Menolak PAS tidaklah menolak Islam. Hujah Malaysia adalah negara Islam. Sokong Islam belum tentu selamat


By: Abu Afham Muhammad Zulsyamini

        Bekas Mufti kerajaan negeri Perlis , Dr. Mohd Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan julukan Dr. MAZA pernah berkata, ketikamana Dr.Badrul Amin, seorang  Penasihat Agama dalam PKR  mengatakan beliau(Dr. MAZA) sebagai ''BAPAK SETAN dan 'MUFTI PERLIS YANG GILA " dengan katanya :

          "Kita tak menentang apa yang mereka bawa (Keadilan , hokum Islam dan seumpamanya), tetapi kita tidak bersetuju dengan jalan dan cara  mereka. Hatta berapa banyak paderi-paderi  kristian, sami-sami Buddha yang Ikhlas hatinya, hinggakan mereka ini (sami Buddha) tidak memakan daging kerana hatinya yang murni mengatakan ianya suatu kezaliman kepada makhluk bernyawa, tetapi mereka ini dihukum atau diazab ( oleh Allah) kerana jalan dan cara mereka. Allah menghukum mereka kerana mereka tidak mahu mengikut jalan yang Rasul bawa. Jalan Rasul begitu, bukan begini. Kita mengaku kita sebagai pejuang agama (Islam), kita guna nama Islam bagi pihak kita, tapi cuba fikir, kalaulah Rasulullah S.A.W hadir dalam majlis kita dimana majlis itu, penuh dengan kata-kata kesat yang kita lontarkan seperti , bodoh, gila, maka adakah Rasulullah akan redha dengan cara kita itu, saya bertanya kepada tuan-tuan..?"...

         Oleh itu, amatlah tidak releven jika kita ingin menghukum seseorang yang tidak bersetuju dengan cara perjuangan  PAS, maka bererti apa yang dibawa oleh PAS seperti suara Islam, hukum Hudud, maka orang yang tidak bersetuju itu  menentang Islam tanpa sedar, kerana ianya samalah seperti mengkafirkan seseorang individu muslim atau dalam bahasa mudahnya sudah murtad kerana menentang serta menolak Islam secara umumnya.  Namun masih banyak lagi kemungkinan yang belum bisa terjawab, dan diantaranya, sepertimana yang dikemukakan melalui kenyataan Dr.MAZA di atas ( او كما قال), kemungkinan orang itu hanya sekadar tidak bersetuju dengan cara dan jalan mereka(PAS) itu sangat tinggi.

        Satu lagi ungkapan yang dilihat harus diperbetulkan adalah ungkapan 'Sokong Islam, Anda Selamat’. Ungkapan ini jika dilihat secara literalnya, mungkin tidak memberikan apa-apa impak negatif kepada pendengarnya. Akan tetapi, jika diselami dengan mendalam makna disebalik ungkapan ini, maka apakah kita akan katakan bahawa jika kita menyokong Islam, maka adalah pasti kita adalah golongan yang selamat? Contoh yang paling mudah untuk kita mudah faham adalah berdasarkan daripada sirah nabi kita Muhammad S.A.W, ketikamana di zaman awal kemunculan Islam, pada masa itu, orang-Islam yang terdiri dari golongan bukan bangsawan atau golongan bawahan, ditindas, dipulau, dikeji, diseksa, malah dibunuh. Pada masa itu juga , Abu Talib, salah seorang daripada bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W yang juga seorang Pembesar Kota Makkah pada masa itu berusaha membela anak saudaranya itu untuk  mengembangkan ajaran Islam daripada ancaman pembesar-pembesar Mekah yang lainnya seperti Abu Jahal, Abu Lahab Abu Sufyan (yang pada masa itu belum memeluk Islam) dan semisalnya. Maka, di sini, kita telah mengetahui, bahawasanya walaupun Abu Talib bermati-matian membela serta menyokong perjuangan anak saudaranya itu (Rasulullah), tetapi di akhir hayatnya, beliau mati sebagai seorang yang diluar atau bukan Islam. Walaubagaimana pun, sepertimana yang telah dikhabarkan dari sumber-sumber wahyu melalui Hadis-hadis yang shahih, Abu Talib adalah orang yang paling ringan siksanya di neraka, dan dia kekal di dalamnya disebabkan ketidak terimaannya terhadap agama Islam yang setelah sampai seruan Islam dari anak saudaranya itu (Rasulullah) kepadanya.


Jikalau terdapat dalam kalangan ahli mahupun penyokong PAS yang menafikan apabila disindir dengan pernyataan "Bila masuk PAS umpama masuk Islam", maka tidak perlulah ahli atau penyokong PAS tersebut  'menyalak' tanda memprotes tuduhan tersebut, iaitu barangsiapa yang menyatakan ketidak sokongannya terhadap PAS, atau mentang cara PAS memperjuangkan Islam lalu menyokong kerajaan sedia ada iaitu BN (Barisan Nasional), maka orang yang tidak menyokong malah menentang cara perjuangan PAS itu umpama menentang hukum Allah dan menentang Islam. Secara mudahnya, orang yang dikatakan menolak Allah dan Islam bolehlah dikategorikan sebagai jatuh kufur atau bahasa kasarnya disebut sebagai 'Murtad' (Na'uzubillahi min Zaalik!)!!

 Inilah dia 'sifir' kelompok Khawarij dizaman pemerintahan Saidina Ali bin Abi Talib r.a.. Ali dikatakan tidak berhukum dengan hukum Allah apabila Ali menunda perlaksanaan hukum qisas terhadap para pengkomplot pembunuhan saidina Uthman Al-Affan disebabkan pada masa itu, keadaan tidak mengizinkan dimana jikalau Ali tergesa-gesa menjatuhkan hukuman qisas, dikhuatiri fitnah hasutan yang datang kalangan puak pemberontak pada masa itu yang sangat ramai akan lebih hilang kepercayaan terhadap Ali.  Disebabkan golongan yang terpedaya dengan hasutan fitnah golongan pemberontak ini sangat ramai jumlahnya dan dikhuatiri tentera dari kalangan penyokong saidina Ali yang sedikit jumlahny tidak mampu mengawal kemaraan  pasukan pemberontak itu tadi,  maka Ali pun menunda dahulu perlaksanaan hukuman qisas tersebut. Lantas dengan tindakan Ali itu, di kemudian masanya, apabila mucul seorang yang bernama Abdurrahman Ibn Muljam dimana dia merupakan 'kepala' kepada golongan Khawarij pada masa itu, lalu lantas mereka menggunapakai sifir "Barangsiapa yang melakukan dosa besar, maka dia melawan Allah, dan baranngsiapa melawan dan menentang Allah, maka dia Kafir. Ali telah melakukan dosa besar (bagi Abdurrahman) kerana tidak melaksanakan hukum Allah, lantas Ali menjadi kafir kerana tindakannya itu." Lantas mereka (puak Khawarij) mengkafirkan kafir Ali bin Abi Talib r.a.  Sebagaimana yang dilihat pada hari ini, situasi penggunaan sifir Khawarij itu masih tersemai apabila terdapat segelintir (penulis tidak katakan semua) dari kalangan penyokong pembangkang khususnya mereka yang melibatkan diri kedalam parti PAS 
menganggap Malaysia sebagai bukan sebuah negara Islam, lantas terdapat segelintir dalam kalangan mereka yang berpendapat akan wajibnya menjatuhkan pemerintah Malaysia disebabkan kezaliman yang dilakukan oleh puak pemerintah sedia ada yang masih beraqidah dengan aqidah Islamiyah disamping mendirikan solat.

 Apabila berercakap mengenai negara Islam, penulis yakin bahawa Malaysia sememangnya merupakan sebuah negara Islam. Hal ini disebabkan pemerintah Islam di Malaysia masih mengekalkan syi'ar Islam didalam negara, seperti contoh: azan bebas dilaungkan, solat berjemaah bebas didirikan dimana-mana, pembinaan surau, masjid dan institusi pengajian agama semisal SMKA, SABK dan seumpamanya. Hukuman bagi orang yang tidak menunaikan kewajipan agama seperti orang yang tidak berpuasa Ramadhan juga dikenakan kepada pelakunya. Begitu juga pengurusan jemaah Haji Malaysia setakat ini adalah antara yang terbaik di dunia dan banyak lagi syiar Islam yang masih ditegakkan oleh pemerintah Malaysia.

Namun cuma apa yang boleh dikatakan, biarpun bagi penulis Malaysia merupakan sebuah negara Islam, namun penulis akui bahawasanya masih terdapat kelemahan serta kekurangan didalam sistem perundanngan Malaysia. Sebagai contoh, hukuman Had (Hudud) yang masih belum dijalankan di Malaysia, dimana pensabitan hukuman bagi pelaku jenayah Syariah semisal zina, minum arak, dan seumpamanya yang tidak menggunapakai hukuman yang telah Allah tetapkan itu.

Walaubagaimana pun, biarpun tidak menggunapakai hukum Allah tersebut, masih terdapat usaha-usaha kerajaan Malaysia dalam membanteras gejala seperti itu, seperti penetapan kadar denda yang dikenakan jika sabit kesalahan. Lagi sekali penulis akui bahawa hukuman seperti ini tidak memberi kesan yang efisyen dalam usaha membanteras perkara yang dimurkai Allah ini. Sungguhpun begitu, kondisi ini akan terus dapat diperbaiki dari masa ke semasa andaikata seluruh umat Islam khususnya di negara Malaysia ini bersatu diatas dasar aqidah Islamiyah Sahihah yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabatnya berserta mereka yang mengikuti ajaran baginda hingga ke hari qiamat.

Adapun hadith yang menyatakan bahawasanya sesebuah negara/ individu masih dianggap sebagai seorang Muslim (beragama Islam) biarpun dia/ negara itu mengaibaikan hukum Allah dapat dilihat menerusi hadith:

 Dari Abu Umamah Al Bahili bahawaRasulullah Shallallahu'alaihiWasallam bersabda;

 لَيُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ

 Ikatan-ikatan Islam akan terburai satu demi satu, setiap kali satu ikatan terburai orang-orang bergantungan pada ikatan selanjutnya. Yang pertama kali terburai adalah masalah hukum dan yang terakhir adalah shalat."
 H.R. Ahmad (no. 21139), Sisa Musnad Sahabat Ansar.

 Berdasarkan hadith ini, dapatlah disimpulkan bahawa Rasulullah S.A.W sendiri yang menyatakan bahawa solat adalah perhitungan terahkir bagi menentukan samada seseorang atau kerajaan itu sudah sepenuhnya terlepas dari ikatan Islam yang membawa maksud telah kafir atau sebaliknya (tidak). Hal ini bererti jika solat diabaikan serta dipandang remeh disamping enggan didirikan oleh pemerintah itu, maka barulah sesebuah negara itu boleh dianggap sebagai 'negara kafir' (kerana diperintah oleh orang kafir) atau 'pemerintahan kafir' (kerana tidak mahu menegakkan hukum Allah semisal Hudud), sebagaimana yang ditunjukkan didalam hadith lain yang menyatakan bahawasanya tidak dibolehkan bagi seseorang untuk memerangi pemerintah Muslim sedia ada selagimana pemerintah itu masih mendirikan solat, dimana hadithnya berbunyi:

 'Auf bin Malik Al Asyja'i berkata, "Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

 خِيَارُ أَئِمَّتِكُمْ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمْ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ قَالُوا قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا نُنَابِذُهُمْ عِنْدَ ذَلِكَ قَالَ لَا مَا أَقَامُوا فِيكُمْ الصَّلَاةَ لَا مَا أَقَامُوا فِيكُمْ الصَّلَاةَ أَلَا مَنْ وَلِيَ عَلَيْهِ وَالٍ فَرَآهُ يَأْتِي شَيْئًا مِنْ مَعْصِيَةِ اللَّهِ فَلْيَكْرَهْ مَا يَأْتِي مِنْ مَعْصِيَةِ اللَّهِ وَلَا يَنْزِعَنَّ يَدًا مِنْ طَاعَة

 "Sebaik-baik pemimpin kalian adalah kalian mencintai mereka dan mereka mencintai kalian, kalian mendo'akan mereka dan mereka mendo'akan kalian. Sedangkan sejelek-jelek pemimpin kalian adalah kalian membenci mereka dan mereka membenci kalian, kalian mengutuk mereka dan mereka pun mengutuk kalian." Mereka berkata, "Kemudian kami bertanya, "Wahai Rasulullah, tidakkah kami memerangi mereka ketika itu?" beliau menjawab: "Tidak, selagi mereka mendirikan shalat bersama kalian, tidak selagi mereka masih mendirikan shalat bersama kalian. Dan barangsiapa dipimpin oleh seorang pemimpin, kemudian dia melihat pemimpinnya bermaksiat kepada Allah, hendaknya ia membenci dari perbuatannya dan janganlah ia melepas dari ketaatan kepadanya."
 H.R. Muslim, (no. 3448), Kitab Kepemimpinan, Bab: Sebaik-baik dan seburuk-butuk umat., Ahmad (no. 22856).


         Kesimpulannya di sini, dengan hanya menyokong Islam, tidak bererti dan belum tentu kita tergolong dalam golongan yang selamat. Ungkapan ini harus diperbetulkan agar dapat menghapuskan kekeliruan masyarakat disebabkan pernyataan ini. Sesebuah negara yang diperintah oleh pemerintah Muslim tidak boleh dengan sewenang-wenangnya dihukumkan sebagai negara Kafir biarpun negara itu tidak melaksanakan hukum Allah, selagimana tiang agama iaitu Solat masih didirikan oleh pemerintah tersebut. Walaubagaimanapun, apa yang pasti, jika kita mengamalkan Islam dalam hidup kita secara keseluruhannya, InsyaAllah, dan dijamin, kita akan tergolong dalam golongan yang selamat itu, dengan rahmat serta kehendak-Nya.

Adapun nukilan penulis mengenai hal "Tidak Berhukum Dengan Hukum Allah Tidak Semestinya Menjadi Kafir" dapat ditelaah oleh para pembaca sekalian di alamat URL: http://www.intelorganization.ml.my/2013/02/tidak-behukum-dengan-hukum-allah-tidak.html  

         Wallahu’alam