
By: Abu Mu'adz
Semenjak siri Detective Conan mula melangkaui hingga episode ke 650 lebih, maka pembuat Siri Detective Conan, iaitu Gosho Aoyama mula ditanya mengenai siapakah dalang di sebalik Black Organization(Organisasi Hitam) yang bertanggungjawab menjadikan Kudou Shinichi mengecut kepada saiz Edogawa Conan. Walaupun ditanya, namun Gosho Aoyama tidak memberitahu kepada sang penanya mahupun wartawan yang bertanya secara terus, namun Gosho Aoyama memberikan Klu/ Hint mengenai siapakah dalang sebenar di sebalik Organisasi hitam itu.
Nama dari "Orang Itu" telah muncul dalam manga dalam bentuk tertentu. Ini dapat dibayangkan, dan membuat ia mungkin bahawa orang ini adalah orang yang sering munculdalam Manga,
Haibara akan terkejut. Dengan ini, kita boleh membayangkan:
bos itu ada hubungan (dekat) dengan Ai Haibara.
Lihat sini : siapakah Boss Black Organization( English)
ini mungkin bermakna dia(Ai) tidak menjangkakan watak itu dapat menjadi menjadi boss Organisasi Hitam kerana Bos itu :
Orang yang seolah-olah tidak berguna: Boss tidak boleh kelihatan untuk berbuat apa-apa pada semua benda.
Orang yang kelihatan amat lemah: orang ini tidak kuat atau berkuasa . Idea boss mungkin kelihatan seperti
Orang yang seolah-olah bodoh: Orang ini nampaknya tidak mempunyai otak untuk menjalankan sesebuah organisasi yang menggunakan Modus Operandi ala Detective Professional (orang pertama yang datang ke fikiran adalah Kogoro dan Yamamura;))
Tugas / pekerjaannya tidak membuat ia kelihatan seperti dia seorang Boss kumpulan yang sangat Jahat (bos): Seorang pegawai polis, seorang ejen FBI / CIA, dll ..
Bos adalah saudara (Haibara): Sebab Haibara ketka berbicara tentang, ini sesuai dengan kategori "fikir sudah mati", kerana seluruh ahli keluarga beliau mati.
Bos berkaitan dengan protagonis(watak baik) 1: Walaupun tidak mungkin, mungkin sesuatu rawak sebagai ibu atau Shinichi ayah Genta boleh akhirnya menjadi bos ...?
Orang yang kelihatan terlalu muda (kanak-kanak mungkin?): Jika ya, mungkin bos telah mengecut sendiri / menjadi seorang kanak-kanak(menggunakan APTX 4869) ...
Orang yang nampaknya lama (mungkin lelaki berusia 90 tahun?): Saya tidak mempunyai petunjuk mengapa ia akan menjadi ini, melainkan anda menganggap Dr. Agasa, tetapi dia(Agasa) juga yang hanya berumur 50 tahun, jadi dia tidak lama ... tetapi itu tidak bermakna saya tidak Memasukkan Dr. Agasa sebagai kemungkinan, hanya dari kategori ini, hanya kerana dia tidak lagi beberapa lama hidup ...
Orang itu telah dianggap sudah mati: Mungkin orang yang mati tidak benar-benar mati selepas semua .... (Saya tidak hanya bercakap mengenai AKAI Shiuchi.)
Gosho Aoyama bagaimanapun menyatakan dengan perkataannya sendiri : "
Suspek Utama= Professor Agasa.
"Mari kita melihat petunjuk setakat ini dalam siri ini:1. Pertubuhan Hitam suka menggunakan nama detektif sebagai kata laluan dan codenames (APTX 4869 dan lain-lain)Dr. Agasa adalah peminat novel misteri besar: dia telah menamakan Ai selepas detektif wanita. (Vol 18 File 9)
2. Dr. Agasa adalah seorang pakar letupan seperti yang ditunjukkan oleh reka ciptaannya dalam "The Rainbow Tropika" (Vol 24 File 1-2).senjata pilihan Pertubuhan Hitam selalunya adalah Bahan letupan. (Bom kereta api dalam Fail Vol 4 4-6, kes yang melibatkan Tequila Vol 12 File 4-6, dan juga pembersihan selepas kesilapan yang dilakukan oleh Pisco Vol 24 Fail 11)
3. Keadaan di sebalik kematian Pisco. (Vol 24 File 7-11) Apabila identiti Pisco telah didedahkan, beliau telah dibunuh oleh Gin walaupun sebelum gambar tersebut dijadikan Surat Khabar . Perhatikan bahawa Gin menerima panggilan dari Boss apabila kedua-dua Ai dan Conan berada di bilik bawah tanah yang jauh dari Dr. Agasa.Tambahan pula, Dr. Agasa mengetahui dengan tepat bila Conan telah menemukan identiti Pisco dan kepentingan sapu tangan yang ditinggalkan di tempat kejadian, (yang kedua-dua vermouth dan Gin kemudiannya mengulas mengenai hal ini didalam kereta).
4. Nombor telefon bos Pertubuhan Hitam adalah lagu Tujuh Kanak-kanak(Nanatsu No Ko). Mari kita fikirkan semula , Agasa suka kanak-kanak yang begitu banyak mengambil kesempatan ke atasnya(Dr. Agasa) oleh BRATs seperti Ayumi, loceng dan Mitsuhiko.
5. Dr Agasa mendakwa telah mengetahui mengenai kedua-dua ibu bapa Ai, Haibara yang tidak akan menjadi satu pembohongan jika dia memang adalah ketua Pertubuhan Hitam."
Ulasan Saya.
Jika benarlah sememangnya Dr Agasa ialah orangnya, bererti selama ini beliau hanya bermain dengan api kerana seperti yang sedia maklum, Conan telahpun mengetahui dengan amat banyak kebenaran disebalik Organisasi/Pertubuhan Hitam itu. Memang ada teori dimana Professor Agasa sengaja membiarkan hal itu berlaku kerana beliau amat menyukai dengan hal-hal misteri seperti ini yang dapat dibongkarkan dengan pemikiran detektif, kerana sememangnya Dr Agasa juga peminat siri Detektif.. Kita boleh analogikan hal ini apabila seseorang yang sengat suka bermain dengan kod-kod rahsia, atau seorang hartawan yang menyimpan harta karun di sesuatu pulau, tentu sekali inginkan di suatu masa nanti(sesudah ketiadaan/kematian hartawan itu), ada orang yang akan membongkarkan rahsia di sebalik peta harta karun yang dibuat sendiri oleh hartawan itu, atau si peminat kod-kod rahsia itu, sudah tentu dia berasa gembira jika ada sesiapa yang berjaya membongkarkan maksud di sebalik kod-kod tersebut, dan begitu jugalah Dr. Agasa.
Sepertimana yang diketahui, Ahli organisasi amat pantang dengan seorang pembelot, sepertimana Ai Haibara(codename: Sherry), yang nama sebenarnya Shiho Miyano. Jika benarlah mereka amat pantang dengan pembelot, mengapakah susah-susah bagi Boss itu melantik Bourbon, satu karakter yang masih belum didedahkan lagi siapakah sebenarnya Bourbon itu, bagi menyiasat mengenai pembelot organisasi itu(Sherry(Ai Haibara)., dan juga kebenaran di sebalik Adakah Akai Shuuichi sememangnya telah benar-benar dibunuh oleh Kir(Rena Mizunashi), atau ianya hanya sekadar trick lakonan pembunuhan yang dirancang secara teliti oleh Akai Shuuichi yang berpakat dengan Kir yang juga merupakan seorang Agen CIA(Akai Shuuichi adalah Agen FBI). Sepertimana yang diketahui, Akai Shuuichi amat ditakuti oleh Boss Organisasi itu dengan menggelarkannya sebagai Silver Bullet(Peluru Perak) yang bisa membunuh Serigala Jadian(yang diumpamakan serigala jadian itu sebagai Organisasi Hitam terbabit).(dalam siri-siri Fiksyen Serigala jadian dan Puntianak).
Mengenai lagu kegemaran Boss itu adalah lagu Kanak-kanak Jepun (Seven Children Song), tidak semestinya orang yang meminati lagu itu adalah org Jepun Sahaja. Boleh jadi lagu itu diminati oleh orang Amerika Syarikat (dimana Organisasi hitam bergiat di Jepun dan juga Amerika). Cuba fikirkan.. mungkin sahaja seorang kanak2 berketurunan Amerika yang lahir dan dibesarkan PADA ZAMAN AWAL KANAK-KANAKnya di negara Jepun, kemudia terpaksa mengikut Ibu dan Ayahnya
entahlah rasa tak berminat nak sambung lagi.. sungguh rumit, panjang, dan menghabiskan masa saya..... Ini saja kot Kluenya.. yang pasti, Suspek yang paling menepati ciri ini adalah Inspektor Megure... anda boleh melihatnya dalam Movie 5(The Coundown to Heaven), diamana Megure membantah secara spontan apabila Kogorou Mouri mengatakan suspek pembunuhan di hotel di tingkat 68 itu sejurus setelah itu , kemudiannya susupek yang disyaki oleh Kogoro Mouri tadi pula dibunuh oleh Gin , yangmana pada tangan mayat itu ,ada pisau pemotong kek berwarna Silver(perak) yangmana adalah Dying Message) kepada GIN,(Ahli kanan Organisasi Hitam). Kemungkinan Inspktor Megure secara SPONTAN membantah deduksi Kogoro Mouri, mungkin kerana takutkan jika dia(yang dibunuh oleh Gin pada kemudiannya itu) ditangkap polis, lalu disoal siasat oleh pegawai2 polis yang lain sehingga pembunuhan itu terkait dengan sindiket Organisasi Hitam, maka seterusnya untuk mengelakkan daripada rahsia terbocor, Megure mengarahkan supaya Gin membunuh orang itu. Mangsa pembunuhan Gin itu bernama Yoshiaka Hara Lihat : http://www.detectiveconanworld.com/wiki/Countdown_to_Heaven
Klue yang kedua adalah ketikamana dalam Movie ke-13,The Raven Chaser , didapati Megure seperti selalu merapati Irish yangmana Irish ketika itu dalam penyamaran sebagai Supritendant Polis yang mengetuai misi pencarian pembunuhan Bersiri itu. Apa yang memelikkan, jikapun Inspector yang sewel(Inspector Yamamura) itu terdengar lagu Nanatsu No ko di bilik air pada ketika itu yangmana Vermouth yang menyamar, namun setelah itu, masih didapati berhampiran lif, Irish(yang menyamar sebagai pegawai atasan polis itu) masih berbicara sesuatu berdua-duaan dengan Inspector Megure.. Semasa Irish memunculkan diri pada babak akhir Movie ke-13 itu, yangmana Irish dahpun memengsankan anggota-anggota polis menggunakan STUN GUN(eletrik), maka dalam ramai2 polis yang pengsan itu, tidak kelihatan Inspector Megure pengsan bersama. lihat : http://www.detectiveconanworld.com/wiki/The_Raven_Chaser
Klue yang seterusnya iaitu ketikamana angen FBI yang bernama Andre Camel disyaki terlibat dalam kes pembunuhan bertajuk Shiranpuri, makapada masa itu, ada orang(saya maksudkan inspector Megure) memberitahu kepada Gin, bahawasanya Agent-agent FBI pada ketika itu sedang menumpukan pada kes yang melibatkan Andre Camel itu, dan terleka seketika mengenai tujuan asal mereka(FBI) bagi merancang membanteras Organisasi Hitam itu. Sebagai Bukti : http://www.mangahere.com/manga/detective_conan/v59/c607/4.html
Klue yang seterusnya ada pada siri kemunculan pertama Vermouth, dan juga episod yang sama juga, Pembunuhan Pisco oleh Gin.di Hyde Hotel, bersama-sama Conan pada ketika itu adalah Haibara(Sherry).
Walaupun sebelum tersiarnya gambar Pisco memegang pistol dalam gelap bagi membunuh VIP dalam majlis di hotel itu pada ketika itu menggunakan Lampu Syiling yang berat untuk dijatuhkan kearah mangsa, namun Gin menyatakan, That Person(orang itu)(Merujuk kepada Boss Black Organization), telahpun mengarahkan Gin supaya membunuh Pisco, atau jika tidak rahsi mengenai Sindiket Black Organization akan terdedah berikutan tertangkapnya Pisco hidup-hidup oleh Polis lain(selain Inspector Megure)ersoalannya, bagaimanakah khabar mengenai kemunculan gambar Pisco itu boleh diketahui dengan cepat oleh si Boss itu?? .sila lihat : http://manga.animea.net/detective-conan-chapter-242-page-14.html
pergh. macam mana lah kau boleh ingat..
ReplyDeleteaku ingat apa??/ nie tak habeh lagi nie.. masih panjang, dankalau nak letak bukti, sources, agak panjang..
Delete