UMNO Kafir, orang dalam DAP bagaimana pula?

        Kepada sesiapa yang membaca Sinar Harian (Edisi Selangor) pada hari ini (15 Disember 2012) ,dengan jelas mengatakan DAP bersama PAS bukanlah untuk menegakkan negara Islam seperti hukum Hudud, akan tetapi lebih kepada prinsip menggalakkan demokrasi, pluralisme, kepelbagaian budaya, hak asasi manusia, hak-hak wanita dan pembangunan negara. sumber:

http://www.sinarharian.com.my/politik/dap-bersama-pas-kerana-prinsip-1.112705

         Di tempat lain, sinar Harian turut melaporkan:

"Pendirian beliau (Karpal Singh) itu nyata bertentangan dengan resolusi Pas baru-baru ini yang memilih presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri jika pakatan pembangkang dipilih menjadi kerajaan baharu Malaysia.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/politik/karpal-ulangi-sokongan-anwar-jadi-pm-1.112800

================================
KOMENTAR Abu Afham:

          Jika seseorang boleh menngatakan "Sokonng UMNO, dasar UMNO (kononnya) tolak Islam), maka siapa yang sokong sekalipun diragui keislamannya (maknanya boleh membawa ke kancah Murtad (Na'uzubillahi min zaalik)), bermakna bagaimana pula dengan orang-orang di dalam Pakatan Pembangkang yang turut sama bersekutu dengan DAP?

         Fikir-fikirkan. Jangan jadi berpuak-puak atau dalam bahasa arabnya disebut Hizbiyyah
sebagaimana firman-Nya dalam surah Ar-rum (30) ayat ke- 31 dan 32:

31) "Dengan kembali bertobat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah salat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah,"

32) "Iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka."

          Wallahua'lam.