Setelah diteliti, dapatlah disimpulkan bahawat iada dalil yang menunjukkan wajibnya bagi individu Muslim untuk menyamak (samak) apa juga peralatan mahupun kulit mereka sendiri andainya tersentuh dengan babi (khinzir) sebagaimana wajibnya menyamak bejana atau apa apa yang terkena jilatan (air liur) anjing. Namun disana adanya dalil jelas yang menunjukkan Nabi S.A.W tidak menyuruh para sahabat agar menyamak menggunakan 7 basuhan air, 1 kali bercampur tanah terhadap peralatan yang digunakan untuk menghidangkan daging khinzir bagi digunakan oleh orang Islam. Maka dengan itu, ianya sudah pasti menguatkan lagi hujjah bahawasanya menyentuh apa-apa berkaitan babi/ khinzir maka tidak perlu disamak sebagaimana jilatan anjing.
Buktikan jika ada dalilnya. Sukanya disini mengemukakan dalil/ bukti akan dakwaaan penulis seperti yang dinyatakan diatas:
Dari Abu Tsa'labah Al Khusyani bahwa ia pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ia berkata:
إِنَّا نُجَاوِرُ أَهْلَ الْكِتَابِ وَهُمْ يَطْبُخُونَ فِي قُدُورِهِمْ الْخِنْزِيرَ وَيَشْرَبُونَ فِي آنِيَتِهِمْ الْخَمْرَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنْ وَجَدْتُمْ غَيْرَهَا فَكُلُوا فِيهَا وَاشْرَبُوا وَإِنْ لَمْ تَجِدُوا غَيْرَهَا فَارْحَضُوهَا بِالْمَاءِ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا
"Sesungguhnya kami bertetangga dengan orang ahli kitab sementara mereka merebus babi di dalam kuali mereka dan minum khamr dalam bejana mereka?" Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila kalian mendapatkan selainnya maka makan dan minumlah padanya, dan apabila kalian tidak mendapatkan selainnya maka cucilah menggunakan air dan makan serta minumlah!"
H.R Abu Dawud, no.3342, Kitab Makanan Bab: Makan dengan bejana ahli kitab, Tirmidzi, no. 1483. Ini Lafaz Abu Dawud.
Jika bejana pun tidak diperintahkan agar menyamaknya, apatah lagi diperintahkan menyamak mulut dengan berkumur menggunakan air tanah sebagaimana dakwaan sebahagian dari Ustaz-ustaz popular tanah air yang mendakwa adanya ulamak feqah yang menyatakan dalam kitab-kitab mereka bahawasanya perlunya seorang Muslim yang pernah termakan daging babi supaya menyamak mulut mereka dengan cara berkumuh-kumuh menggunakan air tanah. Disini juga pihak kami meminta Ustaz berkenaan mengemukakan dari manakah sumber kitab yangmana darinya panduan itu diambil. Apakah nama kitab itu, siapakah pengarangnya, jilid ke berapa, mukasurat berapa.
Secara jujurnya penulis tidaklah mengambil berat akan isu-isu khilaf (perselisihan pendapat) semisal masalah feqah ini. Namun yang menjadi topik utama perbahasan adalah disebabkan Ustaz berkenaan kerap kali mendakwa dalam kuliyah-kuliyah yang diadakanya menyatakan secara pasti akan kesesatan puak-puak yang dilabel sebagai 'Wahabi' dimana si ustaz juga pernah menyindir sambil menemplak pandangan yang mengatakan tidak wajib menyamak apa-apa yang tersentuh dengan babi (bukan anjing kerana dalam masalah jilatan anjing disana terdapat dalil yang jelas). Malah si ustaz turut pernah melabel orang yang berpandangan sedemikian rupa (tidak wajib menyamak babi) sebagai 'Puak-Puak Dajjal'. Hal ini belum termasuk si ustaz yang melekeh-lekehkan golongan yang dilabel sebagai Wahabi ini seperti mengatakan "Mereka (Wahabi) ini dah rasa lagi pandai/ lagi alim dari ulamak mujtahid untuk buat ijtihad sendiri" dan seumpamanya. Buktinya dapat dilihat sendiri dalam banyak rakaman video ustaz berkeaan yang telah dimuatnaik di laman YouTube.
Sukanya saya juga di sini ingin melampirkan perbahasan hukum sebenar khinzir yang sempat saya cetak (copy) di post Facebook Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi (Facebook: https://www.facebook.com/mfazm1), seorang mahasiswa Universiti Islam Madinah, Saudi Arabia dalam jurusan Usuluddin yang menulis:
"[ Hukum khinzir: adakah hukum khinzir diqiaskan kepada anjing? Apakah khinzir najis ketika hidupnya? ]
____________________________
Kata Al-Imam An-Nawawi rahimahullah:
Adapun khinzir maka hukumnya sama seperti hukum anjing pada hal ini(jilatan)dan kesemuanya,inilah mazhab kami(As-Syafi`i),dan kebanyakan ahli ilmu berpendapat bahawasanya (jilatan)khinzir tidak memerlukan kepada basuhan sebanyak tujuh kali,dan ianya merupakan qaul As-Syafi`i dan ianya merupakan pendapat yang kuat dengan dalil. [ Syarh Muslim (279) ]
Kata An-Nawawi -rahimahullah- lagi:
وليس لنا دليل واضح على نجاسة الخنزير في حياته
Kami tidak memunyai dalil yang jelas berkenaan kenajisan khinzir ketika hidupnya
[ Syarh Al-Muhazzab 2/568 ]
Kata Syeikhuna Ibnu Hizam-hafizahullah-:
Hukum ini berdasarkan pendapat yang mengatakan khinzir adalah najis,dan ianya merupakan pendapat jumhur ahli ilmu,dan sebahagian mereka menaqalkan ianya ijmak,dan ianya tidak shahih,kerana Mazhab Malik mengatakan kesucian khinzir selagimana ianya hidup,sebagaimana disebut dalam Syarh Al-Muhazzab 2/568.Apa yang dipegang oleh Malik adalah shahih,dan ianya merupakan pendapat satu riwayat dari Ahmad sebagaimana dalam Al-Insaf 1/294,kerana tiada dalil yang shahih dan jelas menunjukkan kenajisannya,adapun firman Allah Ta`ala:" أو لحم الخنزير فإنه رجس " atau daging babi,kerana sesungguhnya ianya kotor " (Al-An`aam:145 ) maksud " الرجس " ialah " مستقذر " " مستخبث " iaitu sesuatu yang jijik dan kotor,dan ianya tidak jelas menunjukkan kenajisannya,dan hal ini ditunjukkan juga dalam hadith Nabi sallallahu`alaihiwasallam tentang himar (keldai peliharaan),kata Nabi sallallahu`alaihiwasallam: " إنها رجس " " Ianya kotor! " [ HR Al-Bukhari no:4198,5528 ],sedangkan mereka(orang islam) menungganginya dan menyentuhnya,jika yang dimaksudkan dengan " رجس " (rijsun) adalah najis maka yang sebenarnya ia ditujukan kepada dagingnya iaitu hukumnya seperti najisnya daging himar,tidak(dikira najis)bagi haiwan yang sebelum kematiannya,dan asal kepada sesuatu adalah suci,tidak dikeluarkan dari hal tersebut(kesuciannya) melainkan dengan dalil yang shahih lagi jelas.Wallahu`alam.
[ Fathul `Allam 1/58 ]
Kata Syeikh Ibnu `Uthaimin-rahimahullah-:
Khinzir,merupakan haiwan yang dikenali sebagai haiwan yang tiada ghairah (cemburu -peny-),kotor,dan memakan kotoran,pada dagingnya mengandungi bakteria-bekteria yang memudaratkan,dikatakan api tidak memberi kesan untuk membunuhnya,disebabkan itu Syarak mengharamkannya,dan para fuqaha`-rahimahumullah- menyamakan kenajisannya dengan kenajisan anjing,kerana ia lebih jijik dari anjing maka lebih utama hukumnya sedemikian,dan qiyas ini lemah,kerana khinzir disebutkan dalam Al-Quran dan ianya wujud pada zaman Nabi sallallahu`alaihiwasallam dan tidak dihubungkan hukumnya dengan anjing,yang shahih kenajisannya seperti kenajisan selainnya dan ianya dibasuh sebagaimana dibasuh najis-najis yang lain.
[ As-Syarh Al-Mumti` 1/418 ]
________________________
Kesimpulan: Apa-apa yang berkaitan khinzir(jilatannya,dagingnya,bekasnya dll) dibasuh seperti najis-najis yang lain,dan ianya tidak perlu dibasuh sebanyak tujuh kali dengan air tanah.Wallahu`alam."
Wallahua'lam...
-Abu Afham Muhammad Zul-

Comments
Post a Comment