Mengatakan si pejuang untuk Lahad Datu bagi tentera Muslim Malaysia (Polis) sebagai Syahid sememangnya dibolehkan. Mereka Syahid dalam ertikata secara zahirnya, hukum hakam terhadap pengurusan jenazah Muslim yang mati dimedan perang seperti tidak perlu dimandi/ dikafankan kerana bau darah mereka kelak akan bertukar semerbak wangian kasturi, dan juga wajar dikebumikan di tempat mereka mati (tidak dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing). - Ini adalah kata-kata yang penulis simpulkan dari kuliyah yang penulis sendiri menghadirkan diri dimana ianya disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Farouq Rasul bin Dahri.
Walaubagaimanapun, menurut Ustaz Muhammad Asrie bin Sobri, seorang ilmuan yang masih menuntut di Universiti Islam Madinah, para pejuang yang terdiri dari kalangan polis serta tentera kerajaan Malaysia yang gugur di Lahad Datu berkomentar: " Mereka bukan Syahid Dunia Akhirat, paling kuat mereka adalah Syahid Akhirat sahaja (mudah-mudahan semoga kita doakan). Maka jenazah mereka dimandikan, disolatkan, seperti halnya jenazah-jenazah biasa. Mereka (para polis dan tentera yang gugur) bukan syahid di medan perang melawan kaum Kuffar dalam jihad menegakkan kalimah Tauhid. Bermakna mereka tetap wajib dimandi seta disolatkan. Hanya mereka yg syahid ma'rakah iaitu yang terbunuh di medan perang melawan kaum kafir dalam rangka menegakkan kalimah Tauhid sahaja yang tidak perlu dimandi, disolat serta dikafankan mahupun perlu mengkebumikan jenazah mereka di tempat mereka gugur."
Akan tetapi, memberikan gelaran kepada mereka sebagai 'As-Syahid' adalah satu hukum lain yang berbeza. Dalam hal ini sekadar pengetahuan penulis, kedua-dua ilmuan yang penulis nyatakan sebentar tadi sepakat dalam permasalahan menggelarkan mereka yang mati dimedan perang dengan julukan 'As-Syahid'. Manusia hanya mampu menghukum manusia lain secara zahir. Zahirnya mereka (para polis) mati dimedan perang (jihad) kerana mempertahankan maruah (kehormatan) negara yang diperintah oleh Orang Islam setelah datang seruan dari pemerintah tertinggi negara ini (PM, YDPA , Inspektor Jeneral Polis (Ismail Omar) dan sebagainya). Adapun gelaran As-Syahid yang diberikan soolah-olah menggambarkan kepada kita bahawasanya yang mati di Lahad Datu itu maka pasti dia adalah seorang Ahli Syurga yang mendapat antara martabat tertinggi (Syuhada')
DALIL (Bukti/ hujjah bagi pernyataan ini): Kisah Si- Syahid, Si Dermawan dan Si Al-Hafiz
Dari Abu Hurairah, ia berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لِأَنْ يُقَالَ جَرِيءٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهُ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيكَ الْقُرْآنَ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ عَالِمٌ وَقَرَأْتَ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِئٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَعْطَاهُ مِنْ أَصْنَافِ الْمَالِ كُلِّهِ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ مَا تَرَكْتُ مِنْ سَبِيلٍ تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فِيهَا إِلَّا أَنْفَقْتُ فِيهَا لَكَ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ هُوَ جَوَادٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ ثُمَّ أُلْقِيَ فِي النَّارِ
"Sesungguhnya manusia yang pertama kali dihisap pada hari Kiamat ialah seseorang yang mati syahid, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan sehingga ia mengetahuinya dengan jelas, lantas Dia bertanya: 'Apa yang telah kamu lakukan di dunia wahai hamba-Ku? Dia menjawab: 'Saya berjuang dan berperang demi Engkau ya Allah sehingga saya mati syahid.' Allah berfirman: 'Dusta kamu, sebenarnya kamu berperang bukan karena untuk-Ku, melainkan agar kamu disebut sebagai orang yang berani. Kini kamu telah menyandang gelar tersebut.' Kemudian diperintahkan kepadanya supaya dicampakkan dan dilemparkan ke dalam neraka. Dan didatangkan pula seseorang yang belajar Al-Qur'an dan mengajarkannya, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan sehingga ia mengetahuinya dengan jelas, Allah bertanya: 'Apa yang telah kamu perbuat? ' Dia menjawab, 'Saya telah belajar ilmu dan mengajarkannya, saya juga membaca Al Qur'an demi Engkau.' Allah berfirman: 'Kamu dusta, akan tetapi kamu belajar ilmu dan mengajarkannya serta membaca Al Qur'an agar dikatakan seorang yang mahir dalam membaca, dan kini kamu telah dikatakan seperti itu, kemudian diperintahkan kepadanya supaya dia dicampakkan dan dilemparkan ke dalam neraka. Dan seorang laki-laki yang di beri keluasan rizki oleh Allah, kemudian dia menginfakkan hartanya semua, lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan sehingga ia mengetahuinya dengan jelas.' Allah bertanya: 'Apa yang telah kamu perbuat dengannya? ' dia menjawab, 'Saya tidak meninggalkannya sedikit pun melainkan saya infakkan harta benda tersebut di jalan yang Engkau ridlai." Allah berfirman: 'Dusta kamu, akan tetapi kamu melakukan hal itu supaya kamu dikatakan seorang yang dermawan, dan kini kamu telah dikatakan seperti itu.' Kemudian diperintahkan kepadanya supaya dia dicampakkan dan dilemparkan ke dalam neraka."
H.R Muslim, No. 3527, Kitab Kepemimpinan
Bab : Barangsiapa berperang untuk riya dan ingin dipuji, An-Nasa'i no. 3086, Kitab Jihad
Bab : Yang berperang agar memperoleh julukan "Si pemberani".
Allahua'lam.

Comments
Post a Comment