Apabila parlimen terbubar, badan eksekutif (Jemaah Menteri) tidak terbubar.

     Apabila parlimen terbubar, Malaysia masih lagi ditadbir oleh kerajaan, namun kerajaan yang diistilahkan sebagai kerajaan sementara. Umum mengetahui dalam sebuah negara demokrasi, perundangan dibahagikan kepada tiga melalui apa yang diistilahkan sebagai pemisahan kuasa (Separation of Power (SOP)) iaitu parlimen (legislatif), kabinet menteri (exekutif) dan juga kehakiman (judisiari).

     Yang terbubar hanya pada bahagian legislatif iaitulah majlis parlimen yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara sementara badan eksekutif yang didalamnya terdiri daripada kementerian yang pelbagai dan juga badan kehakiman (judiciari) masih tetap berkuasa, dan hal ini bagi pandangan penulis bermakna tidak ada istilah kekosongan pemerintahan bermula sejak terbubarnya parlimen hinggalah ke detik upucara angkat sumpah dilakukan bagi mereka yang dilantik untuk memegang tampuk pemerintahan seterusnya.

      Malaysia sememangnya  mengamalkan pengasingan kuasa (Separation of Power) atau secara ringkasnya disebut sebagai 'SOP' diantara ketiga-tiga badan ini (legislatif (parlimen), eksekutif (kabinet) dan juga kehakiman (judisiari)). Akan tetapi, sistem perundangan Malaysia tidak mengamalkan pengasingan kuasa secara mutlak sepertimana di sesetengah negara yang sememangnya mengamalkan pengasingan kuasa secara mutlak. Dengan kata lain, badan eksekutif iaitu kabinet (jemaah) menteri negara-negara yang mengamalkan SOP tidak boleh dilantik dari kalangan wakil rakyat (ahli parlimen). 

      Penulis bekesempatan menulis tulisan ini kerana pada hemat penulis, disana terdapat segelintir individu dari kalangan penyokong pembangkang yang boleh dikatakan agak mendalam mengenai pengetahuan hal keagamaan mengeluarkan pandangan bahawasanya Dato' Seri Najib dan juga isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor  tidak lagi dianggap sebagai 'Ulul Amri' (penguasa atau pemerintah) disebabkan Parlimen sudah secara sah dibubarkan sendiri oleh Dato' Seri Najib. Memandangkan ahli dari badan eksekutif (Jemaah Menteri) rata-ratanya terdiri daripada mereka yang duduk di kerusi parlimen, jadi kemungkinan sekali individu-individu tersebut berpandangan bahawa dengan terbubarnya parlimen, maka secara automatik (sendirinya) badan eksekutif juga akan turut terbubar.


      Golongan individu terbabit mengatakan sedemikian rupa mungkin sekali adalah sebagai respon kepada kenyataan Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) atau lebih dikenali sebagai Ulama Muda UMNO yang berpandangan bahawa tidak boleh (haram) bagi seseorang individu Muslim menjatuhkan pemerintah Muslim yang sedia ada walau dengan apa juga cara. Namum begitu pada hemat iLMU, dalam memilih seseorang sebagai pemimpin memandangkan negara Malaysia ini telah menerima pakai sistem demokrasi dan undian adalah nadi kepada sistem tersebut, maka dibolehkan bagi orang awam untuk mengundi sesiapa pun calon wakil rakyat yang bertanding tidak kira samada calon terbabit adalah dari parti kerajaan sedia ada (Barisan Nasional/ UMNO) mahupun pembangkang (Pakatan Rakyat) asalkan diyakini calon yang dipilih itu bakal mendatangkan manfaat yang besar buat agama Islam lalu diyakini dapat menjauhkan mudharat yang bakal menimpa sekiranya salah memilih calon berwibawa. Dengan kata lain, mereka (iLMU) menyeru agar orang awam yang layak mengundi agar mengundi seseorang calon berdasarkan kredibiliti seseorang calon itu sendiri dan bukannya atas dasar parti bagi memenangkan parti-parti tertentu.

      Keadaan ini dilihat seakan rumit. Namun tidak hairanlah ianya dilihat sebegitu kerana pada dasarnya iLMU atau Ulama' Muda UMNO sendiri tidak mengiktiraf sistem demokrasi sebagai sistem Islam. Bagi mereka, demokrasi adalah taghut, satu sistem yang direka oleh musuh-musuh Islam khususnya Yahudi yang bertujuan untuk memporak-perandakan ukhuwah sesama umat Islam agar umat Islam dilihat sentiasa berpecah belah lalu lemah. Ulama' Muda UMNO tidaklah mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa melainkan kerana bagi mereka, keberadaan umat Islam khususnya di Malaysia yang terbelenggu dengan sistem kuffar (demokrasi) ini membuatkan mereka berpandangan bahawasanya pengundian adalah berdasarkan kepada calon, dan bukannya atas dasar parti. Dalam hal ini, mereka (Ulama' Muda UMNO) mengguna pakai kaedah fiqh "Apabila bertembung dua kemudharatan, maka ambil (pilih)-lah yang paling ringan diantara keduanya". Didalam hal ini, demokrasi itu mudharat, dan apabila calon yang tidak layak seperti orang kafir diangkat sebagai pemerintah tertinggi lalu negara Malaysia yang pada asalnya diperintah oleh orang Islam menjadi negara bukan Islam, maka di situ juga adalah mudharat. Maka daripada membiarkan situasi tersebut terjadi, maka wajib bagi umat Islam mengambil mudharat yang paling ringan, iaitu dengan cara mengundi iaitu  secara tidak langsung dilihat seolah-olah kita redha dengan menerima pakai sistem demokrasi.



Rujukan kerajaan yang terdiri daripada kabinet (Jemaah) Menteri masih berkuasa walaupun setelah parlimen terbubar/ dibubarkan: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/04/03/negara-ditadbir-kerajaan-sementara/ 


 DALIL TIDAK ADA ISTILAH PEMBANGKANG DI DALAM ISLAM

 Dari Abu Sa'id Al Khudri dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

 إِذَا بُويِعَ لِخَلِيفَتَيْنِ فَاقْتُلُوا الْآخَرَ مِنْهُمَا

 "Apabila ada dua khalifah yang dibaiat, maka bunuhlah yang paling terakhir dari keduanya."
 H.R. Muslim, no. 3444, Kitab Pemerintahan, Bab: Jika dua khalifah dibaiat.

Allahua'lam...

Comments