Mungkin terdapat segelintar pihak
yang keliru bahawasanya apabila seruan anti takfir (mengkafirkan Seorang
Muslim) dilaungkan oleh ulama’ Muda UMNO yang amat sinonim dengan labelan
‘Wahabi’ dimana puak Wahabi dikatakan (dituduh) seringkali menyesatkan umat
Islam yang mengatakan adanya disamping mengamalkan perkara yang dianggap
sebagai Bid’ah Hasanah secara umumnya dimana slogan yang berasal dari hadith
Nabi “Kullu Bid’atin Dholalah” (Setiap bid’ah itu sesat) dan “Wa Kullu
Dholaalatin Fin Naar” (Dan setiap kesesatan pasti (tempatnya dalam neraka) seringkali terpahat
di bibir-bibir mahupun tulisan para asaatizah tersebut mahupun mereka yang
mengikutinya (pengikut asatizah berkenaan sekalian).
Pertama sekali, perlu diingatkan
bahawasanya demikian itu tidaklah bererti mereka (Ulama’ Muda UMNO) atau puak
‘Wahabi’ secara umumnya beranggapan bahawasanya sesiapa sahaja yang
berkeyakinan serta melakukan perkara bid’ah yang dikatakan sebagai bid’ah
hasanah, bermakna orang itu pasti tempatnya didalam neraka, atau dengan kata
lain, dia adalah seorang bakal Ahli Neraka. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan
dalam sebuah hadith yang panjang dimana di akhir hadith yang diriwayatkan oleh Sahal
bin Sa'id as-Saidi r.a tersebut, bahawasanya Nabi S.A.W bersabda:
إِنَّ الرَّجُلَ لِيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ الْجَنَّةِ فِيمَا يَبْدُو
لِلنَّاسِ وَهُوَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لِيَعْمَلُ عَمَلَ
أَهْلِ النَّارِ فِيمَا يَبْدُو لِلنَّاسِ وَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ
"Sesungguhnya ada lelaki yang beramal seperti amalan
ahli Surga dalam pandangan manusia, padahal dia adalah ahli Neraka. Dan ada
juga lelaki yang beramal dengan amalan ahli Neraka dalam pandangan manusia,
padahal dia adalah ahli Syurga'."
H.R Bukhari no. 163, Kitab Iman Bab: Haramnya bunuh diri, dan bahwa barangsiapa
membunuh dirinya dengan sesuatu.
Dalam riwayat Imam Muslim, hadith dari Abu Hurairah r.a
disebutkan:
إِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ الزَّمَنَ الطَّوِيلَ بِعَمَلِ أَهْلِ
الْجَنَّةِ ثُمَّ يُخْتَمُ لَهُ عَمَلُهُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ وَإِنَّ
الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ الزَّمَنَ الطَّوِيلَ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ ثُمَّ
يُخْتَمُ لَهُ عَمَلُهُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ
"Ada orang yang mengamalkan amalan ahli syurga pada
waktu yang sangat lama, lalu ia menutup akhir hidupnya dengan amalan ahli
neraka. Ada pula orang yang mengerjakan amalan ahli neraka pada waktu yang
sangat lama, tetapi kemudian ia menutup akhir hidupnya dengan amalan ahli
syurga.” (Shahih Muslim, no. 4791, Kitab Takdir, Bab: Bagaimana penciptaan Adam
Tugas seorang Muslim pada dasarnya
bukanlah hanya tahu menghukum, ya’ni menghukum seseorang sebagai Ahli Syurga
mahupun Neraka. Apabila dikatakan sesuatu amalan itu diancam pelakunya dengan
neraka, maka tidaklah menjadi kemestian pelakunya itu pasti akan dimasukkan ke neraka. Analogi
mudahnya adalah sepertimana dosa-dosa yang dilakukan oleh setiap dari kalangan
manusia yang tidak ma’sum (bebas dari silap, salah mahupun dosa). Setiap dosa
diancam pelakunya dengan balasan di akhirat samada yang berupa siksa kubur,
siksa di Mahsyar mahupun azab di Neraka. Namun apakah boleh kita katakan setiap
dari pelaku dosa-dosa tersebut samada ianya dosa kecil mahupun besar maka pasti
pelakunya adalah ahli Neraka?
Jawapannya sama sekali tidak boleh, kerana
menghukumi seseorang samaada dia termasuk ahli Syurga mahupun Neraka bukanlah
layak bagi makhluk, melainkan ianya hanya layak bagi Allah S.W.T., tuhan
sekalian alam.
Hal ini sebagaimana kisah yang diambil
daripada sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a diamana
katanya bahawasanya Rasulullah S.A.W menceritakan perihal dua orang lelaki dari
kalangan Bani Israel, seorang adalah Ahli Ibadah manakala yang seorang lagi
Ahli Maksiat dimana sabda Baginda S.A.W:
كَانَ رَجُلَانِ فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ مُتَوَاخِيَيْنِ فَكَانَ أَحَدُهُمَا
يُذْنِبُ وَالْآخَرُ مُجْتَهِدٌ فِي الْعِبَادَةِ فَكَانَ لَا يَزَالُ الْمُجْتَهِدُ
يَرَى الْآخَرَ عَلَى الذَّنْبِ فَيَقُولُ أَقْصِرْ فَوَجَدَهُ يَوْمًا عَلَى ذَنْبٍ
فَقَالَ لَهُ أَقْصِرْ فَقَالَ خَلِّنِي وَرَبِّي أَبُعِثْتَ عَلَيَّ رَقِيبًا فَقَالَ
وَاللَّهِ لَا يَغْفِرُ اللَّهُ لَكَ أَوْ لَا يُدْخِلُكَ اللَّهُ الْجَنَّةَ فَقَبَضَ
أَرْوَاحَهُمَا فَاجْتَمَعَا عِنْدَ رَبِّ الْعَالَمِينَ فَقَالَ لِهَذَا الْمُجْتَهِدِ
أَكُنْتَ بِي عَالِمًا أَوْ كُنْتَ عَلَى مَا فِي يَدِي قَادِرًا وَقَالَ لِلْمُذْنِبِ
اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِي وَقَالَ لِلْآخَرِ اذْهَبُوا بِهِ إِلَى
النَّارِ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَكَلَّمَ بِكَلِمَةٍ
أَوْبَقَتْ دُنْيَاهُ وَآخِرَتَهُ
"Ada dua orang laki-laki dari bani Isra'il yang saling
bersaudara; salah seorang dari mereka suka berbuat dosa sementara yang lain
giat dalam beribadah. Orang yang giat dalam beribdah itu selalu melihat
saudaranya berbuat dosa hingga ia berkata, "Berhentilah." Lalu pada
suatu hari ia kembali mendapati suadaranya berbuat dosa, ia berkata lagi,
"Berhentilah." Orang yang suka berbuat dosa itu berkata,
"Biarkan aku bersama Tuhanku, apakah engkau diutus untuk selalu
mengawasiku!" Ahli ibadah itu berkata, "Demi Allah, sungguh Allah
tidak akan mengampunimu, atau tidak akan memasukkanmu ke dalam surga."
Allah kemudian mencabut nyawa keduanya, sehingga keduanya berkumpul di sisi
Rabb semesta alam. Allah kemudian bertanya kepada ahli ibadah: "Apakah
kamu lebih tahu dari-Ku? Atau, apakah kamu mampu melakukan apa yang ada dalam
kekuasaan-Ku?" Allah lalu berkata kepada pelaku dosa: "Pergi dan
masuklah kamu ke dalam surga dengan rahmat-Ku." Dan berkata kepada ahli
ibadah: "Pergilah kamu ke dalam neraka." Abu Hurairah berkata,
"Demi Dzat yang jiwaku ada dalam tangan-Nya, sungguh ia telah mengucapkan
satu ucapan yang mampu merusak dunia dan akhiratnya."
H.R Abu Dawud, no. 4255, Kitab Adab Bab: Larangan bersikap
melampaui batas.Dinyatakan Shahih oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abu
Dawud no. 4901
Hadith atau kisah ini memberi
pelajaran kepada kita supaya tidak sewenang-wenangnya meghukum seseorang yang
tampak darinya berbagai dosa atau maksiat yang dilakukannya, maka kita katakan
dia pasti adalah seorang Ahli Neraka mahupun sebaliknya (Ahli Syurga) jika dia
seorang yang rajin mengerjakan kebaikan. Syurga adalah hakmilik mutlak Allah S.W.R.
Tidaklah manusia dimasukkan ke syurga melainkan kerana rahmat (belas kasihan)
Allah, Tuhan Sekalian Alam.
FITNAH TERHADAP GOLONGAN YANG DILABEL SEBAGAI ‘WAHABI’
DENGAN MENGATAKAN MEREKA (WAHABI) MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM.
Pernayataan ini adalah batil
sekali,dimana jika dilihat, golongan inilah (Wahabi) yang berusaha menjauhkan
manusia daripada lembah kesyirikkan yang setersnya membawa kepada kekafiran.
Contoh jelas yang dapat dilihat, apabila Ulama’Muda UMNO yang ditohmah sebagai ‘Wahabi’ menyatakan pendirian secara terbuka
di forum-forum mahupun daurah (seminar) yang mereka adakan dimana mereka
menyebutkan pendirian mereka mengenai apakah sah kepimpinan samaada
kepimpinan dalam arena politik di peringkat Negara mahupun kepimpinan Imam
solat yang memimpin para makmumnya mengenai keesahannya kepimpinan yang
dipimpin oleh seorang individu selagimana dia masih merupakan seorang Muslim
(Islam) yang layak dikategorikan sebagai seorang yang Fasiq atau Ahli Bid’ah.
Dlam masalah ini Imam Bukhari meriwayatkan dalam Shahihnya, Kitab Azan, Bab: Keimaman
seorang yang terfitnah (dituduh fasik) atau seorang ahli bid'ah dimana atsarnya
berbunyi:
عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَدِيِّ بْنِ خِيَارٍ أَنَّهُ دَخَلَ
عَلَى عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَهُوَ مَحْصُورٌ فَقَالَ
إِنَّكَ إِمَامُ عَامَّةٍ وَنَزَلَ بِكَ مَا نَرَى وَيُصَلِّي لَنَا إِمَامُ
فِتْنَةٍ وَنَتَحَرَّجُ فَقَالَ الصَّلَاةُ أَحْسَنُ مَا يَعْمَلُ النَّاسُ
فَإِذَا أَحْسَنَ النَّاسُ فَأَحْسِنْ مَعَهُمْ وَإِذَا أَسَاءُوا فَاجْتَنِبْ
إِسَاءَتَهُمْ وَقَالَ الزُّبَيْدِيُّ قَالَ الزُّهْرِيُّ لَا نَرَى أَنْ يُصَلَّى
خَلْفَ
الْمُخَنَّثِ إِلَّا مِنْ ضَرُورَةٍ لَا بُدَّ مِنْهَا
Dari 'Ubaidullah bin 'Adi bin Khiyar, bahwa dia masuk
menemui 'Utsman bin 'Affan saat ia terkepung seraya berkata, "Engkau
adalah pemimpin Kaum Muslimin namun tuan tengah mengalami kejadian seperti yang
kita saksikan. Sedangkan shalat akan dipimpin oleh imam yang terkena fitnah dan
kami jadi khawatir terkena dosa." Maka 'Utsman bin 'Affan pun berkata,
"Shalat adalah amal terbaik yang dilakukan manusia. Oleh karena itu
apabila orang-orang melakukan kebaikan (dengan mendirikan shalat), maka berbuat
baiklah (shalat) bersama mereka. Dan jika mereka berbuat keburukan (kesalahan),
maka jauhilah keburukan mereka." Az Zubaidi berkata, Az Zuhri berkata,
"Kami tidak membenarkan shalat bermakmum di belakang seorang banci kecuali
dalam keadaan sangat terpaksa."
Riwayat Bukhari dalam Shahih-nya, no.654, Kitab Azan, Bab: Keimaman
seorang yang terfitnah (dituduh fasik) atau seorang ahli bid'ah.

Comments
Post a Comment