Ditulis oleh: Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri, Pelajar Semester 1 Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa (Kewartawanan) ketika melakukan assignment yang diberikan oleh pensyarah pada bulan Disember 2012, Subjek CTU 551 (Tamadun Islam dan Tamadun Asia) (TITAS).
Realitinya, Alam Melayu pada suatu ketika
dahulu merangkumi kawasan yang merentasi seluruh Asia Tenggara hinggalah ke
sempadan benua Australia, dan kawasan-kawasan yang ditakrifkan sebagai Alam
Melayu secara mudah dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu Induk Alam
Melayu yang merangkumi Malaysia, Borneo, Indonesia, Fillipina, Selatan Thai
serta Kemboja, Alam Melayu Nusantara
yang merangkumi Easter(Lautan Pasifik)hingga Lautan Hindi, dari Formosa hingga
ke New Zealand dan juga Alam Melayu Diaspora yang merangkumi pinggiran Afrika
Selatan. Sri Lanka, Timur Tengah, Australia Barat dan juga Britain. CITATION Abd12 \l 1033 (Abd. Latiff,
Ahmad Zaki ; Hamzah, Azam ; Mad Aros, Azhar;, 2012)
Secara asasnya, masyarakat di alam
Melayu sebelum kedatagan Islam rata-ratanya menganuti kepercayaan anamisme,
iaitu kepercayaan kepada makhluk-makhluk halus atau segala sesuatu itu
mempunyai semangat atau roh yang berupaya serta berkuasa dalam mengatur hal-hal
kehidupan manusia dimana roh-roh ini pada anggapan mereka mempunyai ciri dan
sifat ketuhanan. Dengan kata lain, mereka menyembah segala roh-roh ini yang
mereka percayai mempunyai kuasa ghaib. Menurut Ismail Hamid, 1985, biarpun sudah terdedah degan pembagunan
sesudah munculnya gerakan-gerakan modenisasi, sehingga kini masih ada lagi
segelintir individu yang berbangsa Melayu menganuti kepercayaan animisme
sebagaimana contoh individu yang mempercayai perkara khurafat lagi tahyul.
Kesenian secara asasnya merupakan
sebahagian dari fitrah kejadian manusia yang suka kepada perkara yang cantik
dan indah. Disamping itu, apabila berbicara mengenai kesenian, tidak sekadar
elemen kecantikan mahupun keindahan semata-mata, malah lebih itu, kesenian juga
berperanan dalam memudahkan manusia mempelajari sesuatu (Ismail Hamid, 1985) .
Sebagai contoh, apabila berbicara mengenai seni mempertahankan diri sepertimana
silat, Taekwon-do dan sebagainya, tidaklah bermakna mempelajarinya hanya bagi
tujuan kecantikan serta keindahan bunganya semata-mata, malah lebih dari itu,
kesenian juga berperanan dalam memudahkan manusia memahami konsep serta
teknik-teknik yang sedang dipelajari dalam seni pertahanan diri ituagar dapat
dihadam dengan mudah oleh penuntutnya.
Disebabkan seni timbul hasil daripada fitrah manusia yang suka akan keindahan
maka dengan itu, keindahan menjadi ciri utama kesenian dari perspektif
Islam.Ciri-ciri keindahan ini dapat dirasai melalui penghayatan..Konsep
keindahan bererti rasa yang menggembirakan, menyenangkan, memuaskan,dan
dihargai tanpa melangkah batas-batas syariat Islam.
ASPEK
KESUSASTERAAN
Dalam masyarakat Islam lampau pula,
sepertimana di zaman awal peyebaran Islam di zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat, unsur kesenian juga
digunapakai dalam aspek kehidupan mereka. Sebagai contoh, generasi mereka RadhiAllahu’anhum
Ajma’een menggunakan menggunakan syair dalam membangitkan semangat
dalam usaha menebar dakwah Islamiyyah, sebagaimana hadith dibawah yang
menyatakan keperluan kepada syair dalam menghadapi peperangan (Peperangan
Khandaq AKA Perang Ahzab dimana hadithnya berbunyi:
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَدَاةٍ بَارِدَةٍ وَالْمُهَاجِرُونَ وَالْأَنْصَارُ
يَحْفِرُونَ الْخَنْدَقَ فَقَالَ اللَّهُمَّ إِنَّ الْخَيْرَ خَيْرُ الْآخِرَهْ
فَاغْفِرْ لِلْأَنْصَارِ وَالْمُهَاجِرَهْ فَأَجَابُوا نَحْنُ الَّذِينَ بَايَعُوا
مُحَمَّدَا عَلَى الْجِهَادِ مَا بَقِينَا أَبَدَا
Dari
Anas radliallahu 'anhu; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berangkat di suatu
pagi yang dingin sedang kaum muhajirin dan anshar sedang menggali Khandaq
(parit), lantas Nabi melantunkan sebuah bait syair; "Ya Allah,
sesungguhnya kebaikan sejati adalah kebaikan akhirat, maka ampunilah kaum
anshar dan muhajir." Serta merta para shahabat menyahut dengan bait syair;
"Kita adalah yang berbai'at kepada Muhammad untuk jihad sepanjang
hayat."(Shahih Bukhari: no. 6661, Kitab Hukum-Hukum, Bab: Bagaimana
Imam membaiat orang-orang.)
Walaupun
begitu, disana terdapat beberapa rincian mengenai syair yang dibolehkan dalam
Islam, sepertimana menurut kenyataan Mustafa
Daud, 1991, Disana terdapatnya jenis-jenis syair yang tidak disukai malah
ditegah oleh Rasulullah supaya umatnya tidak melakukan hal itu seperti syair
yang mempunyai ciri pertentangan dengan
nilai akidah, akhlak serta syariat Islam. Hal ini sepertimana yang digambarkan dalam hadith berikut:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ { وَالشُّعَرَاءُ يَتَّبِعُهُمْ
الْغَاوُونَ } فَنَسَخَ مِنْ ذَلِكَ وَاسْتَثْنَى فَقَالَ { إِلَّا الَّذِينَ
آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَذَكَرُوا اللَّهَ كَثِيرًا }
Dari
Ibnu Abbas, ia berkata, "Dan penyair-penyair itu diikuti oleh
orang-orang yang sesat, " (Qs. Al Syu'araa' [26]: 224) lalu ayat itu
dihapus dan dikecualikan." Kemudian ia berkata, "Kecuali
orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan beramal saleh dan banyak
menyebut Allah'. " (Qs. Asy-Syu'araa' [26]: 227) Hadith Riwayat Abu
Dawud no.5016, Kitab Adab, Bab: Syair . Dihasankan
Isnadnya oleh Al-Albani.
Seperti halnya di alam Melayu,
nilai-nilai kesusasteraan ini banyak melahirkan prosa puisi yang menerangkan
tentang kebesaran Allah disamping menyanjung Rasulullah s.a.w yang pada zaman
pra-Islamnya, qasidah-qasidah ini dimainkan dengan diiringi alat muzik. CITATION Aim97 \l
1033 (Aimini Amir Abdullah, 1997) Contoh yang dapat dilihat adalah sebagaimana
wujudnya kitab-kitab yang memuatkan qasidah-qhasidah serta burdah-burdah yang
kebanyakkannya menyanjung Rasulullah secara berlebih-lebihan sebagaimana kitab
yang dikarang oleh Sayyid Ja’far Al-Barzanji.
Selain dari itu, kisah para nabi,dan pahlawan Islam juga banyak disebarkan sejurus
permulaan penyebaran dakwah Islam di alam Melayu. Istilah ‘Hikayat’ mula
digunapakai bagi merujuk kepada karya porsa yang baru dibawa oleh Islam yang
kebanyakan darinya terkandung kisah Nabi-Nabi terdahulu. (Mustafa Daud, 1991) Contohnya seperti Hikayat Nabi Yusuf, Hikayat Nabi
Wafat, Hikayat Nabi Ishak, Hikayat Nabi Daud dan sebagainya. Hikayat-hikayat
ini pada ibunda bagi memudahkannya dibaca di majlis-majlis keraian seperti Maulidur
Rasul dan sebagainya.CITATION Mus91 \l 1033 (Mustafa Daud, 1991) .
Sebelum kedatangan
Islam, rata-rata masyarakat di Alam Melayu menggunakan tulisannya yang tersendiri,
dikenali sebagai Palava dan disebabkan
oleh kegiatan penyebaran Islam dilakukan dimana bahasa yang menjadi bahasa
utama yang digunapakai bagi memperoleh ilmu-ilmu Islam adalah dalam bahasa
Arab,maka disebabkan itu jugalah, munculnya tulisan jawi dimana abjad-abjadnya
menyamai abjad dalam bahasa Arab. CITATION Abd91 \l 1033 (Abdullah Ishak, 1991)
Disamping itu,
nilai kesusateraan Arab serta Islam dapat dilihat dengan tersebar luasnya seni
kaligrafi atau lebih dikenali sebagai seni tulisan Khat.Keindahan seni khat
dapat dilihat pada banyak tempat-tempat yang menjadi tumpuan setelah diabadikan
dengan nilai-nilai estetika seni yang bermutu tinggi, sebagaimana dapat dilihat
menerusi bangunan, seramik, kaca, ukiran kayu ukiran logam dan sebagainya.CITATION Mus91 \l 1033 (Mustafa Daud, 1991)
SENI AUDIO
Seni Audio juga
memainkan peranan penting dalam usaha penyebaran Islam.Seperti yang sedia
maklum, lagu nasyid keislaman telah menjadi suatu budaya dalam masyarkat dunia
sekalipun. Pada dasarnya, hal-hal sebagaimana nasyeed ini bukanlah datang
daripada Rasulullah, hinggakan Al-Hafiz Ibn Kathir, dalam menafsirkan perkataan
Lahwul-Hadith (perkataan yang tidak berguna) dalam Surah Luqman ayat ke-6 bagi merujuk kepada manusia yang mengajak
kepada kesesatan dari jalan yang benar
sebagai:
Orang-orang yang berpaling(dari petunjuk hidayah) untuk
mendengar flutes dan nyanyian serta diiringi oleh alat muzik, sebagaimana Ibn
Mas `ud mengulas tentang Ayah:
ومن الناس من يشترى لهو الحديث ليضل عن سبيل الله
(Dan di antara manusia
ada yang mempergunakan Lahu Al-Hadith(perkataan yang tidak berguna) untuk
menyesatkan (manusia) dari jalan Allah), maka beliau (Ibn Mas’ud) berkata,:
"Ini ( Lahwul Hadith) dinyatakan oleh Allah untuk merujuk kepada nyanyian''.
Bagaimanapun,
masih menjadi khilaf(perselisihan) dalam kalangan ulama-ulama kontemporari masa
kini dalam menentukan hukum sebenar nasyid yang sudah semestinya mengandungi
unsur alat muzik serta nyanyian. Bagaimanapun, kebiasaannya alat-alat muzik
seperti kompang, rebana dan lain-lain menjadi pilihan, memandangkan alat-alat
muzik jenis ini telahpun dimainkan sejak dari zaman Rasulullah lagi.
Adapun dengan
itu, dalam aspek kesenian, natijahnya, disana sudah semestinya terdapat
elemen-elemen keagamaan khususnya agama Islam yang terdapat disamping tersemai
dan sudah sinonim dengan istilah nasyid, iaitulah mesej yang mengajak kepada
kebaikan,dakwah, dan ada kalanya terdapat element-element keinsafan seperti
peingatan kepada hari Akhirat dan sebagainya, disamping dijadikan sebagai
medium untuk berhibur dengan kadar yang berpatutan serta tidak juga melalaikan.
Aspek lain yang
dapat dilihat termasuklah aktiviti membaca al-Quran secara berlagu dengan suara
yang merdu atau lebih dikenali sebagai Taranum dengan tujuan memupuk minat
orang-ramai agar sering mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Berdakwah melalui
pidato juga merupakan salah satu cabang seni suara yang digunakan dalam
mengembangkan Islam. Seni berpidato amat penting dalam uslub(cara-cara) dakwah
agar orang yang didakwahi tertarik dengan seruan dakwah serta mengelakkan
mereka daripada lari menjauhkan diri apabila adab-adab berpidato tidak dijaga.
Hal ini sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nah(16) ayat ke-125 yang
bermaksud:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan
pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya
Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya
dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
Ayat lain yang
medasari perintah berdebat secara teratur dan berseni dapat juga dilihat
menerusi ayat ke-46 surah Al-‘Ankabuut (surah ke-29) yang berbunyi:
“Dan janganlah kamu berdebat denganAhli Kitab, melainkan
dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka,
dan katakanlah: "Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan
kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu;
dan kami hanya kepada-Nya berserah diri.”
SENIBINA
Menurut perspektif Islam, seni adalah sebahagian daripada
kebudayaan yang berpaksikan kepada nilai-nilai akidah,syariat dan akhlak yang
mana dapat membimbing manusia ke arah tauhid dan pengabdian diri kepada Allah
S.W.T.Dengan kata lain,agama dapat
melahirkan seni manakala seni pula mestilah mempunyai etika yang mengikuti
garis panduan agama.Ciri-ciri kesenian Islam dapat dilihat hasil daripada peninggalan
seni binanya di seluruh dunia terutamanya kesenian dalam pembinaan
masjid,istana,bangunan pentadbiran atau makam.
Masjid-masjid
awal yang dibina di Tanah Melayu kebanyakkannya
dipengaruhi oleh unsur-unsur seni bina kuil,candi,kebudayaan setempat dan
penjajah Salah satu contoh ialah di Banten yang di pengaruhi seni bina penjajah
Belanda. Hal ini mungkin sekali disebabkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang
menjadi pegangan majoriti masyarakat Melayu pada keika itu masih tersemai di
fikiran mereka, disamping propaganda yang cuba diterapkan oleh penjajah dahulu
kala sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Secara realitinya, senibina
keIslaman dapat dinilai menerusi pemerhatian dimana senibina yang berasakan
Islam lebih cenderung membuat bentuk gubahan bangunannya tersendiri seperti bentuk
kubah atau menara tempat azan dilaungkan.
Masjid pada
awalnya mempunyai pengaruh tradisi tempatan,iaitu atapnya bercirikan senibina
Bali yang disebut sebagai ‘Meru’, sebelum mengalami perubahan stukturnya yang
kemudiannya bercirikan pengaruh-pengaruh dari Asia Barat sepertimana binaan
kubah. CITATION Abd91 \l 1033 (Abdullah Ishak, 1991) . Menurut Aimini Amir
Abdullah, 1997, selari dengan peredaran zaman dan juga kepentingan, masjid
kemudiannnya diperluas disamping dihiasi dengan pelbagai unsur-unsur
dekoratif-ornamentif yang berpandukan kepada kesesuaian latar belakang budaya
masyarakat setempat
.
.
Contoh lain yang dapat dilihat dalam menyatakan
kekuatan pengaruh Islam yang meresapi tamadun Alam Melayu pada ketika itu
adalah berdasarkan dapat dilihat pada makam atau batu nisan, masjid dan
perhiasan-perhiasannya yang menggambarkan kepada kita akan pengaruh Islam yang
telah mula diamalkan pada ketika itu misalnya batu nisan, perhiasan mahupun
masjidnya memaparkan tulisan khat yang ditulis serta diukir berpandukan
ayat-ayat suci Alquran. CITATION Abd91 \l 1033 (Abdullah Ishak, 1991)
BIBILOGRAFI
Abd. Latiff, Ahmad Zaki ; Hamzah, Azam ; Mad Aros,
Azhar;. (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Abdullah Ishak. (1991). Islam di India, Nusantara
dan China. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.
Aimini Amir Abdullah. (1997). Konsep Seni Dalam Islam.
In Ahmad Fauzi Murad, & Ahmad Tarmizi Talib, Tamadun Islam (p. 136).
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Hamid Ismail. (1985). Peradaban Melayu Dan Islam.
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Mustafa Daud. (1991). Tamadun Islam. Cheras,
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Tafsir Ibn Kathir(English Translation), Abu Said ,
(2006-2009) http://assunnah.info/ , Holy Quran Explorer version 2.0, , Tafsir Luqman (31)
Ayat ke-6