Tenung/ Lihat Gambar Ulama' dapat pahala? Pembohong!



"Tengok gambar Ulama' dapat pahala". Adakah benar pernyataan ini?

Nak kata bodoh, marah. Tapi nak kata jugak bodoh sungguh orang yang mengatakan "Tengok gambar ulama' dapat pahala". Tidaklah penulis kisah dan ingin menngatakan bahawa mereka yang berpandangan sedemikian rupa  iaitu"melihat gambar ulama' mendatangkan pahala" adalah 'statement' (perkataan) yang keluar dari mulut orang-orang awam yang masih tidak mengetahui serba serbi mengenai hukum hakam agama. Akan tetapi penulis menujukan ungkapan 'bodoh' tidak lain kepada golongan yang terlalu mendewa-dewakan para 'syaikh' mereka semisal para individu yang menganuti fahaman Sufism atau tarekat tertentu.

Hujah akal-nya senang sahaja. Jika ianya dibolehkan lagi berpahala, maka sudah tentu tidak ada halangan bagi kita untuk menatap gambar Kekasih Allah iaitu Muhammad S.A.W sehingga kini. Namun apakan daya, sudah sepakat Ulama' Ahli Sunnah wal Jamaah mengenai tidak dibolehkan melakar gambar Rasulullah S.A.W. Hasilnya dapat dilihat hingga kehari ini dimana tiada seorang pun yang mendakwa dirinya sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah berani/ mampu melakar serta menggambar wajah/ susuk tubuh kekasih Allah itu sungguhpun banyak hadith-hadith yang telah menceritakan sifat fizikal baginda S.A.W. Malah orang-orang kafir dari negara barat pun dianggap sebagai menghina Islam andai mereka cuba melukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W.

Hujah Nas (Dalil):

Dari Ummu Khalid binti Khalid, ia berkata:

قَدِمْتُ مِنْ أَرْضِ الْحَبَشَةِ وَأَنَا جُوَيْرِيَةٌ فَكَسَانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمِيصَةً لَهَا أَعْلَامٌ فَجَعَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ الْأَعْلَامَ بِيَدِهِ وَيَقُولُ سَنَاهْ سَنَاهْ قَالَ الْحُمَيْدِيُّ يَعْنِي حَسَنٌ حَسَنٌ
Aku datang dari negeri Habasyah, saat itu aku seorang anak kecil, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memakaikan selembar baju yang ada gambarnya kepadaku. Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menghapus gambar tersebut dengan tangan beliau seraya berkata: "Sanah, sanah". Al Humaidi berkata; "Maksudnya adalah hasan, hasan (baik, baik)."
H.R Bukhari no. 3585
Rujuk: http://lidwa.com/app/?k=bukhari&n=3585

Dari 'Aisyah radliallahu 'anhu,ia berkata;

لَمَّا اشْتَكَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَتْ بَعْضُ نِسَائِهِ كَنِيسَةً رَأَيْنَهَا بِأَرْضِ الْحَبَشَةِ يُقَالُ لَهَا مَارِيَةُ وَكَانَتْ أُمُّ سَلَمَةَ وَأُمُّ حَبِيبَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَتَتَا أَرْضَ الْحَبَشَةِ فَذَكَرَتَا مِنْ حُسْنِهَا وَتَصَاوِيرَ فِيهَا فَرَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ أُولَئِكِ إِذَا مَاتَ مِنْهُمْ الرَّجُلُ الصَّالِحُ بَنَوْا عَلَى قَبْرِهِ مَسْجِدًا ثُمَّ صَوَّرُوا فِيهِ تِلْكَ الصُّورَةَ أُولَئِكِ شِرَارُ الْخَلْقِ عِنْدَ اللَّهِ

Ketika Nabi Shallallahu'alaihiwasallam sedang berbaring sakit sebagian isteri-isteri Beliau menceritakan tentang suatu gereja yang mereka lihat di negeri Habasyah (Etithapia) yang disebut dengan Mariyah. Sebelumnya Ummu Salamah dan Ummu Habibah radliallahu 'anhuma pernah berhijrah ke negeri Habasyah, sehingga keduanya dapat menceritakan tentang keindahan gereja tersebut dan adanya gambar (patung-patung) didalamnya. Maka Beliau Shallallahu'alaihiwasallam mengangkat kepalanya lalu bersabda: "Mereka itulah, yang apabila ada hamba shalih atau laki-laki shalih diantara mereka yang meninggal dunia, mereka bangun masjid di atas kuburannya itu dan membuatkan gambar dari orang yang meninggal itu di dalamnya. Mereka itulah seburuk-buruk makhluq disisi Allah ".
H.R Bukhari. no. 1255, 414, Muslim no. 822.
Rujukan: http://lidwa.com/app/?k=muslim&n=822


Sedangkan gambar Nabi S.A.W. dimana baginda merupakan semulia-mulia makhluk pun dilarang bagi umatnya untuk menggambarkan diri baginda sendiri, inikan pula kita ingin mengatakan bahawa para Ulama' yang hidup sesudah kewafatan baginda S.A.W. lebih aula bagi kita untuk menatap gambar mereka. Bukankah telah sedia maklum bahawa antara orang yang paling keras siksaannya dihari Akhirat adalah para tukang gambar? 


Sukanya penulis disini untuk melampirkan wasiat salah seorang Ulama' Salafiyyah yang ditohmah sebagai 'Wahhabi Mujassimah' dimana untuk kita melihat bertapa teguhnya iman mereka serta ketungkusan usaha mereka untuk mengikuti jejak langkah Nabi , sehinggakan mereka selagi boleh tidak mahu gambar mereka dipamerkan di khalayak ramai untuk mengelakkan timbul rasa 'pengagungan' melampau terhadap diri mereka.

Hal ini sudah sedia maklum, dimana Ahli Sunnah wal Jamaah melarang sekeras-kerasnya apa-apa lukisan yang cuba melakarkarkan wajag baginda Muhammad S.A.W. Siapa berani nyatakan bahawasanya dia berani melukis / melakarkan wajah Nabi Muhammad S.A.W. sungguhpun banyak hadith-hadith telah menceritakan sifat fizikal baginda yang mulia. Penulis minta pembaca nyatakan atau jika tidak pun penulis sendiri mencabar agar pembaca yang sudi menyahut cabaran penulis melukiskan gambar wajah Nbi Muhammad S.A.W. dan kemudiannya disebarkan di khalayak ramai.

Akhlak ini jauh jika dibandingkan dengan sesetengah individu yang dianggap sebagai ulama', dimana mereka selagi mampu cuba menonjolkan wajah mereka diamping merasa bangga apabila ada manusia (pengikut mereka) mengambil/ menangkap gambar mereka samada dengan niat untuk mengagungkannya seperti untuk digantung-gantung pada rumah, kedai yang kononnya untuk mendapatkan 'barokah' mahupun pada kenderaan dalam bentuk 'sticker' agar kononnya kenderaan tersebut tidak berani untuk dicuri oleh orang lain.

Disini penulis lampirkan wasiat ulama' tersebut iaitu Syaikh
'Abdul  'Aziz Ibn Baz rahimahullah. diamna beliau berwasiat:

 وأنا أحرج على كل من نقل عني مقالاً أن يضع صورتي فأنا لا أسامحه ولا أبيح وضع صورتي، كل من كتب عني أنا أحرجه أن يضع صورتي ولا أرضى بذلك؛ لأني أعتقد أنه لا يجوز التصوير مطلقاً، فأنا أقول لكل من نقل عني في أي مجلة أو في أي جريدة لا أبيحه ولا أسامحه أن يضع صورتي، هذا الذي أقوله لإخواني جميعاً وأنصح به إخواني جميعاً وأبلغكم إياه أني لا أرضى أن توضع صورتي مع أي مقال أو فتوى تنشر عني.


"Aku berasa segan atas semua yang menaqalkan/ berkongsikan artikel-artikel daripadaku dengan meletakkan gambarku. Maka aku tidak memaafkannya dan aku tidak membenarkan gambar-ku dipamerkan. Semua yang menulis (berkongsi fatwa/artikel) daripada aku, aku malu dengannya kerana meletakkan gambar-ku dan aku  tidak redha dengan perkara itu. Kerana aku berkeyakinan bahawa penggambaran sememangnya tidak dibenarkan (diharamkan). Maka aku berkata kepada semua yang menaqalkan daripadaku di dalam apa-apa majalah atau mana-mana surat khabar bahwa aku tidak membenarkannya dan tidak memaafkannya untuk meletakkan gambarku. Ini yang aku katakan kepada kalian wahai saudaraku. Saya nasihatkan kepada saudara-saudaraku dan saya memaklumkan kepada kalian SESUNGGUHNYA AKU TIDAK REDHA KALIAN MELETAKKAN GAMBARKU dalam apa-apa artikel atau apa-apa fatwa yang kalian sampaikan daripadaku.
Sumber: Fatawa Nur 'Alal Darb, li Syaikh 'Abdul 'Aziz Ibn Baz rahimahullah 1/437

 *Dinaqalkan dari fanpage 'Radio Salaf' di post bergambar yang beralamat di URL: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=547146651969339&set=a.490470877636917.128412.423250174358988&type=1&relevant_count=1


Adapun melihat kepada wajah ulama'-ualama' tersebut  secara bertentang mata adalah satu perkara yang lain yang tidak penulis bincangkan disini. Penulis hanya membincangkan persoalan mengenai GAMBAR.



 Allahu'alam.

Comments