
By : Abu Mu'adz aka peluru Perak
Bagi sesetengah orang, popularity itulah yang dikejar.. ada yang mahu menjadi pelakon, Artis dan seumpamanya, lalu diceritakan serba-serbi pada media mengenai dirinya untuk membuatkan semua oramg lain/ peminat tahu akan identity diri mereka.
Bagi saya, kadangkala menjadi terkenal memanglah kita akan berasa gembira kerana dengan itulah kita mempunyai backup/ kekuatan/ pengikut yang ramai, jika kita ditimpa apa2 musibah, contohnya bagi kumpulan2 gangster... jika kumpulan tersebut hanya mempunyai ahli yang sedikit, tiada back-up, maka kumpulan itu akan dianggap lemah disebabkan kurangnya rangkaian / penyokong mereka. Bandingkan keadaan ini dengan si pengkejar popularity itu. Biasalah, apabila kita dah naik popular, maka akan ada saja sesetengah pihak yang dengki/ tidak puas hati dengan pencapaian yang telah kita kecapi. Maka dengan itu, tidak hairanlah mengapa dalam dunia Artis, gosip di sana sini, fitnah, tuduhan, dan sebagainya merupakan perkara biasa bagi orang-orang yang sudah terkenal ini..
Secara jujurnya, walaupun tidak se'Famous' mana, tetapi ke mana saja aku berada dalam tempoh-tempoh tertentu, maka nama aku akan naik, naik bukan disebabkan aku adalah seorang yang hebat. Namun nama aku naik kerana aku menjadi public figure disebabkan oleh sikap/sifat aku yang lain daripada orang lain. Dengan kata lain, aku di kalangan rakan-rakanku dianggap sebagai seorang yang mempunyai tingkahlaku yang pelik, aneh, ganji, dan selalu menlakukan sesuatu di luar jangkaan orang lain. Walaupun dengan itu aku dipandang GILA oleh sebahagian kecil oleh rakan-rakanku, namun aku tidak kesah apa yang mereka ingin labelkan. Kadang-kadang, memang perasaan marah timbul bila aku dilabel Gila, atau yang seumpamanya, hinggakan ada di kalangan BEKAS kawanku, yang mengambil kesempatan dengan MENGGUNAKAN NAMA aku bagi kepentingan diri mereka sendiri. NAMUN DARI SATU SUDUT YANG LAIN, Aku gembira bila dilabel demikian rupa, kerana dengan itu , bagi Sebahagian yang lainnya pula, mereka memandang aku ini sebagai insan yang mempunyai pemikiran yang Unik , termasuk dalam lingkungan ini ialah Bekas Tunangku sendiri. Masakan ada orang yang sanggup berTunang dengan Insan yang dianggap GILA lagi aneh seperti aku ini, maka dengan kata lain, BEKAS Tunangku memnadangku sebagai Uniks.. Apapun tanggapan mereka, aku bersyukur dengan apa yang Telah Allah anugerahkan kepadaku ini. Merka (yang memandang aku Gila) boleh katakan padaku macam-macam aku kurang kisah. Hatta Nabi kita Muhammad s.a.w juga dilabel sebagai seorang GILA. apapun tohmahan mereka kepadaku, bagiku terasa amat indah sekiranya pada masa itu (orang yang mentohmah sedemikian rupa), isteriku ada disampingku, memberi kata-kata semangat, dan beruntung memiliki suami sepertiku.Biarpun kelak orang (khususnya Rakan-rakan kepada anakku kelak) akan mentohmah anakku kerana mempunyai ayah yang se'gila' dan se'pelik' aku, namun percayalah, aku akan membuatkan mereka kagum dengan kebolehanku mendidik anakku hinggakan dia menjadi seorang yang amat disegani.=, menerusi caraku yang UNIKS ini....
berbalik kepada famous tadi, rasanya memang anda akan setuju kan? yang org famous, biarpun mereka memiliki ramai follower/ pengikut, tapi dalam masa yang sama, ada orang yang iri hati, dengki serta menyemai dendam padanya(jika yang famous itu seorang yang gemar ambil kesempatan). Bagi diriku ini, SAYA SERONOK PUN ADA, TIDAK PUN ADA jadi famous, tetapi dari sudut jauh pandangan saya, lebih baik saya menjadi biasa, tidak dikenali saja, itu lebih seronok. Saya mengatakan saya seronok menjadi public figure, bukan kerana saya ingin menceritakan segalanya pada org awam, tetapi saya seronok apabila orang mengenali identity saya yang bukan diri sebenar saya, tetapi yang mereka kenali hanya diri saya yang saya sendiri sudah menjadikan segala-gala butiran mengenai diri saya, sudah saya palsukan.... Namun, yang saya ingin benar orang mengenali DIRI SEBENAR SAYA, cumalah orang-orang yang sependirian dengan saya, satu kepala, orang yang SANGAT saya sayang dan juga rakan-rakan kami berdua, dan tak lebih dari itu.
KENAPA SAYA MEMPUNYAI PENDIRIAN PELIK DEMIKIAN RUPA/?? semuanya bergantung kepada kondisi keadaan di masa itu. Saya sendiri tidak dapat menceritakan secara detailnya mengapa saya mempunyai pemikiran sepelik itu, kerana jika saya ceritakan, maka akan terdedahlah siapa saya. Apabila identity sudah terdedah, maka orang yang kita anggap atau yang menganggap kita sebagai musuh, maka akn mudah mereka mengambil kesempatan terhadap kita. Misalnya, contoh... saya bergaduh dengan seorang gangster and the gang.... saya sangat handal berlawan pada masa itu (contoh) dengan ilmu pertahanan diri (Martial Arts) yang saya pelajari contohnya seperti ninjutsu, taekwondo dan sebagainya. Maka apabila si gangster and the gang itu mahu menuntut bela/ membalas dendam, sudah semestinya keluarga saya pada ketika itu yang menjadi magsa, andaikata saya tidak bersama mereka(keluarga saya) pada ketika itu.
Dengan kata lain, saya yakin para pembaca sekalian pernah mendengar khabar mengenai suatu novel yang bertajuk
Dr. Jekyll and Mr. Hyde . maka dengan itu, inspirasi saya samalah seakan-akan intipati di dalam novel ini (walaupun saya belum membacanya lagi), dengan sedikit perbezaan yang tidak seberapa besar, iaitu jika Dr Jekyll dan Mr. Hyde (yangmana kedua-duanya adalah orang yang sama), mempunyai DUA (2) personaliti, maka saya pula mempunyai personaliti yang pelbagai mengikut persekitaran saya. Keadaan ini boleh diibaratkan seperti Sesumpah/ Mengkarung/ Biawak Tanah) yang boleh bertukar warna mengikut persekitarannya bagi proses PENYAMARAN dan PERSEMBUNYIAN dari Musuh. Mungkin dengan ini, ada yang beranggapan saya adalah seorang yang Hipokrit. Namun, saya lebih mengetahui diri sebenar saya ..
sekadar itu saja yang boleh saya beritahu. Alhamdulillah, dengan tertulisnya post ini, maka saya sudahpun mendapat Ilham akan haiwan yang saya suka selain daripada burung gagak yang dapat menyembunyikan diri pada waktu malam dengan warnanya yang hitam lagi mempunyai deria yang tajam. iaitulah... Sesumpah / Mengkarung bagi melambangkan/ sebagai simbol diri saya.
Wallahu'alam.....
Comments
Post a Comment