Bukti Penyelewengan Ikhwanul Muslimin yang 'melacurkan' kefahaman Islam

Yusuf Al Qaradhawi didakwa melemahkan hadith mengenai terpecahnya umat Muhammad S.A.W. kepada 73 kelompok. Bagaimanapun, dari apa yang saya lihat , beliau lakukan sebegitu hanya atas dasar kesepaduan umat Islam agar tidak terus berpecah.

Adapun pandangan beliau ini yang melemahkan hadith perpecahan umat kepada 70 lebih firqah nyata adalah satu kecelaruan yang agak kritikal memandangkan banyak sekali ayat Al-Quran yang menceritakan mengenai keburukan umat terdahulu dari kalangan Ahlu Kitab yang sentiasa berselisih dan berpecah.

 Oleh kerana beliau menganggap lemah hadith mengenai perpecahan umat itu, maka tidak hairanlah seruan hizb atau gerakan yang diterajui olehnya ya'ni (iaitu)  gerakan Ikhwanul Muslimin dengan semampu mungkin cuba 'menyatukan' kesemua doktrin ideologi agama yang muncul semisal Syiah, Sufism, As-Syairah, Maturidiyyah, Muktazilah, Qur'aniyyun, Jahmiyah, Murjiah, Khawarij dan sebagainya bergabung agar umat Islam terserlah dari segi keutuhan jemaah-nya (Jemaah Kaum Muslimin). Maka tidak hairanlah jika dilihat pendokong Ikhwanul Muslimin terdiri dari mereka yang mempunyai ideologi seumpama firqah-firqah ini malah yang mengaku diri sebagai Salafiyyun pun ada yang berusaha mempertahankan kelompok ini (Ikhwanul Muslimin)

Bagaimanapun, seruan mereka ini jelas bercanggah dengan petunjuk Rasulullah S.A.W. yang mengarahkan kita sebagai umatnya supaya menjauhi segala firqah-firqah seumpama itu dimana hadith yang menjelaskannya:

Aku (Hudzaifah Ibn Yaman) kembali berkata kepada Rasulullah S.A.W ; "Jika saat itu tidak ada jama'atul muslimin dan juga tidak ada pemimpin (Islam)?". Lantas Baginda Rasulullah S.A.W. menjawab:

فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

"Kamu tinggalkan seluruh firqah (kelompok/golongan) sekalipun kamu harus memakan akar pohon hingga maut menjemputmu dan kamu tetap berada di dalam keadaan itu (berpegang kepada kebenaran) ".
H.R Bukhari, no, 3338, Kitab perilaku budi pekerti yang terpuji, Bab: Tanda Kenabian dalam Islam, Muslim, no. 3434 Rujuk: http://lidwa.com/app/?k=bukhari&n=3338 (BUKHARI)
: http://lidwa.com/app/?k=muslim&n=3434 (MUSLIM)

 Berdasarkan hadith ini, dapat dilihat bahawa Nabi S.A.W. menyuruh kita meninggalkan segala firqah-firqah (pecahan-pecahan kelompok) tersebut, sedangkan jemaah Ikhwanul Muslimin boleh pula 'bergabung' dengan kesemua firqah tersebut Berdasarkan kefahaman penulis, Inilah apa yang dinamakan sebagai 'pelacuran' ideologi.

Allahua'lam...

Comments