Ahli Kitab berpecah belah, Umat Islam ikuti melalui Demokrasi

Satu benda yang mungkin jarang kita fikirkan adalah pada fikiran kita selama ini, terikutnya ummat Muhammad S.A.W.menyerupai jejak ummat terdahulu dari kalangan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) sebagaimana hadith:

 لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ

"Sungguh kamu sekalian akan mengikuti sunah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga walaupun mereka memasuk ke dalam sarang biawak kamu sekalian pun akan mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Beliau menjawab: Lalu siapa lagi selain mereka"
Sahih Muslim no. 4822, diriwayatkan secara Marfu kepada Rasulullah S.A.W.' dari Abu Said Al-Khudri Radhiyallahu 'anhu

...adalah dalam aspek cara hidup, perbuatan, tingkah laku tidak bermoral semata-mata seperti meminum arak, menjadikan dunia sebagai tujuan utama kehidupan, gemar menyeleweng dari telunjuk Al-Kitab dan sebagainya. Pada amatan serta pandangan penulis, hadith ini memberikan penjelasan yang lebih dari hal itu semua. Sebagaimana yang sedia dimaklumi, antara tabiat mereka dari kalangan Ahlul Kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah mereka ini saling mengambil jalan berpecah belah setelah datang kepada mereka keterangan serta hujjah yang nyata dari Allah melalui  perantaraan para nabi dan juga rasul yang diutuskan Allah sebagaimana firman-Nya:

وَمَا تَفَرَّقُوا إِلا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَلَوْلا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِنْ رَبِّكَ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الَّذِينَ أُورِثُوا الْكِتَابَ مِنْ بَعْدِهِمْ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ مُرِيبٍ

Dan mereka (ahli kitab) tidak berpecah belah melainkan sesudah datangnya pengetahuan kepada mereka karena kedengkian antara mereka. Kalau tidaklah karena sesuatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulunya (untuk menangguhkan azab) sampai kepada waktu yang ditentukan, pastilah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kepada mereka Al-Kitab (Taurat dan Injil) sesudah mereka, benar-benar berada dalam keraguan yang menggoncangkan tentang kitab itu.
Surah Asy-Syura (42) ayat 14



 : Dan begitu juga firman Allah
   وَمَا تَفَرَّقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَةُ
Dan tidaklah berpecah belah orang-orang yang didatangkan Al Kitab (kepada mereka) melainkan sesudah datang kepada mereka bukti yang nyata.
Surah Al-Bayyinah (98) ayat ke-4


Dengan kata lain dapatlah dikatakan bahawasanya ummat Muhammad iaitu ummat Islam akan mengikut jejak langkah umat terdahulu dari segi berpecahnya ummat Islam terhadap beberapa malah menjangkaui puluhan golongan atau kelompok sebagaimana hadith

Dari Muawiyah bin Abi Sufyan r.a, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

أَلَا إِنَّ مَنْ قَبْلَكُمْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ افْتَرَقُوا عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ
"Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian dari kalangan ahlu kitab berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan; tujuh puluh dua golongan masuk neraka dan satu golongan masuk surga, yaitu Al Jama'ah."
H.R Abu Dawud no. 3981, Ahmad no. 16329, Darimi no. 2406 diriwayatkan juga oleh Ibn Majah no. 3982 melalui jalur 'Auf bin Malik r.a

Adapun makna 'Al-Jamaah' diertikan sebagai jalannya Nabi S.A.W. serta para sahabatnya sebagaimana hadith:

Dari Abdullah bin Amru dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لَيَأْتِيَنَّ عَلَى أُمَّتِي مَا أَتَى عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ حَذْوَ النَّعْلِ بِالنَّعْلِ حَتَّى إِنْ كَانَ مِنْهُمْ مَنْ أَتَى أُمَّهُ عَلَانِيَةً لَكَانَ فِي أُمَّتِي مَنْ يَصْنَعُ ذَلِكَ وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً قَالُوا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي

"Pasti akan datang kepada ummatku, sesuatu yang telah datang pada bani Israil seperti sejajarnya sandal dengan sandal, sehingga apabila di antara mereka (bani Israil) ada orang yang menggauli ibu kandungnya sendiri secara terang terangan maka pasti di antara ummatku ada yang melakukan demikian, sesungguhnya bani Israil terpecah menjadi tujuh puluh dua golongan dan ummatku akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan semuanya masuk ke dalam neraka kecuali satu golongan, " para sahabat bertanya, "Siapakah mereka wahai Rasulullah?" Beliau menjawab: "Mereka adalah golongan yang mana aku dan para sahabatku berpegang teguh padanya".
H.R Tirmidzi, no. 2565, Kitab Iman, Bab: Umat ini akan terpecah belah. Dihasan-kan oleh Al-Albani dalam Shahih Sunan Tirmidzi no. hadith 2641.


ANTARA FAKTOR PENYUMBANG KEARAH PERPECAHAN UMAT ISLAM

Allah telah mengkhabarkan didalam Alquran bahawa Ahli Kitab dari kalangan Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada umat Muhammad sehingga umat ini (Umat Islam aka Umat Muhammad S.A.W.) mengikuti jejak langkah mereka sebagaiamana Firman Allah:


وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ
[Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan pernah senang kepadamu (Muhammad) hingga kamu mengikuti millah (pola hidup atau agama) mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan jika seandainya kamu benar-benar mengikuti hawa nafsu (kehendak) mereka setelah datang ilmu kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.]
Surah Al-Baqarah (2) ayat ke- 120

Antara wasilah penyampaian mereka (Yahudi dan Nasrani) bagi memastikan umat Islam sentiasa berpecah belah sebagaimana mereka adalah dengan cara memperkenalkan sistem demokrasi. Sebagaimana yang sedia dimaklumi, kuasa-kuasa besar Barat seperti U.S (Amerika) mahupun Britain mencanang-canangkan kepada dunia akan keadilan serta manfaat besar yang dapat diperoleh melalui perlaksanaan sistem demokrasi. Adalah tidak masuk akal sekiranya pembaca tidak mengetahui akan siapa yang berada di belakang kuasa besar Amerika jika bukan negara Israel yang dikuasai Yahudi Laknatullahi 'alaihim.

Melalui demokrasi-lah, umat Islam bertelagah sesama sendiri untuk menduduki takhta kekuasaan sehingga sanggup menghalalkan yang haram dan sebaliknya (mengharamkan yang halal). Demokrasi menjadikan umat Islam saling menjatukan, saling menebarkan keaiban pesaingnya untuk merebut takhta pimpinan. Begitu juga demokrasi-lah yang boleh  membuatkan umat Islam mengenepikan hak Allah dalam menghukum apabila bilangan mejoriti menjadi pengukur untuk melaksanakan sesuatu dasar samaada bertepatan dengan kehendak Allah mahupun tidak memandangkan definisi demokrasi itu sendiri adalah "pemerintahan (kuasa) oleh rakyat" (People's power). Jika mejoriti rakyat mahukan zina, arak, perkahwinan sejenis ala kaum Nabi Lut, maka terpaksalah sesebuah negara yang melaksanakan perundangan ala demokrasi itu melaksanakan hal seumpama itu yang jelas menyanggahi kehendak Allah S.W.T.




Lebih malang apabila terdapat segelintir dari kalangan mereka yang mendapat julukan sebagai 'ilmuan' atau 'ustaz' di negara ini (Malaysia) yang mempunyai kelulusan peringkat tinggi dalam bidang keagamaan yang diceburi di universiti mencanang-canang malah memuji kebaikan sistem demokrasi ini yang secara tidak langsung memaparkan kepada kita akan pujian mereka terhadap golongan yang mula-mula memperkenalkan sistem ini dimana sudah semestinya mereka itu tidak lain dan tidak bukan adalah mereka yang beragama Yahudi, Nasrani mahupun para penyembah berhala (Musyrikin) memandangkan sistem ini telahpun wujud sejak zaman tamadun Yunani Kuno lagi.

Dalam menentang Demokrasi, disana terdapat dua golongan, iaitu:

Golongan Pertama: Yang sering disebut sebagai Salafi-Madkhali (Biarpun mereka (kami) tidak redha dinamakan sedemikan rupa).

Golongan Kedua: Golongan yang menyandarkan diri kepada gerakan Hizbu Tahrir.

Diantara dua golongan ini, biarpun sepakat menolak demokrasi, namun masih ada diantara keduanya terdapatya perbezaan yang ketara, iaitu;

Golongan Pertama: Beriktikad bahawa pemerintah yang naik berdasarkan sistem Demokrasi dan memerintah dengannya masih sah dianggap sebagai Pemerintah dan haram bagi sesiapa untuk menjatuhkannya selagimana pemerintah itu masih mendirikan Solat (Islam).

Golongan Kedua (Hizbu Tahrir): Beriktikad bahawa pemerintah yang naik berdasarkan sistem Demokrasi dan memerintah dengannya tidak sah dianggap sebagai pemerintah dan harus untuk memberontak keatas pemerintah itu selagimana sistem Khilafah tidak kembali tertegak. Bagi mereka pemerintahan hanya sah dengan hadirnya seorang Khalifah. Justeru, kika seorang pemerintah dinamakan sebagai Perdana Menteri, Raja, Sultan atau Selainnya, maka tiada berkewajipan untuk taat kepadanya walaupun dalam hal kebajikan.

Telah berkata Imam As-Syaatibi r.h. didalam Al-Muwafaqat:

Telah bersepakat (ijmak) dalam kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah bahawa sungguhpun seseorang pemerintah itu naik menduduki takhta dengan cara kekerasan atau dengan cara yang zalim, namun apabila dia sudah berjaya mendapat kekuasaan, maka dia adalah seorang pemimpin yang sah. Adapun soal dosanya terhadap Allah kerana melampaui batas dengan melakukan kezaliman yang sedemikian rupa adalah hal diantara dia dengan Allah S.W.T.

CC: Ustaz Dr. Fathul Bari (Berkenaan pernyataan Imam Syaatibi diatas)

Kesimpulannya , antara strastegi Yahudi serta Nasrani (Kristian) dalam memastikan umat Islam mengikuti millah (agama) mereka yang sudah dimaklumkan akan sikap mereka yang gemar berpecah belah sebgaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah (2) ayat ke- 120 diatas adalah dengan cara memperkenal serta merencanakan sistem demokrasi kepada ummat Muhammad S.A.W. dan mereka (para Ahlul Kitab itu) dilihat telahpun berjaya meracuni fikiran ummat Muhammad S.A.W. pada masa ini.

Allahua'lam...








Comments