By: Muhammad Zulsyamini
Sungguh amat menghairankan apabila terdapat individu yang mendakwa politik adalah sebahagian daripada Islam hinggakan termakan dengan kata-kata tokoh politik pujaannya yang berbunyi "Di dalam Al-Quran, bermula dari ayat pertama Surah Al-Fatihah hingga ayat akhir Surah An-Naas, semuanya berkisar dan berunsurkan politik belaka", akan tetapi mereka sendiri tidak mengamalkan politik cara nabi Muhammad S.A.W
Contoh yang paling jelas kita lihat adalah di zaman Rasulullah, pada zaman awal penyebaran Islam, masyarakat Islam yang terdiri daripada gologan bawahan ditindas, diseksa malah ada di kalangan para sahabat dibunuh sebagaimana Sumayyah r.ha. Namun demikian, tiada pula kita mendapati adanya demonstrasi untuk membantah penindasan terhadap umat Islam dibuat, meskipun sebagaimana dimaklumi, Demokrasi telahpun muncul sebelum datangnya Islam lagi dimana tamadun Greek-Yunan kuno mengamalkannya. Buktinya adalah sebagaimana yang terdapat dalam catatan-catatan sejarah, tokoh-tokoh falsafah tamadun Greek Kuno sebagaimana Aristotle, Plato dan seumpamanya, mereka sendiri mengeluarkan pandangan mereka menganai demokrasi. Amatlah pelik jika dikatakan apa yang terdapat pada tamadun Greek-Kuno tidak sampai ke pengetahuan Islam, disebabkan masyarakat Islam pada zaman itu pun sudah mengetahui sedikit-sebanyak akan amalan masyarakat empayar-empayar besar sebagaimana empayar Rom dan Parsi pada ketika itu mengenai amalan menyetubuhi isteri di saat ia hamil sebagaimana hadith:
"Judzamah Bintu Wahab Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku pernah menyaksikan Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam di tengah orang banyak, beliau bersabda: "Aku benar-benar ingin melarang ghilah (menyetubuhi istri pada waktu ia hamil), tapi aku melihat di Romawi dan Parsi orang-orang melakukan ghilah dan hal itu tidak membahayakan anak mereka sama sekali." Kemudian mereka bertanya kepada beliau tentang 'azl (menumpahkan sperma di luar rahim). Maka Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Itu adalah pembunuhan terselubung." Riwayat Muslim.
(lihat Bulughul Maram min Adilatil Ahkam, Kitab Nikah)
Umum juga mengetahu bahawa istilah demonstrasi muncul disebabkan adanya demokrasi. Seperti yang sedia dimaklumi, demokrasi adalah pemerintahan rakyat, dimana segala keputusan undang-undang dan hukum segalanya terletak di tangan rakyat mengikut bilangan mejoriti. Hal ini berbeza dengan hukum Allah dimana Allah, Dia sendirilah yang mengatur segala hukum dan syariat mengikut kehendak-Nya. Harus diingat bahawa bilangan mejoriti (paling ramai) bukanlah penanda aras kepada kebenaran. Hal ini sebagaimana yag disebut di dalam Al-Quran dalam surah Al-An'am ayat ke- 116 yang berbunyi:
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)."
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الأرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلا يَخْرُصُونَ
Tambahan pula di akhir zaman ini, boleh didapati bahawasanya ramainya manusia lebih mencintai dunia semata-mata dan melupakan akhirat. kebanyakkan dari mereka hanya mengikut kehendak nafsu semata-mata. Hal ini sebagaimana bisa dimaklumi dalam hadith-hadith nabi yang menceritakan perihal tanda-tanda kecil kiamat seperti banyaknya berlaku pembunuhan, penderhakaan terhadap ibubapa, artis dipuja-puja dan sebagainya. Maka bolehlah dikatakan jika mejoriti dalam kalangan rakyat yang mahukan sesuatu hukum itu dibuat yang bercanggah dengan syariat Allah, maka disana perlunya diluluskan pindaan hukuman itu mengikut kehendak manusia yang ramai, dan sekaligus tentunya akan mengabaikan hukum Allah.
Oleh itu, amatlah aneh jika didapati adanya orang yang melaung-laungkan slogan " ان الحكم الا الله " , (Tidak ada hukum melainkan hukum Allah), tetapi sedaya upaya cuba memperhuangkan hukum demokrasi.
Wallahu'Alam.
