Muhammad Zulsyamini atau nama penuhnya, Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri, 27, (setakat 2019) merupakan seorang bekas wartawan sambilan (stringer) yang pernah berkhidmat dengan rangkaian akhbar New Straits Times Press (NSTP).
Lebih dikenali dengan nama penanya, Kudo Syamini, beliau lebih banyak menulis mengenai apa yang difikirkannya selain pengalaman hidup serta cuba mengulas isu-isu semasa sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kepar, Simpang Empat Semanggol, Perak, beliau meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kerian, Perak, sebelum melanjutkan pengajian tinggi dalam asas perundangan (pre-law) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok, Sungai Petani, Kedah yang pada kemudiannya berjaya melonjakkan kaki ke UiTM Shah Alam, Selangor dan memperoleh Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa dengan pengkhususan Kewartawanan.
Kini beliau berkhidmat dalam sektor hospitaliti sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat swasta yang terletak di utara negeri Perak.
Penulis boleh dihubungi melalui email: zulsyambhkk@gmail.com atau di laman sosial:
Facebook (peribadi): https://www.facebook.com/sherlockhercule
Instagram: @zerosyamini

Comments
Post a Comment