Oleh: Muhammad Zulsyamini

Kemungkinan berdasarkan tajuk yang diberi, pembaca berfikir bahawasanya penulis membela para-pencuri yang melakukan kesalahan mereka . Secara peribadinya, penulis beriman dengan firman Allah Azzawajalla dalam Surah Al Maidah(5) ayat ke-38 yang berbunyi:“Adapun orang laki-laki mahupun perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai balasan……..”
Namun , penulis mengambil tajuk diatas sebagai realiti pada hari ini, bagi menarik minat pembaca akan mesej yang akan penulis sampaikan ini. Jika dilihat pada masa ini, perbuatan maksiat seseorang baik terhadapn Allah mahupun sesama manusia , akan ada sahaja orang yang cuba menjadikan maksiat yang dilakukan itu bertujuan untuk mengaibkan atau memalukan individu terbabit. Hal ini jelas bertentangan dengan Hadith yang diriwayatkan daripada Nabi S.A.W dimana mafhumnya:“Barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah akan menutup keaibannya pada hari Kiamat”.
Namun bukanlah itu tujuan penulis untuk menghuraikan dengan panjang lebar akan perihal dosa mengaibkan orang.. Kembali kepada tajuk, penulis berani jamin pembaca sekalian mengetahui akan hakikat apa itu yang dimaksudkan dengan ‘Hakcipta Terpelihara’ atau lebih familiar dengan panggilan ‘ Copyright reserve’(dalam bahasa Inggerisnya). Jika pada buku-buku yang diterbitkan, di halaman alamat cetakan penerbit pada bahagian permulaan sesebuah buku ditulis, akan tertera ayat ‘ Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis…….”As Syaikh Abdullah bin Abd Aziz Ibn Baz, (mantan mufti kerajaan Arab Saudi) berfatwa mengenai hal ini: “
HARAM untuk membuat salinan sesuatu program jika pemiliknya tidak memberikan kebenaran…”
Dalam Alquran Allh berfirman : “Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu menyuap dengan harta itu kepada para hakim ,dengan maksud agar kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain itu dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui” Al Baqarah(2):Ayat 188.
Cuba kita fikirkan , seseorang atau sekolompok manusia, dengan bersusah payah menghasilkan sesuatu karya(filem , buku, dan sebagainya), tetapi kita dengan mudah menyapu segala pengorbanan yang telah mereka lakukan dengan hasil titik peluh mereka seperti kita mengaut keuntungan dengan mengadakan pratonton atau tayangan filem-filem yang mereka(para pengusaha filem) hasilkan. Wang yang seharusnya mereka kaut dengan jumlah penonton di pawagam atau yang membeli cakera padat secara original dimana pengusaha pawagam dan lembaga yang menguruskan filem-filem yang diluluskan sudah semestinya telahpun mengadakan kontrak ataupun telah bersetuju untuk memberikan royalty kepada pengusaha filem tersebut, dan dengan itu sudah semestinya telah termeterai keizinan bertulis(hitam dan putih) yang diberikan oleh pengusaha filem kepada pihak yang membuat perjanjian dengannya itu. Ini tidak! Kita dengan sewenang-wenangnya mengaut keuntungan yang seharusnya mereka peroleh dengan cara kita ‘menarik’ para pelanggan untuk datang ke tempat tayangan yang kita adakan tanpa mendapat keizinan bertulis mahupun secara lisan sahaja, dan kita mengenakan bayaran dengan kadar tertentu bagi sesiapa yang berhasrat menonton filem yang kita tayangkan tanpa izin tersebut. Apabila kita sudah ‘menarik’ penonton ke pratonton yang kita adakan secara haram itu, apakah akan lebih untung syarikat produksi yang telah membuat perjanjian dengan pihak panggung wayang?
Sudah semestinya tidak. Bahkan kita sudah dikira mengambil hak syarikat perfileman terbabit..! tidakkah ini sepertimana ayat Al Quran yang telah penulis kemukakan sebentar tadi? Renungkanlah wahai Ulul Albab….Sekiranya Dalil diatas masih tidak mencukupi, di sini penulis kemukan lagi beberapa Nas baik berbentuk Al Quran mahupun Al Hadis.
Firman Allah mengenai kaum Nabi Syu'aib A.S:“Sempurnakanlah takaran dan jangan kamu merugikan orang lain ; dan timbanglah dengan timbangan yang benar ; Dan janganlah kamu merugikan manusia dengan mengurangi hak-haknya dan janganlah membuat kerosakan di bumi” QS Asy-Syu’ara(26) ayat ke-181-183.
Bagi para penulis buku, seharusnya kita meneladani kata-kata yang dipetik dari Dato’ Maamor Osman selaku presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM) dengan katanya”…… para ulama’ terdahulu wajar diteladani kerana mereka berkarya bukan semata-mata untuk keuntungan dunia……”
Kesimpulan awal saya, tiada bezanya antara penayang filem secara tanpa keizinan dari para penerbit filem dengan para lanun cetak rompak yangmana kedua-duanya memakan rezeki hasil dari titik peluh orang lain. Jika samalah anara keduanya pada pandangan akal anda, maka jika kita menganggap para lanun cetak rompak sebagai perompak ataupun PENCURI, jadi apa pula pada pemungut hasil tayangan filem tanpa mendapat keizinan penerbit itu? Maaf jika kata-kata penulis membuatkan orang yang melakukan hal demikian tersinggung. Namun Allah, Sang Maha penerima taubat hamba-Nya yang merintih, dan bisa saja Allah memaafkan kesalahan yang kita lakukan tanpa pengetahuan kita mengenai hal itu(jahil).
Mungkin jua pembaca pernah menemui fatwa yang membolehkan kita MEMBELI barangan cetak rompak dari Negara yang memerangi orang Islam, Israel umpamanya, ataupun Amerika Syarikat. Pada PENDAPAT SAYA, walaupun demikian, ianya tidaklah dapat dijadikan alasan bagi kita sewenang-wenagnya mengaut keuntungan dengan cara yang demikian tadi. Apa yang haram tetap haram. Kembali kepada kisah Robin Hood. Adakah perbuatannya mencuri harta orang kaya bagi menampung keperluan orang miskin dianggap mulia dan Islam membenarkan perbuatan seumpama itu? Tentulah tidak.! Niat tidak menghalalkan cara. Walaupun dengan agama yang terang-terangan memerangi Islam, Yahudi umpamanya, kita juga disuruh berlaku adil kepada mereka.
Firman Allah dalam surah Al Maidah(5) ayat ke- 8:“…Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil…”
Justeru, akhir kalam marilah sama-sama kita merenung sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi dan Imam At Tirmidzi , Sabda Rasulullah S.A.W: “ Barangsiapa membeli barang curian, sedang diamengetahui bahwa barang tersebut adalah curian, maka dia bersekutu dalam dosa yang cacat.
Wallahu'alam
Comments
Post a Comment