Pada 15-17 March yang lalu, aku telah menghadiri satu bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri, Bertempat di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur, berdekatan dengan bekas Istana Negara sebelum berpindah ke Jalan Duta.
Bengkel yang diberi nama " Bengkel Cybertroopers & Ikon Nur Al-Falah IPTA 2013 itu melibatkan perwakilan beberapa orang mahasiswa yang dianggap sebagai 'Cyber Trooper' yang datang dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) semisal USM, USIM, UTM, UKM, UM, UIAM, UiTM dan seumpamanya. Bagi pihak UiTM, aku adalah salah seorang di antara wakilnya yang kesemuanya hanya berjumlah 5 orang.
Secara ringkasnya dapatlah dikatakan bahawa program seumpama itu amat memberikan impak (kesan) mendalam terhadap pemikiran seorang mahasiswa. Biarpun tidak dinafikan bahawa program tersebut banyak diisi oleh budaya politik kepartian , namun bagi-ku mereka tidaklah lantang menyuruh para peserta supaya menyokong apatah lagi mengundi parti pilihan mereka. Akan tetapi, program tersebut banyak mendedahkan kami terhadap beberapa perkara dianggap sebagai boleh menggugat keamanan serta keselamatan negara.
Biarpun mungkin akan ada pihak yang merasakan program ini adalah salah satu daripada usaha membersihkan minda (brain wash) anak muda, namun bagi-ku, aku yakin dan percaya, bukanlah mudah dengan hanya sekelip mata untuk mengubah pendirian seseorang apatah lagi pendirian seseorang yang dianggap sebagai mempunyai kadar intelektual yang tinggi. Jika, tidak, tidaklah dinamakan sebagai 'mahasiswa' sekiranya amat mudah bagi mereka untuk di-'brain wash'-kan minda mereka dengan hanya menyertai program ini selama 3 hari 2 malam sahaja.
Cukuplah sekadar itu. Namun aku merasakan adalah perlu bagi-ku untuk melampirkan beberapa gambar yang sempat aku 'tangkap' mengenai keseronokan apabila menyertai apa-apa juga program di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur tersebut.
*Bilik Tidur (Ala Apartmen), seorang satu bilik, berserta pendingin hawa (air-cond), betul-betul di hadapan tandas. (Terasa bagai menginap di hotel 3 bintang ^___^*
*Ruang Tamu (di ruang tamu pun ada 'air-cond'. ^___^

*Saja nak promote, sebab nanti kalau tak tahu, tak pernah datang, rasa tak mahu pergi pulak jika ada apa-apa 'event' yang dianjurkan disini.
Comments
Post a Comment