Mustahil Imam Mahdi pejuang demokrasi (Al Mahdi anti demokrasi)

TULISAN INI HANYA PANDANGAN PERIBADI PENULIS SEMATA-MATA. BOLEH JADI BENAR DAN BOLEH JUGA TIDAK.




Secara ringkasnya, Imam Mahdi bukanlah seorang pejuang Sistem Demokrasi. Hal ini sebagaimana hadith yang dilampirkan dibawah:



عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ
كُنَّا قُعُودًا فِي الْمَسْجِدِ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ بَشِيرٌ رَجُلًا يَكُفُّ حَدِيثَهُ فَجَاءَ أَبُو ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيُّ فَقَالَ يَا بَشِيرُ بْنَ سَعْدٍ أَتَحْفَظُ حَدِيثَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْأُمَرَاءِ فَقَالَ حُذَيْفَةُ أَنَا أَحْفَظُ خُطْبَتَهُ فَجَلَسَ أَبُو ثَعْلَبَةَ فَقَالَ حُذَيْفَةُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَكُونُ النُّبُوَّةُ فِيكُمْ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ
خِلَافَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّة فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا عَاضًّا فَيَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيَّةً فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّة ثُمَّ سَكَتَ
=================================================
قَالَ حَبِيبٌ فَلَمَّا قَامَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ وَكَانَ يَزِيدُ بْنُ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ فِي صَحَابَتِهِ فَكَتَبْتُ إِلَيْهِ بِهَذَا الْحَدِيثِ أُذَكِّرُهُ إِيَّاهُ فَقُلْتُ لَهُ إِنِّي أَرْجُو أَنْ يَكُونَ أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ يَعْنِي عُمَرَ بَعْدَ الْمُلْكِ الْعَاضِّ وَالْجَبْرِيَّةِ فَأُدْخِلَ كِتَابِي عَلَى عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ فَسُرَّ بِهِ وَأَعْجَبَهُ


Dari An Nu'man bin Basyir ia berkata, "Kami pernah duduk-duduk di dalam Masjid bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. kemudian Basyir menahan pembacaan haditsnya. Kemudian datanglah Abu Tsa'labah Al Khusyani dan berkata, "Wahai Basyir bin Sa'd, apakah kamu hafal hadits Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkenaan dengan Umara` (para pemimpin)?" kemudian Hudzaifah berkata, "Aku hafal Khutbah beliau." Maka Abu Tsa'labah pun duduk, kemudian Hudzaifah berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

'Akan berlangsung nubuwwah (kenabian) di tengah-tengah kalian selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki lalu Dia mengangkatnya (berakhir) bila Dia menghendaki untuk mengakhirinya. (1)

Kemudian berlangsung kekhilafahan menurut sistem kenabian selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki lalu Dia mengangkatnya bila Dia menghendaki untuk mengakhirinya. (2)

Kemudian berlangsung kerajaan yang bengis selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki lalu Dia mengangkatnya bila Dia menghendaki untuk mengakhirinya. (3)

Kemudian berlangsung pemerintahan yang menindas (diktator) selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki lalu Dia mengangkatnya bila Dia menghendaki untuk mengakhirinya. (4)

Kemudian akan berelangsung kembali kekahalifahan menurut sistem kenabian. (5)

Kemudian beliau berhenti”. (Ada yang menafsirkan ini sebagai berlakunya Qiamat)

===================================================

Habib berkata; “Ketika ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz menjadi khalifah dimana Yazid bin an-
Nu’man bin Basyir mendampinginya, aku menulis hadits ini untuknya dan aku mengisahkan hadits ini kepadanya dan aku katakan; “Aku berharap dia, maksudnya ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz menjadi amirul mu’minin setelah kekuasaan kerajaan yang bengis dan pemerintahan dictator” Lalu suratku itu diberikan kepada ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz, maka dia senang dan mengaguminya”.

H.R Imam Ahmad, No. 17680, Kitab : Musnad penduduk Kufah, Bab: Hadits An Nu'man bin Basyir dari Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam


KOMENTAR (PENDAPAT PENULIS)
 Sebahagian penyelidik seperti Harun Yahya (Semoga Allah memberikan Hidayah kepadanya disebabkan banyak perkara yang saya tidak menyetujuinya terutama dalam soal aqidah) berpandangan bahawa apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'Kekhalifahan Menurut Sistem Kenabian' di fasa lima (5) itu merejuk kepada fasa pemerintahan Al-Mahdi atau sering dijuluki sebagai Imam Mahdi.

Persoalan yang timbul ialah adakah sistem kekhalifahan mengikut (menurut) sistem kenabian di fasa ke-lima (2) itu ya'ni sistem pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin mengikut sistem demokrasi dimana sepertimana yang dinyatakan diatas, sistem di fasa ke-5 itu terkait dengan sistem sebelumnya (fasa dua (2)) dimana sepertimana yang dinyatakan di fasa ke- dua (2) dan ke-lima (5), kedua-dua sistem itu disebutkan Nabi S.A.W sebagai "kekhilafahan menurut sistem kenabian ( خِلَافَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ)


 PEMERINTAHAN 5 FASA WALAUPUN DI FASA DIKTATOR.
Sebahagian penyelidik seperti Harun Yahya (Semoga Allah memberikan Hidayah kepadanya) mengatakan bahawasanya sekarang ini kita berada di fasa ke-4.

Berdasarkan hadith ini, dapat dikatakan bahawa adalah amat mustahil hadith-hadith yang menceritakan wajibnya  mentaati pemimpin meskipun mereka zalim selama mana mereka masih Islam seperti hadith "Taatilah Pemimpin Kamu Walaupun Belakangmu Dipukul dan Hartamu Dirampas sudah tidak releven lagi pada masa ini , Kerana Rasulullah sendiri menceritakan akan perihal yang sedang dan akan berlaku pada masa ini 1400 tahun lepas melalui wahyu yang Allah S.W.T berikan kepada baginda.

Dan Mustahil juga Hadith-hadith yang menceritakan kaedah menasihati pemimpin secara di belakang tabir sudah tidak releven lagi memandangkan sistem demokrasi yang membuka ruang seluas-luasnya kepada rakyat untuk bersuara sudah muncul seawal tamadun Rom Kuno lagi, iaitu sekitar lebih kurang 2000 Tahun yang lalu, iaitu sebelum Nabi Muhammad S.A.W diutus mahupun lahir lagi ke dunia ini sebagai seorang manusia.

PEMIMPIN MENCADANG SERTA MELANTIK DIRINYA SENDIRI UNTUK MENJADI PEMIMPIN SEDANGKAN IMAM MAHDI MENOLAK KEGILAAN TERHADAP KUASA

 Hal ini adalah sebagaimana yang diceritakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan dalam Sunan Abu Dawud dimana hadithnya berbunyi:

يَكُونُ اخْتِلَافٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ فَيَأْتِيهِ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ فَيُخْرِجُونَهُ وَهُوَ كَارِهٌ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ وَيُبْعَثُ إِلَيْهِ بَعْثٌ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ فَيُخْسَفُ بِهِمْ بِالْبَيْدَاءِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ فَإِذَا رَأَى النَّاسُ ذَلِكَ أَتَاهُ أَبْدَالُ الشَّامِ وَعَصَائِبُ أَهْلِ الْعِرَاقِ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ ثُمَّ يَنْشَأُ رَجُلٌ مِنْ قُرَيْشٍ أَخْوَالُهُ كَلْبٌ فَيَبْعَثُ إِلَيْهِمْ بَعْثًا فَيَظْهَرُونَ عَلَيْهِمْ وَذَلِكَ بَعْثُ كَلْبٍ وَالْخَيْبَةُ لِمَنْ لَمْ يَشْهَدْ غَنِيمَةَ كَلْبٍ فَيَقْسِمُ الْمَالَ وَيَعْمَلُ فِي النَّاسِ بِسُنَّةِ نَبِيِّهِمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيُلْقِي الْإِسْلَامُ بِجِرَانِهِ فِي الْأَرْضِ فَيَلْبَثُ سَبْعَ سِنِينَ ثُمَّ يُتَوَفَّى وَيُصَلِّي عَلَيْهِ الْمُسْلِمُونَ قَالَ أَبُو دَاوُد قَالَ بَعْضُهُمْ عَنْ هِشَامٍ تِسْعَ سِنِينَ و قَالَ بَعْضُهُمْ سَبْعَ سِنِينَ حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ عَنْ هَمَّامٍ عَنْ قَتَادَةَ بِهَذَا الْحَدِيثِ وَقَالَ تِسْعَ سِنِينَ قَالَ أَبُو دَاوُد و قَالَ غَيْرُ مُعَاذٍ عَنْ هِشَامٍ تِسْعَ سِنِين


Dari Ummu Salamah isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda:

"Akan terjadi perselisihan saat matinya khalifah, lalu seorang laki-laki (Al Mahdi) akan keluar dari Madinah pergi menuju Makkah. Lantas beberapa orang dari penduduk Makkah mendatanginya, mereka memaksanya keluar (dari dalam rumah) meskipun ia tidak menginginkannya. Orang-orang itu kemudian membaiatnya pada suatu tempat antara Rukun (Hajar Asawad) dan Maqam (Ibrahim). Lalu dikirimlah sepasukan dari penduduk Syam untuk memeranginya, tetapi pasukan itu justru ditenggelamkan oleh (Allah) di Al Baida, tempat antara Makkah dan Madinah. Maka ketika manusia melihat hal itu, orang-orang shalih dari Syam dan orang-orang terbaik dari penduduk Irak membaiatnya antara rukun dan Maqam. Lalu tumbuhlah seorang laki-laki dari bangsa Quraisy, paman-pamannya dari suku Kalb, ia lalu mengirimkan sepasukan untuk memerangi mereka (orang-orang yang berbaiat kepada Al mahdi) namun mereka dapat mengalahkan mereka (pasukan yang dikirim oleh lelaki Quraisy dari suku Kalb). Alangkah ruginya orang yang tidak ikut serta dalam pembagian ghanimah perang melawan suku Kalb. ia (Al Mahdi) lalu membagi ghanimah, dan membina manusia dengan sunnah Nabi mereka shallallahu 'alaihi wasallam dan menyampaikan Islam ke semua penduduk bumi. Ia berkuasa selama tujuh tahun, kemudian wafat dan dishalati oleh kaum muslimin." Abu Dawud berkata, "Sebagian mereka menyebutkan dari Hisyam, " selama sembilan tahun." Dan sebagian yang lain menyebutkan, "Selama tujuh tahun." Telah menceritakan kepada kami Harun bin Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Abdu Ash Shamad dari Hammam dari Qatadah dengan hadits yang sama. Beliau mengatakan, "sembilan tahun." Abu Dawud berkata, "Selain Mu'adz menyebutkan dari Hisyam, "selama sembilan tahun."
H.R Abu Dawud, no. 3737, Kitab Al Mahdi. Rujuk: http://lidwa.com/app/?k=abudaud&n=3737



 Berdasarkan hadith ini, dapatlah difahami bahawasanya Al-Mahdi tidaklah berusaha mahupun menyeru agar orang ramai menjadikannya atau membai'at beliau sebagai pemimpin Umat Islam pada ketika itu sebagaimana pada hari ini, melalui sistem demokrasi, kita dapat melihat individu khasnya Muslim saling bercakaran merebut pemerintahan serta kekuasaan untuk menjadi wakil-wakil parlimen mahupun merebut kedudukan sebagai pemerintah tinggi dalam sesebuah negara. Paling malang ada dalam kalangan mereka sanggup mengharamkan yang halal serta menghalalkan yang haram untuk merebut pangkat serta kedudukan bagi menjaga hati rakyat jelata agar memilih siapakah dalam kalangan mereka yang bertanding merebut kekuasaan itu  paling ramai rakyat yang terdiri dari orang awam yang meredhai mereka dengan sebab mampu menjaga hati serta hak rakyat jelata walaupun hak yang cuba dijaga itu bertentangan dengan Syariat Allah dan Rasul-Nya S.A.W.

Sesungguhnya wahyu tidak akan dapat dikatakn ketinggalan zaman!! Bertaubatlah buat anda yang masih berfikiran seperti itu. Dan sedarlah dari mengalamun hai si pejuang demokrasi.

Wallahua'lam..

.