Aku tidak mahu menjadi wartawan walaupun mempunya 'degree' Journalism!

Biarpun bidang yang aku ambil di universiti sekarang adalah Kewartawanan (Journalism), namun apa yang ku-fikirkan adalah setelah graduasi kelak, aku tidak mahu menjadi wartawan memandangkan sifat-ku yang dikatakan agak pendiam (kononnya), berlawanan dengan apa yang dikehendaki bagi seorang wartawan disamping bagiku kerjanya yang ku-lihat sangat membebankan apabila terpaksa seharian pergi ke sana-sini di merata tempat untuk melaporkan berita.

Begitu juga dengan kerja editor surat khabar yang biarpun tempatnya hanya di pejabat, namun mereka selalunya dikehendaki bekerja ala-ala doktor, atau lebih fimiliar dengan panggilan "On-Call" apabila dikehendaki masuk ke pejabat kira-kira jam 6 petang dan selesai pada jam 3 pagi untuk menyunting (edit) surat khabar sebelum dicetak lalu diedarkan hanya beberapa jam setelah itu.

Bayangkan bagi kerjaya sebagai editor, masuk kerja pukul 6, keluar pukul 3 pagi. Pukul 3 pagi selesai di pejabat. Kemudian ingin memandu ke rumah juga mengambil masa. Katakanlah dalam sehari-harian, aku tidur jam 4 pagi, kemudian bangun untuk solat subuh pada jam 6 pagi. Setelah itu tidur semula untuk memenuhkan kouta minimum bagi seorang dewasa untuk tidur, kira-kira lima hingga ke enam jam. Maka sudah semestinya aku ingin tidur selepas solat Subuh, dan bangkit semula paling awal pun kira-kira jam 10.30 pagi.

Itu sekiranya aku masih bujang tidak mengapalah. Bayangkan jika sudah berkahwin dan isteriku pula seorang yang berkerjaya (di luar rumah). Maka masa bilakah kami dapat luangkan masa bersama keluarga? Pada kebiasaan normalnya, penjawat awam dikehendaki masuk kerja pada jam 7.30 atau 8.00 pagi dan hasbi pada jam kira- kira 4.30 petang. Bayangkan aku hanya ada sehari dalam seminggu untuk bersama keluarga.

Maka dengan itu, aku harap aku tidak menjadi wartawan, apatah lagi editor suratkhabar. Pensyarah kami juga memberitahu bahawa kebanyakan mereka yang bekerja sebagai editor suratkhabar ini biasanya kahwin lewat, atau tidak kahwin pun lagi biarpun usia ingin mencecah 50 tahun. Takut woo...!

Mungkin kerjaya sebagai editor atau pekerja di rumah media (media houses) majalah agak kurang bebanannya, memandangkan majalah diterbitkan sebulan sekali,tidak seperti suratkhabar yang diterbitkan sekali sehari. Alhamdulillah, barulah ku-sedar hikmah mengapa aku mengambil "Publishing" (penerbitan) sebagai subjek 'minor' dalam'Degree'-ku. Persoalannya, rumah media mana-kah yang harus ku sertai sejurus graduasi? Adakah sesiapa mendapati SOLUSI-nya?

Comments

  1. Admin

    Harap dinyatakan agar tidak keliru tentang Dr Mohd Radzi Othman ini bukan individu yang mempunyai nama yang sama di ILMUAN@Ulama Muda Umno.

    ReplyDelete
  2. Jazaakallahukhair. sebenarnya admin sendiri terkeliru diantara 2 insan tersebut...

    ReplyDelete

Post a Comment