Oleh: Abu Afham Muhammad Zulsyamini
Pada pandangan masyarakat Barat yang anti-Islam, salah satu pandangan mereka terhadap Islam adalah agama Islam adalah agama yang membawa serta menyeru kepada perpecahan, berdasarkan kepada aqidah Islamiyah itu sendiri dimana seluruh umat Islam wajib beriktikad bahawasanya satu-satunya agama yang diterima disisi Allah adalah agama Islam, dan Allah tidak akan sekali-kali menerima serta redha dengan agama selainnya.
Justeru, tidak hairanlah mengapakah golongan yang menasabkan diri mereka kepada 'Salafiyyah' atau biasa ditohmah sebagai 'Wahhabi' dikatakan sebagai kelompok yang berkeyakinan bahawasanya hanya golongan mereka sahaja yang benar, mengikuti jalan yang lurus, jalannya Nabi danpara sahabat dengan menjauhi segala bid'ah yang direka didalam agama, dengan cara mentahzir (memperingatkan supaya berhati hati) serta me-'radd' (menolak) segala kelompok yang dilihat membawa ajaran yang bercanggah dengan Sunnah Nabi S.A.W., semisal kelompok tarekat Sufi, Syiah, Jahmiyah, Khawarij dan seumpamanya.
Dalam menangkis serta melawan golongan yang dikatakan sebagai pemecah belah umat Islam ini, disana terdapat pula kelompok yang berpendirian bahawasanya kesatuan umat Islam hanya dapat dipupuk apabila semua kelompok pecahan (firqah) ideologi ini saling berdamai antara satu sama lain dengan cara bersama-sama tolong menolong dalam apa yang disepakati dan saling bermaafan dalam perkara yang diperselisihi, dan prinsip ini telah dijadikan dasar oleh sebuah gerakan yang mendakwa memperjuangkan Islam dengan menamakan gerakan mereka tersebut sebagai Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood). Maka tidak hairanlah mengapa kelompok ini yang dahulu agak dikenali dengan usaha penyatuan antara Sunni (Ahli Sunah Wal Jamaah) dengan golongan Syiah, atau paling tidak pun jika bukan penyatuan yang diperjuangkan, kelompok ini (Ikhwanul Muslimin) dengan sedaya upaya cuba memdekatkan (taqrib) anata kedua-dua golongan ini.
Tidak sekadar kelompok berkenaan, bahkan terdapat juga segelintir dari individu yang bermanhaj (berprinsip dalam mengamalkan ilmu) Sufi menyeru agar kesatuan ummat Islam dipupuk berdasarkan slogan yang sama, iaitu, saling bermaafan dalam apa yang diperselisihi diantara dua kelompok yang dilihat rancak menjatuhkan sesama sendiri, iaitu kelompok yang menisbatkan nama kepada 'Salafi' dan juga 'Sufi'. Pada pandangan penulis, mungkin sekali individu terbabit juga merupakan seorang penyokong tegar Ikhwanul Muslimn berdasarkan sifat-sifatnya yang banyak menyebelahi parti PAS, dimana seperti yang sedia maklum, asas gerakan perjuangan PAS adalah hasil daripada adaptasi gerakan parti itu daripada gerakan Ikwanul Muslimin. Pembaca boleh menilai sendiri akan dakwaan penulis ini dengan merujuk silibus-silibus usrah yang dikendalikan oleh 'jemaah' PAS yang banyak mengambil pedoman daripada tokoh-tokoh yang dianggap sebagai ulama' yang pernah dan sedang menyertai gerakan Ikwanul Muslimin semisal Hasan Al-Banna, Syed Qutub, Fathi Yakan dan lain-lain.
Hakikat yang harus diketahui adalah bahawasanya penyeruan seumpama ini pada dasarnya tidaklah mengutuhkan persaudaraan sesama Muslim. Akan tetapi sebaliknya, perbuatan seumpama ini lebih menyerupai orang kafir dari kalangan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang Munafiq dimana Allah berfirman dalam Surah Al-Hasyr (59) ayat ke- 14:
لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرًى مُّحَصَّنَةٍ أَوْ مِن وَرَاء جُدُرٍ بَأْسُهُمْ بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّى ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْقِلُونَ
"Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu-padu, melainkan dikampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. Permusuhan di antara mereka amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu-padu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami."
Akan tetapi, ining sekali penulis katakan, bahawasanya penyatuan sesama umat Islam hanya boleh dilakukan dengan cara seluruh umat Islam mengambil apa yang disebut sebagai 'Jalan yang lurus', dimana jalan inilah yang bakal menjamin kepada persatuan ummah, kerana kesatuan umat Islam hanya boleh dibentuk dengan berasakan kepada aqidah yang shahih, sebagaimana firman-Nya:
وأن هذا صرطي مستقيما فاتبعوه ولا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله ذلكم وصكم به لعلكم تتقون
"Dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa."
Surah Al-An'am (6) ayat 153
Dalam menafsirkan ayat, Ini, Al-Hafiz Imam Ibn Kathir telah membawakan menyatkan:
Imam Ahmad bin Hanbal r.h mencatatkan bahawa `Abdullah bin Mas` ud berkata, "Rasulullah Allah menarik sejajar dengan tangannya (pasir) dan berkata,
«هذا سبيل الله مستقيما»
(Ini adalah jalan Allah yang lurus.) Beliau kemudian menarik(melukis) garis ke kanan dan kiri garis itu dan berkata,
«هذه السبل ليس منها سبيل إلا عليه شيطان يدعو إليه»
(Ini adalah laluan yang lain (daripada itu). Pada setiap jalan ada satu syaitan yang menyeru kepadanya.) Beliau kemudian membaca,
وأن هذا صرطي مستقيما فاتبعوه ولا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله
(Dan sesungguhnya, ini adalah jalan yang lurus saya, maka ikutlah ia, dan tidak mengikuti selain laluan (itu), kerana ianya akan mencerai-beraikan kamu daripada jalan-Nya.) 6:153'
Al-Hakim juga mencatatkan hadis ini dan berkata; " rantaian (Sanad) riwayat ini ialah Sahih, tetapi mereka tidak merekodkan (meriwayatkannya).
Dengan kata lain, sesungguhnya polemik perpecahan sesama umat Islam hanya dapat diatasi melalui keselarasan aqidah yang shahih, dan tidaklah dinamakan kesatuan yang sebenar-benarnya jika hanya dari aspek luaran sahaja umat Islam bersatu, sementara masing-masing saling menanam kebencian sesama kelompok yang tidak sealiran dengannya.
Hal ini juga sebagaimana hadith yang bertaraf Muttafaqun 'Alaih, iaitu diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dimana Rasulullah S.A.W. telah bersabda melalui hadith yang diriwayatkan melalui jalan sahabat baginda, Hudzaifah Ibn Yaman:
فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ
"(Hudzaifah kembali bertanya Rasulullah): Jika saat itu tidak ada jamaah Muslimin dan juga tidak ada pemimpin (Islam)?" (Lalu) Baginda S.A.W. menjawab: "Kamu tinggalkan seluruh firqah (kelompok/golongan) sekalipun kamu harus memakan akar pohon hingga maut menjemputmu dan kamu tetap berada di dalam keadaan itu (berpegang kepada kebenaran) ".
H.R Bukhari, no, 3338, Kitab perilaku budi pekerti yang terpuji, Bab: Tanda Kenabian dalam Islam, Muslim, no. 3434.
Kesimpulannya, penulis ingin membawakan khabar gembira kepada semua sahabat-sahabat penulis yang berusaha menyusuri jejak Ahli Hadith dengan menjadikan manhaj pegangan para Salaf (orang yang terdahulu daripada awal kurun ketiga umat Muhammad) sebagai jalan hidup biarpun begitu banyak cabaran serta rintangan yang harus dilalui. Sebagaimana sudah penulis nyatakan diatas, jika Islam pun dipandang sebagai pemecah belah masyarakat, maka tidak hairanlah jika golongan yang cuba menjadikan pegangan umat yang dijamin oleh Nabi S.A.W. sendiri sebagai sebaik-baik kurun ini juga dianggap sebagai pemecah belah umat.
Dari Abu Hurairah, ia berkata, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ
"Islam muncul dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang terasing."
H.R. Muslim (no.208), Kitab Iman. Tirmidzi juga meriwayatkan hadith yang seakan serupa dari jalur Amru bin 'Auf bin Zaid r.a.no.2554
Sementara dalam riwayat Imam Ahmad menjelaskan hadith ini dari jalur yang berbeza, iaitu dari jalur Abdurrahman bin Sannah r.a.
قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ الْغُرَبَاءُ قَالَ الَّذِينَ يُصْلِحُونَ إِذَا فَسَدَ النَّاسُ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَيُحَازَنَّ الْإِيمَانُ إِلَى الْمَدِينَةِ كَمَا يَحُوزُ السَّيْلُ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَيَأْرِزَنَّ الْإِسْلَامُ إِلَى مَا بَيْنَ الْمَسْجِدَيْنِ كَمَا تَأْرِزُ الْحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا
Ada yang bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang asing itu?" Beliau menjawab, "Orang-orang yang berbuat baik jika manusia telah rusak. Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, sungguh iman itu akan masuk ke Madinah sebagaimana masuknya cairan. Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh Islam akan bersatu ke tempat antara dua masjid ini sebagaimana kembalinya ular ke lubangnya."
H.R. Imam Ahmad (no.16094)
Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad di hadith bernombor 3596 dari jalur Abdullah bin Mas'ud (Ibnu Mas'ud), Imam Ahmad membawakan riwayat:
قِيلَ وَمَنْ الْغُرَبَاءُ قَالَ النُّزَّاعُ مِنْ الْقَبَائِلِ
Dikatakan; Siapakah orang-orang asing itu? Beliau menjawab: "Yaitu orang-orang yang memisahkan diri dari kabilah-kabilah."
Allahua'lam...

Comments
Post a Comment