Adakah Ya'juj Ma'juj adalah pengikut Dajjal?

Adakah Ya'juj dan Ma'juj merupakan pengikut Dajjal atau mereka ini dua kelompok yang berlainan?


 Dari Abu Bakar Ash Shiddiq, ia berkata:

 حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الدَّجَّالُ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالْمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا خُرَاسَانُ يَتْبَعُهُ أَقْوَامٌ كَأَنَّ وُجُوهَهُمْ الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ
 Telah menceritakan kepada kami Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam, beliau bersabda: "Dajjal akan muncul dari suatu negeri di timur bernama Khurasan, ia diikuti oleh kaum-kaum, sepertinya wajah mereka perisai yang ditambal."
 H.R Tirmidzi, no. 2163, Ibn Majah no. 4062, dan Imam Ahmad no. 33. Dishahih-kan oleh Al-Albani.


 Dalam riwayat Bukhari disebutkan bahawa:


 Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

 لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تُقَاتِلُوا قَوْمًا نِعَالُهُمْ الشَّعَرُ وَحَتَّى تُقَاتِلُوا التُّرْكَ صِغَارَ الْأَعْيُنِ حُمْرَ الْوُجُوهِ ذُلْفَ الْأُنُوفِ كَأَنَّ وُجُوهَهُمْ الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ
 "Tidak akan terjadi hari qiyamat hingga kalian memerangi suatu kaum yang sandal mereka terbuat dari rambut dan hingga kalian memerangi bangsa Turki yang bermata kecil (sipit), berwajah merah dan berhidung pesek, wajah-wajah mereka bagaikan perisai yang ditambal.
 H.R Bukhari, no. 3322, Kitab Perilaku budi pekerti yang terpuji
 Bab : Tanda kenabian dalam Islam


 Adapun mengenai kemunculan Ya'juj dan Ma'juj adalah setelah peristiwa pembunuhan Dajjal oleh Nabi Isa A.S  adalah sebagaimana yang diceritakan didalam hadith berikut:

 فَيَطْلُبُهُ حَتَّى يُدْرِكَهُ بِبَابِ لُدٍّ فَيَقْتُلَهُ قَالَ فَيَلْبَثُ كَذَلِكَ مَا شَاءَ اللَّهُ قَالَ ثُمَّ يُوحِي اللَّهُ إِلَيْهِ أَنْ حَوِّزْ عِبَادِي إِلَى الطُّورِ فَإِنِّي قَدْ أَنْزَلْتُ عِبَادًا لِي لَا يَدَانِ لِأَحَدٍ بِقِتَالِهِمْ قَالَ وَيَبْعَثُ اللَّهُ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَهُمْ كَمَا قَالَ اللَّهُ { مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ } قَالَ فَيَمُرُّ أَوَّلُهُمْ بِبُحَيْرَةِ الطَّبَرِيَّةِ فَيَشْرَبُ مَا فِيهَا
" ...Rasulullah melanjutkan:
 "Nabi Isa lalu mencari Dajjal dan mendapatkannya berada di depan pintu Ludd (daerah Baitul Maqdis) kemudian ia membunuhnya." Beliau melanjutkan, "Nabi Isa tetap seperti itu hingga Allah menghendaki (yang lain)". Beliau melanjutkan, "Allah lalu mewahyukan (memerintahkan) Isa, Singkirkan (ungsikan) hamba-hamba-Ku menuju gunung Thursina. Aku telah menempatkan hamba-hamba-Ku di sautu tempat yang tidak ada seorang pun dapat membunuh mereka." Beliau melanjutkan, "Allah lalu membangkitkan Ya'juj dan Ma'juj. Mereka seperti yang difirmankan Allah, 'Mereka dari setiap tanah yang tinggi, berjalan dengan cepat'. " Beliau melanjutkan, "Rombongan pertama mereka melewati laut kecil Ath-Thabariyyah dan meminum air yang ada di dalamnya....""
 H.R Tirmidzi, no. 2166, Kitab Fitan (Fitnah) Bab: Fitnah Dajjal, Diriwayatkan juga oleh Ibn Majah, no hadith: 4065, Kitab Fitan (Fitnah), Bab: Fitnah dajjal, keluarnya Isa putera Maryam, keluarya Ya'juj dan Ma'juj. Hadith ini juga dihukum shahih oleh Al-Albani.


Komentar saya (Abu Afham) yang masih dalam kecelaruan:

Nabi menyatakan bahawa pengikut-pengikut Dajjal terdiri dari "kaum-kaum yang sepertinya wajah mereka perisai yang ditambal.", sebagaimana sifat yang nabi gambarkan pada orang-orang Turki dalam hadith yang saya kemukakan diatas, iaitu:

"...bermata kecil (sepet), berwajah merah dan berhidung pesek, wajah-wajah mereka bagaikan perisai yang ditambal." H.R Bukhari.

Bermakna, adakah orang (bangsa) Turki akan terpecah menjadi dua kelompok, satu kelompok menjadi pendokong (pengikut) Dajjal bersama-sama orang -orang Yahudi Iran (Khurasan) sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dan satu kelompok lainnyanya adalah Ya'juj dan Ma'juj kerana telah digambarkan dalam hadith diatas bahawasanya kemunculan Ya'juj dan Ma'juj adalah setelah terbunuhnya Dajjal  Al-Masih ditangan Nabi Isa A.S?

Atau, adakah pengikut dajjal yang terdiri daripada bangsa Turki berkongsi sifat fizikal yang sama sebagaimana Ya'juj dan Ma'juj?


Wallahua'lam. Buat sesiapa yang ada pencerahan, sila nyatakan pada comment dibawah. Jazaakumullahukhair.