Berikut merupakan salinan teks asal yang telah saya edit sedikit mengenai sebab mengapa saya meletak jawatan sebagai anggota SUKSIS (Sukarelawan Polis Siswa Siswi) UiTM Shah Alam sesi September 2012. :
SUKSIS UiTM Shah Alam
Akademi Kepolisan Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri,
Skuad 9 Kor SUKSIS UiTM Shah Alam,
Pelajar Semester 1 Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media UiTM Shah
Alam
No Matrix= 2012xx**yy
Kepada: Tarikh: 14 Januari 2013
Pegawai Penyelaras Kor UiTM SHAH Alam,
UiTM Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Bismillah,
PERMOHONAN MELETAK JAWATAN SELAKU ANGGOTA KOR SUKSIS UiTM SHAH
ALAM.
Sehubungan pernyataan diatas, saya, Muhammad Zulsyamini bin Sufian
Suri, No. K.S : KS/ HSOSV (bukan kod sebenar), dengan berat hati memohon perberhentian saya dari
skuad ini atas beberapa faktor.
2. Antara sebab saya ingin menarik diri dari jawatan ini sebab
utamanya adalah ianya menganggu konsentrasi saya dalam pembelajaran
akademik. Buat pegetahuan tuan, saya
dikenakan tindakan mengulangi modul Kemahiran Insaniah (K.I) disebabkan terlalu
mengfokuskan kehadiran sepanjang saya bersama skuad SUKSIS.
3. Selain itu, saya juga tidak mendapat gambaran yang jelas sewaktu
mula-mula berniat untuk masuk ke kor ini. Tidak diberitahu pula bahawa dengan
memasuki kor ini, cuti semester anggota skuad akan terganggu sepertimana
aktiviti skuad 9 Kursus Etika di Langkawi kemudia disusuli dengan perkhemahan
tahunan yang semuanya jelas memakan masa cuti saya yang sepatutnya boleh
dimanfaatkan waktu itu oleh saya untuk mencari pendapatan sampingan dengan cara
bekerja untuk membiyaai perbelajaan saya di semester hadapan disamping jumlah
pinjaman PTPTN yang tidak seberapa. Saya juga terfikir untuk menimba ilmu agama
semisal Bahasa Arab dan Tafsir sepanjang waktu cuti disamping berlatih untuk
menjadi seorang penulis memandangkan bidang yang saya ceburi di UiTM adalah
Kewartawanan (Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa
(Kewartawanan). Masa cuti yang diambil
kelak akan menjejaskan kelancaran perancangan saya.
4. Saya juga seorang yang berpendirian akan WAJIB-nya bagi lelaki
untuk memelihara janggut dan menipiskan kumis (misai) berdasarkan hadith Nabi
yag diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Umar r.a, dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau
bersabda:
خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ وَفِّرُوا اللِّحَى وَأَحْفُوا الشَّوَارِبَ
"Selisihilah orang-orang musyrik,
panjangkanlah janggut dan cukurlah kumis(misai) kalian." (H.R
Bukhari, no, 5442, Kitab Pakaian, Bab: Memotong Kuku.)
Sebagaimana
yang sedia dimaklumi, kesemua anggota polis baik Kor SUKSIS mahupun Regular
Police diwajibkan untuk mencukur janggut dan dibenarkan pula melebatkan misai.
Maka dengan itu, saya merasakan peraturan mencukur janggut sehingga licin ini
tidak dapat diterima buat diri saya kerana pada mulanya saya merasakan
menyimpan janggut dengan kadar yang sedikit itu dimaafkan sebagaimana misai.
Natijahnya, ianya tetap tidak dibolehkan kerana arahan daripada jurulatih
sendiri suapa mencukur janggut hingga LICIN.
5. Disamping semua itu, saya juga tidak mendapat gambaran yang
jelas pada mulanya akan bidang tugas bagi insan yang bergelar anggota kor
SUKSIS. Saya hanya menyangka SUKSIS hanya sebuah badan berunifom semisal
Pengakap, Kesatria atau yang lainnya. Setelah ditemuduga, barulah saya mendapat
gambaran yang jelas, bahawa sebenarnya saya diberi kepercayaan dan
tanggungjawab yang sama semisal anggota ‘regular police’ yang lainnya, dan saya
merasakan saya tidak mampu memikul amanah tersebut disebabkan saya juga seorang
yang agak kurang berdisiplin dan selalu melanggar peraturan. Adakah nanti saya
akan menyaman diri saya sendiri apabila dengan sengaja melanggar lampu isyarat
merah, memandu melebihi had laju dan sebagainya? Maka saya merasakan saya
tidaklah layak untuk memeganag amanah yang besar ini.
6. Oleh itu, dengan penjelasan yang telah saya kemukakan,
diharapkan pihak tuan dapat meluluskan permohonan saya ini. Barang-barang hak
milik PDRM yang telah diberi pinjam kepada saya akan saya pulangkan kembali
seperti Talipinggang semasa kawad dan topi (cap) yang digunankan semasa
aktiviti kawad kaki dijalankan.
Yang
Benar,
______________________________
(Muhammad
Zulsyamini bin Sufian Suri,
Anggota Skuad 9,
Kor SUKSIS UiTM Shah Alam)
Assalamualaikum bang. Macam mana dengan surat ni, betul2 boleh berhenti ke? Lepas tu elaun yang dapat kena bayar balik ke?
ReplyDelete