[Para Nabi BUKAN dijadikan daripada cahaya; termasuk Muhammad s.a.w.]
Nabi Muhammad itu seorang manusia biasa sepertimana juga kita, iaitu dijadikan daripada air yang hina (mani), datang daripada tulang sulbi lelaki dan wanita apabila bergabung sekaligus menjadikan baginda adalah dari keturunan Nabi Adam sebagaimana manusia keseluruhannya.
Mereka yanng mengatakan Nabi s.a.w. tidak mempunyai bayang-bayang kerana dijadikan daripada Nur (cahaya) tidak lain adalah bagi menyatakan samaada Nabi s.a.w. itu jika bukan seorang malaikat yang umum mengetahui dijadikan daripada cahaya, baginda adalah dari keturunan Ultraman, juga dijadikan daripada cahaya menurut fantasi kanak-kanak.
Sedang dalam Al-Quran banyak juga dinyatakan bahawa para Nabi, termasuk Muhammad s.a.w adalah manusia biasa yang nemerlukan makan minum, berjalan di muka bumi, tidak mempunyai sayap serta berkahwin disamping adanya sanggahan Allah di dalam Al-Quran bagi mengingkari pernyataan kaum Kafir yang bertanyakan mengapa sahaja Allah tidak utuskan Malaikat sebagai Nabi untuk menyampaikan dakwah kepada sesebuah umat.
Diantaranya seperti firman Allah:
وَقَالُوا مَالِ هَذَا الرَّسُولِ يَأْكُلُ الطَّعَامَ وَيَمْشِي فِي الأسْوَاقِ لَوْلا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مَلَكٌ فَيَكُونَ مَعَهُ نَذِيرًا
"Dan mereka berkata: "Mengapa rasul ini memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang Malaikat agar Malaikat itu memberikan peringatan bersama-sama dengan dia?"
[Surah Al-Furqan (25) ayat ke-7]
Diantara lain:
(20) وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنَ الْمُرْسَلِينَ إِلا إِنَّهُمْ لَيَأْكُلُونَ الطَّعَامَ وَيَمْشُونَ فِي الأسْوَاقِ وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ وَكَانَ رَبُّكَ بَصِيرًا
"Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Dan Kami jadikan sebahagian kamu cobaan bagi sebahagian yang lain. Maukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu Maha Melihat."
(21) وَقَالَ الَّذِينَ لا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا لَوْلا أُنْزِلَ عَلَيْنَا الْمَلائِكَةُ أَوْ نَرَى رَبَّنَا لَقَدِ اسْتَكْبَرُوا فِي أَنْفُسِهِمْ وَعَتَوْا عُتُوًّا كَبِيرًا
"Berkatalah orang-orang yang tidak menanti-nanti pertemuan (nya) dengan Kami: "Mengapakah tidak diturunkan kepada kita Malaikat atau (mengapa) kita (tidak) melihat Tuhan kita?" Sesungguhnya mereka memandang besar tentang diri mereka dan mereka benar-benar telah melampaui batas (dalam melakukan) kezaliman."
[Surah Al-Furqan (25) ayat 20 &21]
Diantara lain, ayat yang jelas menceritakan bahawa para Nabi merupakan manusia biasa sebagaimana kita adalah firman Allah dalam surah Al-Kahfi pada ayat terakhir (110) yang berbunyi:
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
"Katakanlah: "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa". Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amal yang salih dan janganlah dia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya".
Begitu juga dengan pernyataan Nabi Nuh a.s. dalam membantah kaumnya dimana Allah berfirman ketikamana menceritakan kisah Nuh a.s.:
وَلا أَقُولُ لَكُمْ عِنْدِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلا أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلا أَقُولُ إِنِّي مَلَكٌ
"Dan aku tidak mengatakan kepada kamu (bahwa): "Aku mempunyai gudang-gudang rezeki dan kekayaan dari Allah, dan aku tiada mengetahui yang ghaib, dan tidak (pula) aku mengatakan: "Bahawa sesungguhnya aku adalah Malaikat...." [Surah Hud (11) ayat ke-31]
Maka dengan itu, jelaslah bahawa kepercayaan Nur Muhammad yang dicanang oleh kaum Sufi merupakan satu kebodohan dimana mereka beria-ria dalam menghebahkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. dijadikan daripada cahaya sehingga tidak wujudnya pada jasad baginda walau sedikit pun bayang-bayang. Maka berhati-hatilah agar diri tidak terjebak dalam pencemaran aqidah sesat yang dibawa oleh para Dajjal kecil yang keluar di waktu hampirnya Qiamat.
LAMPIRAN:
Ayat lain yang menceritakan bahawa para Nabi adalah manusia sebagaimana kita (selain ayat 110 surah Al-Kahfi diatas):
قَالَتْ لَهُمْ رُسُلُهُمْ إِنْ نَحْنُ إِلا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَمُنُّ عَلَى مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ
"Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, akan tetapi Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya..." [Surah Ibrahim (14) ayat ke-11]
(7) وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلا رِجَالا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ
(8) وَمَا جَعَلْنَاهُمْ جَسَدًا لا يَأْكُلُونَ الطَّعَامَ وَمَا كَانُوا خَالِدِينَ
(7) "Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui."
(8) "Dan tidaklah Kami jadikan mereka tubuh-tubuh yang tiada memakan makanan, dan tidak (pula) mereka itu orang-orang yang kekal."
[Surah Al-Anbiya' (21) ayat 7 & 8]

Bismillahirahmanirahim...
ReplyDeleteAssalamulalaikum...
Saya berpendapat anda telah salah faham, Nur Muhammad yang disebut-sebut oleh ahli sufi bukanlah bermaksud yang Rasullulah itu dijadikan dari cahaya. Akan tetapi Nur Muhammad itulah akan awal kejadian sekalian mahluk yang ada termasuklah manusia, malaikat dan juga binatang dan lain-lain lagi.
Jika anda tidak faham belajarlah dari orang yang faham, janganlah anda menuduh orang-orang sufi itu sebagai "bodoh". Para-para wali Allah adalah dikalangan orang-orang sufi. Mereka adalah golongan yang Allah kasih dan suka. Jadi apakah maknanya jika anda menuduh mereka "bodoh". Sesungguhnya manusia yang berakal waras, akan berfikir sebelum berkata-kata ataupun menulis.
Semoga ini memberi kesedaran dan menafaat pada anda.