WASPADA HABIB yang mengaku sebagai Ahlul Bayt padahal bukan (PALSU)

     




   Dalam menolak dakwaan seseorang seseorang yang mengaku berasal dari susur galur keturunan Nabi S.A.W atau biasa disebut sebagai 'Ahlul Bayt', Kita seharusnya bersikap cermat dikhuatiri jika dia sememangnya berketurunan Nabi Muhammad S.A.W. Jika individu yang mengaku terbabit membawa ajaran yang betul dan selari dengan ajaran Islam yang sebenar, maka ianya tidak menjadi masalah untuk kita mengikuti telunjuknya disebabkan sebagai umat Islam kita mempunyai penilai serta pengukur iaitu Al-Quran dan As-Sunnah dan sememangnya menjadi asas kepada ajaran Islam untuk saling menyayangi saudara seIslam yang lainnya dan bukan sahaja terhad kepada golongan 'Ahlul Bayt' ini semata-mata serta ianya tidaklah menjadi satu kesalahan jika kecintaan kita terhadap Ahlul Bayt ini melebihi sedikit daripada orang lain dengan kadar yang tidak melampau jika sememangnya benar mereka (Ahlul Bayt) menyeru kepada ajaran Islam yang sebenar.

        Adapun dengan itu, jika didapati individu yang mendakwa datang daripada susur galur keturunan Nabi Muhammad S.A.W (Ahlul Bayt) itu didapati menyeleweng dari ajaran Islam yang asal, maka tidak dibolehkan bagi kita untuk mengikutinya, bahkan tidak dibenarkan pun sama sekali menyayangi mereka dan mesti ditentang, kerana disana tidak ada satu pun jaminan dari Rasulullah S.A.W bahawa anak keturunannya akan terlepas serta bebas dari melakukan dosa, dan akan beriman kesemua dari kalangan mereka serta tidak ada dalam kalangan mereka yang boleh jadi tergolong dalam kategori 'Fasiq', bahkan tidak ada jaminan dalam kalangan mereka yang tidak akan rosak akidah mereka hanya atas alasan mereka mempunyai darah keturunan Nabi Muhammad S.A.W dan disebabkan inilah, mereka (Ahlul Bayt) juga sama seperti orang lainnya.(-Penq- "Hal ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SA.W mengenai ketegasan baginda dalam menghukumi pelaku jenayah walaupun penjenayah itu adalah anaknya sendiri, Fatimah r.ha di mana beliau baginda S.A.W bersabda di dalam khutbah baginda :


وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا
" Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, sungguh aku sendiri yang akan memotong tangannya."
H.R Muslim, no. 3196, Bukhari, no. 3216
-penq-)

        Harus diingat bahawa di dalam masyarakat kita sekarang ini, sudah wujudnya pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan kedudukan di mata masyarakat dengan cara mendakwa dirinya adalah Ahlul Bayt. (-penq- di mana Nabi S.A.W telahpun mengkhabarkan kepada kita bahawa akan muncul satu golongan yang menyandarkan diri kepada Ahlul Bayt (ahli keluarga/ keturunan) baginda dengan maksud agar orang ramai mengikutinya.

Dari Umair bin Hani Al 'Ansi ia berkata; Aku mendengar Abdullah bin Umar berkata:

كُنَّا قُعُودًا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ فَذَكَرَ الْفِتَنَ فَأَكْثَرَ فِي ذِكْرِهَا حَتَّى ذَكَرَ فِتْنَةَ الْأَحْلَاسِ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا فِتْنَةُ الْأَحْلَاسِ قَالَ هِيَ هَرَبٌ وَحَرْبٌ ثُمَّ فِتْنَةُ السَّرَّاءِ دَخَنُهَا مِنْ تَحْتِ قَدَمَيْ رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يَزْعُمُ أَنَّهُ مِنِّي وَلَيْسَ مِنِّي وَإِنَّمَا أَوْلِيَائِي الْمُتَّقُونَ ثُمَّ يَصْطَلِحُ النَّاسُ عَلَى رَجُلٍ كَوَرِكٍ عَلَى ضِلَعٍ ثُمَّ فِتْنَةُ الدُّهَيْمَاءِ لَا تَدَعُ أَحَدًا مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ إِلَّا لَطَمَتْهُ لَطْمَةً فَإِذَا قِيلَ انْقَضَتْ تَمَادَتْ يُصْبِحُ الرَّجُلُ فِيهَا مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا حَتَّى يَصِيرَ النَّاسُ إِلَى فُسْطَاطَيْنِ فُسْطَاطِ إِيمَانٍ لَا نِفَاقَ فِيهِ وَفُسْطَاطِ نِفَاقٍ لَا إِيمَانَ فِيهِ فَإِذَا كَانَ ذَاكُمْ فَانْتَظِرُوا الدَّجَّالَ مِنْ يَوْمِهِ أَوْ مِنْ غَدِهِ

"Saat kami duduk-duduk di sisi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, baginda bercerita tentang fitnah, panjang lebar baginda bercerita mengenai seputar fitnah itu hingga baginda menyebutkan tentang fitnah Al Ahlas. Seoranglelaki  lalu bertanya, "Wahai Rasulullah, apa itu fitnah Al Ahlas?" Baginda menjawab: "Adanya permusuhan dan peperangan, kemudian fitnah kesenangan yang asapnya muncul dari bawah kedua kaki seorang lelaki daripada kalangan ahli baitku (kaum keluargaku). Dia mengaku berasal dari keturunanku, padahal bukan. Wali-waliku hanya orang-orang yang bertaqwa. Kemudian orang-orang akan berdamai pada seorang lelaki  layaknya pangkal paha yang bertumpuk di tulang rusuk. Kemudian akan muncul fitnah seorang yang buta (dengan kekuasaan) yang tidak terdapat seorang pun dari umat ini melainkan dia akan mendapat satu tamparan di mukanya (bencana kerosakan darinya). Ketika fitnah itu telah dianggap reda, namun fitnah tersebut sungguh masih berkelanjutan. Seorang lelaki yang pada waktu pagi beriman menjadi kufur di waktu petang, sehingga manusia akan menjadi dua kelompok; iaitu sekelompok orang yang beriman dan tidak ada kemunafikan dalam keimanannya, dan sekelompok lagi orang yang penuh kemunafikan dan tidak ada keimanan padanya. Jika kondisi kalian sudah sebegitu rupa, maka tunggulah akan kemunculan Dajjal pada hari itu atau pada keesokan harinya."
H.R Abu Dawud, no. 3704, Kitab Fitnah dan Peperangan Besar Bab: Penjelasan tentang fitnah dan dalil-dalilnya. Disahih-kan oleh Imam Al-Albani r.h.
Rujuk:  http://lidwa.com/app/?k=abudaud&n=3704
-penq-)

Sehubungan itu, bukanlah sesuatu yang mustahil  berlakunya hal seperti itu (mengaku berasal dari keturunan Nabi S.A.W padahal bukan). Akan tetapi tidaklah diperbolehkan bagi kita untuk mengatakan kesemua orang yang mengaku sebagai Ahlul Bayt adalah para pembohong serta pendusta belaka akan dakwaan mereka yang mempunyai salasilah keluarga yang sampai kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dsebabkan itulah menjadi satu kemestian bagi kita untuk bercermat dalam membuat keputusan samaada mahu membenarkan dakwaan mereka mahupun sebaliknya.

Keturunan yang mulia semata-mata tidak menjamin akan kepentingan bahawa seseorang yang berketurunan Nabi S.A.W itu akan terlepas dari melakukan kesalahan serta dosa., kerana Nabi S.A.W sendiri ada menyebut:

 وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ 

"(Dan) Barang siapa yang ketinggalan amalnya, maka nasabnya tidak juga meninggikannya."
H.R Muslim, no. 4867, Kitab Dzikir, doa, taubat dan istighfar Bab: Keutamaan berkumpul untuk membaca Al-Qur'an dan dzikir

Hadith ini menjelaskan kepada kita bahawa seseorang yang melakukan amalan yang tidak baik (jahat) serta dosa, ianya akan melewatkan dirinya dari memasuki Syurga Allah kerana terpaksa melalui hukuman Allah, diazab terlebih dahulu akan dosanya di neraka, mengharungi soal jawab di akhirat dan sebagainya, maka tidaklah disebabkan nasab (keturunan)nya yang mulia itu akan mempercepatkannya melalui azab seterusnya mempercepatkan baginya memasuki syurga. Dan inilah diantara asas yang Rasulullah S.A.W sendiri letakkan kepada umatnya.


Kita juga akan mendapati bahawa dalam 'agama' Syiah sendiri  juga cenderung menamakan anak-anak mereka yang lahir hasil dari pernikahan secara mut'ah dengan nama yang terkandung di dalamnya perkataan 'Syed' atau 'Sayyid' juga. Sepertimana yang diketahui, nikah mut'ah adalah sangat terlarang serta diharamkan dalam  agama Islam sesudah hukumnya dimansukhkan daripada haruskepada haram sehingga hari Qiamat oleh Rasulullah S.A.W sendiri. Hal ini jelas merupakan satu penghinaan keatas Rasulullah S.A.W 


Tulisan dibuat berdasarkan rakaman kuliyah Maulana Asri Yusoff di Youtube yang beralamat: 

http://www.youtube.com/watch?v=is4SsTFnVRQ

Wallahua'lam


Tambahan penaqal (Abu Afham -Muhammad Zulsyamini-):

Allah 'Azzawajalla pernah jadikan bangsa (anak keturunan) Israel (nabi Ya'qub a.s.) sebagai bangsa paling mulia di muka bumi, namun kerana mereka gemar menyelisihi para Nabi yang diutuskan buat mereka, maka Allah hinakan mereka dan jadilah mereka sebagai bangsa paling hina bahkan pernah ditukarkan menjadi kera dan babi.

Maka tidak mustahil mereka yang berketurunan Nabi Muhammad s.a.w. (Ahli Bayt), iaitu yang mempunyai darah Rasulullah s.a.w. termasuk yang digelar sebagai "Habib" pun boleh Allah hinakan sekiranya mereka gemar menyelisihi perintah ataupun sunnah datuk mereka, Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam dengan melakukan berbagai Bid'ah.


Kesimpulannya, Ahlul Bayt semamemangnya harus dimuliakan sekiranya mereka berpegang di samping mengajak manusia kepada Sunnah dan menjauhi Bid'ah, namun sekiranya mereka menyelisihi ajaran yang datuk mereka bawa, ketahuilah bahawa sungguh mereka lebih hina daripada kita.

Comments

  1. Salam, terima kasih atas peringatan. Tanpa meletakkan foto Habib Ali Al Jufri, posting ini akan lebih diterima ramai. Foto tersebut boleh menimbulkan fitnah dan boleh memulakan pertelingkahan yang merugikan. Harap admin dapat mengeluarkan foto Habib Ali dari posting tersebut. Terima kasif

    ReplyDelete
  2. Salam, terima kasih atas peringatan. Tanpa meletakkan foto Habib Ali Al Jufri, posting ini akan lebih diterima ramai. Foto tersebut boleh menimbulkan fitnah dan boleh memulakan pertelingkahan yang merugikan. Harap admin dapat mengeluarkan foto Habib Ali dari posting tersebut. Terima kasif

    ReplyDelete
  3. dalam Al Quran dikatakan Nabi Mohammad itu Khatamul nabi atau nabi terakhir, karena beliau tidak memiliki anak laki2, dalam Hadis lain rasullulah mengatakan Para nabi Itu Bapaknya satu, ibu nya yang berbeda2, jadi nabi Mohammad itu tidak memiliki keturunan selain putri2 beliau, sedang Cucu beliau bukan keturunan Nabi, tetapi keturunan ali dan abu thalib. trus Apalagi jaat ini, ahli bait rasul ya sesungguhnya cuma sampai keluarga fatimah dengan ali, dan tidak berlanjut.
    ini pendapat saya lho.

    ReplyDelete

Post a Comment