Menembak juga 'Sunnah' sebagaimana memanah (Surah Al-Anfaal (8) ayat 60



      Ramai orang menganggap aktiviti memanah itu sebagai sebahagian daripada sunnah Nabi S.A.W. Akan tetapi tahukah anda bahawasanya aktiviti menembak samaada menggunakan pistol atau senapang dan begitu juga aktiviti membaling bilah seumpama pisau, kunai, bintang shuriken ninja dan sebagainya juga boleh dikategorikan sebagai 'Sunnah' sebagaimana aktiviti memanah?

 'Uqbah bin 'Amir Al Juhani berkata,

 سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ يَقُولُ { وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ } أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ

 "Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyampaikan ketika beliau di atas mimbar: '(Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi) ' (Qs. Al Anfaal: 60), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu ada pada lontaran, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah (pada) lontaran, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah pada lontaran."
 H.R. Muslim, no. 3541, Kitab Kepemimpinan Bab : Keutamaan melempar di jalan Allah. Diriwayatkan juga oleh Abu Dawud no. 2153, dan Ibn Majah no. 2803.

 Telah menceritakan kepada penulis Ustaz Zaharudin bin Abdul Rahman (UZAR) malalui medium video di YouTube bealamat URL: http://www.youtube.com/watch?v=f3PFVD12OzI yang telah penulis suntingkan dari kesimpulan yang dilakukan oleh beliau dalam membicarakan  satu permasalahan yang diajukan kepada beliau

 "Mengapa didalam ayat 60 Surah Al-Anfaal ini, Allah menyebutkan:
 " Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang" ( وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ ). Mengapa Allah menyebutkan-kan kuda? Hal ini sepertimana yang disebutkan oleh Al-Imam Al-Qurtubi r.h didalam menafsirkan perkataan 'kuda yang ditambat untuk berperang' itu adalah kerana pada masa itu (dizaman Nabi S.A.W.), kuda khususnya kuda tunggangan untuk dibawa berperang merupakan lambang serta tanda kekuatan. Sesebuah pasukan ketenteraan dizaman itu akan dianggap kuat serta digeruni menerusi bilangan kuda yang dimiliki oleh sesebuah pasukan ketenteraan dimata musuh masing-masing."

 Kesimpulannya, dapatlah penulis katakan, jika pada zaman itu (zaman Nabi S.A.W. dan para sahabat) telah ada alatan teknologi seumpama pistol, senapang mahupun bom nuklear dimana kesemua alatan seumpama ini mempamerkan kekuatan tentera Islam untuk berjihad, nescaya insya-Allah baginda S.A.W. pun akan menyebutkan hadith semisal keutamaan lontaran (lontaran panah atau lembing).

 Atau jika pernyataan penulis sebagaimana diatas boleh dipertikai serta dikrtik, mungkin disini boleh penulis katakan bahawa jika pada lebih 1400 tahun yang lalu, simbol atau dan kekuatan sesebuah tentera terletak pada jumlah bilangan kuda yang dibawa untuk berperang, maka pada zaman ini, apakah tidak logik jika dikatakan simbol kekuatan sesebuah ketenteraan pada zaman ini iaitu peluru berpandu atau bom nuklear memungkinkan bahawasanya Allah menyuruh kita agar sentiasa berusaha menambahkan kemahiran serta pengetahuan dalam bidang persenjataan moden seumpama itu?

 Sukanya disini penulis menyambung lagi pernyataan oleh Ustaz Zaharudin bin Abdul Rahman (UZAR) yang mengatakan bahawa:

 "Jika pada zaman ini, umat Islam masih berperang menggunakan tombak, panahan serta kuda manakala musuh Islam yang berkeinginan memerangi Islam melalui peperangan menggunakan persenjataan canggih lagi moden mengikut peredaran masa, maka sia-sia sahaja umat Islam berperang melawan musuh-musuh Islam tersebut. Umat Islam tunggang kuda, sekali tembak menggunakan kudrat hujung jari (picu pistol/senapang) sahaja seseorang mujahid Islam bakkal terkorban dengan tanpa musuh-musuh Islam tersebut menggunakan kudrat yang banyak."

 Allahua'lam...

Comments