PENYOKONG Pembangkang tidak semestinya Khawarij

Saya melihat sebilangan besar sahabat-sahabat saya yang menjadi penyokong PAS agak menjaga perkataan mereka daripada memberikan komentar bersifat makian, cercaan dan suumpamanya.

Sebabnya mungkin kerana kami lulusan sekolah agama atau mungkin juga mahu menjaga hati rakan-rakan lainnya yang tidak sefahaman dengan PAS kerana di antara kami, ada yang Ibu atau Bapanya seorang Pemuda Kawasan parti sekian-sekian dan seumpamanya

Apabila saya mengatakan 'Khawarij', atau 'anjing neraka' tidaklah dengan maksud bahawa bagi taggapan saya semua mereka yang menyokong Pembangkang itu adalah Khawarij. Bertapa ramai sahabat-sahabat saya yang turut sama berjuang menegakkan Sunnah hasil dari didikan Dr. MAZA sepertimana yang diketahui agak memberati dalam menyokong parti pembangkang, meskipun abang kandung saya sendiri. Adakah dengan itu saya mengatakan abang kandung saya sendiri mahupun saudara-mara saya lainnya yang rata-ratanya menyokong pembangkang sebagai Khawarij dan Anjing Penghuni Neraka?

Saya bercakap atas dasar sikap segelintir atau kebanyakkan dari penyokong pembangkang khususnya pemuda pemudi di luar sana yang tidak menjaga etika dan akhlak mereka dalam berpolitik. Mereka berbicara seperti orang pandai, pandai mengatakan ulama' sekian, ustaz sekian bodoh, dungu, dangkal pemahaman dalam beragama sebagaimana cemuhan serta cacian serta kritikan yang diajukan kepada Al-Fadhil Ustaz Fathul Bari dari pemuda-pemudi sebegini, padahal jika ditanyakan pada mereka siapakah penulis Kitab Al-Muwatta', siapkah penulis Kitab Agung Fathul Bari yang ditulis oleh Ibn Hajar Al-Asqalani mereka tidak tahu pun menjawabnya.

Secara jujurnya, ayah saya juga seorang penyokong pembangkang (walaupun ibu saya agak neutral). Namun ayah saya juga pernah melarang daripada saya menyertai apa-apa pertubuhan atau aktiviti yang bersifat politik kepartian dengan katanya "Kamu kalau nak berpolitik jugak, tidak mengapa, asalkan kalau ada Demonstrasi atau apa-apa ceramah bersifat politik radikal, maka jangan pergi). Ayah saya juga bukanlah seorang yang selalu menghadiri apa-apa demonstrasi yang diadakan. Apa yang ingin dinyatakan di sini, ayah saya juga seorang penyokong pembangkang dan adakah dengan ini saya ingin mengatakan ayah saya seorang 'Khawarij' atau 'anjing neraka'? A'uzubillah.

Kesimpulannya, saya puji kecerdikan dalam mengawal emosi bagi sahabat-sahabat saya yang setia menyokong PAS. Saya tidaklah mengatakan setiap yang menyokong pembangkang itu sebagai Khawarij, melainkan agar kalian tidak melakukan perkara-perkara yang langsung tidak mencerminkan perilaku seorang Muslim, namun berlagak seperti seorang pejuang agama yang tulen, sepertimana yang digambarkan oleh Nabi dalam sabdanya mengenai Khawarij:

"Di akhir zaman nanti muncul suatu kaum yang umur-umur mereka masih muda, pikiran-pikiran mereka bodoh, mereka mengatakan dari sebaik-baik manusia, padahal iman mereka tak sampai melewati kerongkongan, mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah keluar dari busurnya, dimanapun kalian menemukannya, bunuhlah dia, sebab siapa membunuhnya mendatangkan ganjaran pagi pelakunya di hari kiamat."
Shahih Bukhari, no. 6418, Kitab Meminta Taubat Orang Murtad, Bab: Pembunuhan Khawarij dan Atheis setelah diberi penjelasan.

Walaubagaimana pun, ingin saya jelaskan disini, biarpun saya tidak menganggap mereka sebagai anjing neraka, namun ciri dan pemikiran Khawarij itu tetap ada dalam diri mereka. Dan kerana itulah menjadi tanggugjawab saya untuk mengubahnya.

Wallahua'lam.

Ditulis oleh Abu Muhammad Afham pada 9 Januari 2012 jam 1:52 Pagi.