya seorang insan yang bernama Ustaz Rasul Dahri, Lalu mereka mengaitkan insan ini dengan kesesatan disebabkan buku-buku tulisannya yang telah banyak diharamkan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan mahupun di peringkat negeri-negeri tertentu.
Saya jawab mudah sahaja.
Pertama, dalam fatwa yang dikeluarkan itu, tidak tertulis pun perkataan Ustaz Rasul Dahri sebagai sesat dan terkeluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah. Yang ditulis hanya mengfokuskan kepada PENGHARAMAN BUKU-BUKU tulisannya untuk diterbitkan. Umum mengetahui 'gerakan Wahabi' yang sering dikaitan dengan Ustaz Rasul Dahri ini tidak pernah sekalipun dinyatakan sebagai sesat atau terkelar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Majlis-Majlis Fatwa Kebangsaan setiap negeri mahupun di peringkat Kebangsaan.
Sebaliknya, majlis-majlis fatwa sebegini hanya menfatwakan 'Fahaman Wahabi' adalah TIDAK SESUAI untuk diamalkan di Malaysia. Carilah mana-mana fatwa samaada di peringkat negeri ataupun di peringkat kebangsaan, nescaya anda tidak akan menjumpai walau satu fatwa pun yang mengatakan 'fahaman' Wahhabi adalah fahaman yang sesat lagi menyesatkan.
KEDUA
Berbeza pula dengan tokoh-tokoh sanjungan orang yang berada di dalam PAS mahupun pemimpin-pemimpinnya, dimana dalam kalangan mereka terdiri dari para habaib sufi, semisal Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri. Bukti jelas sudah tersiar di laman Youtube dimana hubungan 'habib' ini dengan seorang Syaikh Sufi yang bernama Nazim Haqqani amat erat. Ditonjolkan di dalam video itu, bahawa 'Habib' Ali ini terlalu memuliakan Nazim Haqqani ini sehingga beliau (Habib Ali) mengucup tangan dan dahi Nazim Haqqani ini. sumber: http://www.youtube.com/watch?v=6UMLucWM9Q4
Terbaru, si Habib turut membela 'Syaikh' Nazim Haqqani ini walaupun dia sendiri menyatakan beberapa aspek ketidak setujuannya terhadap Nazim Haqqani ini khususnya dalam bab cara berzikir kepada Allah. Menurut Habib Ali, Nazim Haqqani berpandangan akan ke-halal-an samaada harus atau sunat berzikir kepada Allah hingga ke tahap seolah menari-nari bagaikan orang tidak siuman (gila), dan dia (Habib Ali) menyatakan ketidak setujuannya dalam pandangan Nazim Haqqani ini. Disudut lain, Habib Ali dengan jelas turut mengangkat dan memuliakan Nazim Haqqani dari sudut 'keilmuan'-nya dalam bidang hadith dan juga feqah (fiqh) sehingga Habib Ali mengakui bahawasanya beliau ada menerima 'Ijazah Sanad' daripada 'Syaikh' Nazim Haqqani ini. Bukti video adalah seperti berikut:
Video ini juga boleh didapati di YouTube di alamat (URL) : https://www.youtube.com/watch?v=U_CseiYcf18
Majlis Fatwa Kebangsaan dengan jelas menyatakan bahawasanya Ajaran Tarekat Naqshabandi aliran Syaikh Nazim Haqqani ini telah terkeluar dari ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah sambil mengatakan para penganut tarekat ini perlu segera bertaubat. sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/tariqat-naqsyabandiah-al-aliyyah-syeikh-nazim-al-haqqani
Persoalannya, mengapa paus di depan mata tidak nampak, tetapi semut di seberang laut nampak sejelas-jelasnya? Fikirkan.
LAMPIRAN
Keakraban Habib Umar serta 'geng-geng Habaib':
Pemimpin PAS bersama 'rakan akrab' Habib Ali Al-Jufri:
Allahua'lam...