Oleh: Abu Afham Muhammad Zulsyamini
Ingin sekali penulis melihat apakah bentuk musibah yang akan menimpa terhadap diri penulis setelah penulis dengan lantang mengkritik keras Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Penulis terlintas untuk mengatakan sedemikian rupa setelah terbaca beberapa 'post' di laman Facebook yang dilampirkan oleh puak-puak penyokong pembangkang khususnya penyokong PAS yang menyatakan sesuatu perkara buruk yang tidak diduga atau musibah bakal ditimpa kepada seseorang yang dikatakan menghina tokoh mereka (Nik Aziz) itu.
Sebagai contoh, belakangan ini, disebar-sebarkanlah satu kisah pemotong rumput yang menggunakan mesin bilah dimana kaki pemotong rumput tersebut putus setelah terkena bilah mesin rumput yang sedang dikendalikan olehnya. Setelah dimasukkan ke hospital, dikatakan bahawa sebelum usibah tersebut mengenai dirinya, dia telahpun dikatakan memijak gambar 'Tok Guru' Nik Abdul Aziz yang boleh dikategorikan sebagai satu penghinaan terhadap tokoh yang dianggap sebagai ulama' itu.
Pada pengamatan penulis, penulis hanya yakin, bahawasanya hanya Allah yang mampu menurunkan musibah kepada makhluknya. Biarpun ungkapan 'Daging Ulama' Itu Beracun' mungkin biasa kita dengari, namun ulama' yang dimaksudkan didalam ungkapan ini adalah merujuk kepada ulama' yang sebenar-benarnya. Sepertimana yang kita sedia maklum, ulama' juga boleh dibahagikan kepada bebarapa kategori. Antara klassifikasi ulama' yang selalu kita dengari adalah ulama' suk (buruk perangai), dan juga ulama' yang tidak mengikut jalannya Nabi dan para sahabat baginda dengan sebenar-benarnya. Mereka hanya 'alim (mengetahui), tetapi tidak mengamalkan ilmunya serta berpaling dari kebenaran. mereka juga mengubah ayat-ayat Allah, dan permisalan ini telah dinyatakan oleh Allah sendiri didalam Al-Quran ketikamana Dia menceritakan perihal ulama'-ulama' dari kalangan Bani Israel yang mengubah-ayat-ayat Allah.sebagaimana firman-Nya:
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ
"Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu lalu dia diikuti oleh setan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat."
وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الأرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
"Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat) nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir"
Surah Al-A'raf (7) ayat 175 dan 176
Tidakah sikap seumpama ini menyerupai golongan Ahli Bid'ah yang gemar mereka-mereka cara peribadatan baru yang tidak ada dasarnya didalam Agama setelah diketahui akan hujjah yang nyata baik dari Al-Quran mahupun Al-Hadith yang dengan jelas menemplak perbuatan mereka tersebut?
Antara contoh yang ingin penulis bawakan ialah,: Hadith-hadith shahih telah jelas menyatakan bahawasanya dilaknatnya Yahudi dan Nasrani kerana telah menjadikan kuburan orang soleh serta para Nabi dari kalangan mereka sebagai masjid (tempat ibadah), sebagaimana hadith:
Dari 'Aisyah radliallahu 'anha, bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda ketika Beliau sakit yang membawa kepada kematiannya:
لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسْجِدًا قَالَتْ وَلَوْلَا ذَلِكَ لَأَبْرَزُوا قَبْرَهُ غَيْرَ أَنِّي أَخْشَى أَنْ يُتَّخَذَ مَسْجِدًا
"Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nashrani disebabkan mereka menjadikan kuburan para nabi mereka sebagai masjid". 'Aisyah radliallahu 'anha berkata; "Kalau bukan karena sabda Beliau tersebut tentu sudah mereka pindahkan kubur beliau (dari dalam rumahnya), namun aku tetap khawatir nantinya akan dijadikan masjid".
H.R.Bukhari, no. 1244, Kitab Jenazah, Bab: Larangan menjadikan kuburan sebagai masjid ( ما يكره من اتخاذ المساجد على القبور) . Imam Muslim juga meriwayatkannya didalam Shahih-nya bernombor 823, Kitab Masjid dan tempat-tempat solat, Bab : Larangan membangun masjid di atas kuburan dan memasang gambar di dalamnya ( النهي عن بناء المساجد على القبور واتخاذ الصور فيها).
Akan tetapi, Ahli bid'ah khususnya dari kalangan Sufi (Ahli Tasawuf modern) seakan buta dalam memahami hakikat dari kejelasan hadith yang disepakati akan keshahihannya oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim ini dimana kedua-dua kitab yang ditulis oleh Imam Bukhari dan Muslim telah disepakati sebagai antara kitab tershahih setelah Al-Quran menurut pengamatan ulama'-ulama' Ahli Sunnah wal Jamaah. Lalu mulalah mereka (pengekor ajaran Sufi / Tasawwuf/ penganut tarekat tertentu) mengambil apa yang mereka anggap sebagai 'hujjah' daripada kitab-kitab yang ditulis dari kalangan puak mereka sendiri yang dikhuatiri mereka sendiri pun tidak mengenali siapakah gerangan yang menulis kitab itu untuk melanggari prinsip ini untuk mereka katakan bahawasanya dibolehkan untuk umat Islam mengimarahkan kubur orang yang dianggap sebagai soleh atau wali untuk membayar nazar atau menjadikan kubur itu sebagai perantara doa mereka kepada Allah (tawassul). Sesungguhnya mereka ini tidak ubah seperti apa yang dijelaskan oleh Allah mengenai sifat penyembah berhala yang kufur kepada Allah setelah mereka menolak hujah yang nyata lalu mengambil prasangkaan yang belum tentu samada sangkaan mereka itu menepati kebenaran atau sebaliknya (kesesatan). Allah berfirman:
أَلا إِنَّ لِلَّهِ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الأرْضِ وَمَا يَتَّبِعُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ شُرَكَاءَ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلا يَخْرُصُونَ
"Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah semua yang ada di langit dan semua yang ada di bumi. Dan orang-orang yang menyeru sekutu-sekutu selain Allah, tidaklah mengikuti (suatu keyakinan). Mereka tidak mengikuti kecuali prasangka belaka, dan mereka hanyalah menduga-duga."
Surah Yunus (10) ayat ke-66
Kesimpulannya, penulis amat yakin, bahawasanya ulama' yang sebenar-benarnya adalah mereka (para 'ulama') yang mengambil ilmu dari Nabi melalui periwayatan orang yang terdahulu dari kalangan mereka yang hidup diantara zaman mereka (para 'ulama') dan Nabi S.A.W, TANPA ADA SEDIKIT PUN PENAMBAHAN/ TOKOH TAMBAH dalah segi hal keagamaan (peribadatan) atau yang biasa disebut sebagai Bid'ah.
Adapun untuk menilai personaliti luaran susuk tubuh seseorang yang kuat ibadahnya sepert solat, puasa, bacaan atau seberapa banyak ayat atau juzuk Al-Quran yang difahaz (hafal)-nya, disamping penampilan berjubah serta berserban untuk membolehkan kita menabalkan seseorang sebagai ulama' yang benar-benar mengikut petunjuk Nabi S.A.W., maka sewajarnya kita berhati-hati dalam membuat penilaian yang sedemikian rupa. Kerana telah sampai ketetapan (tsabit) bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah menyifatkan satu kelompok yang akan keluar sesudah zaman baginda, dimana baginda S.A.W. memaksudkan golongan itu sebagai 'Khawarij' dimana baginda S.A.W. sendiri menyatakan kepada para sahabat yang berada disamping baginda pada ketika itu, bahawasanya golongan tersebut amat kuat ibadahnya, hingga para sahabat akan memandang lekeh solat yang mereka lakukan sendiri berbanding solat yang dilakukan oleh kelompok Khawarij itu, dan begitu juga ibadah lainnya seperti puasa dan bacaan Al-Quran dimana para sahabat Nabi S.A.W. akan memandang lekeh (rendah) ibadah mereka sendiri jika dibandingkan dengan ibadah yang dilakukan oleh kelompok Khawarij ini. Akan tetapi diakhir hadith tersebut, Rasulullah telah menyifatkan golongan Khawarij yang kuat ibadahnya itu sebagai "terlepas dari ikatan agama Islam sebagaimana anak panah dilepaskan dari busurnya". Hadith yang penulis maksudkan adalah:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ بَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْسِمُ جَاءَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ ذِي الْخُوَيْصِرَةِ التَّمِيمِيُّ فَقَالَ اعْدِلْ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ وَيْلَكَ وَمَنْ يَعْدِلُ إِذَا لَمْ أَعْدِلْ قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ دَعْنِي أَضْرِبْ عُنُقَهُ قَالَ دَعْهُ فَإِنَّ لَهُ أَصْحَابًا يَحْقِرُ أَحَدُكُمْ صَلَاتَهُ مَعَ صَلَاتِهِ وَصِيَامَهُ مَعَ صِيَامِهِ يَمْرُقُونَ مِنْ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ يُنْظَرُ فِي قُذَذِهِ فَلَا يُوجَدُ فِيهِ شَيْءٌ ثُمَّ يُنْظَرُ فِي نَصْلِهِ فَلَا يُوجَدُ فِيهِ شَيْءٌ ثُمَّ يُنْظَرُ فِي رِصَافِهِ فَلَا يُوجَدُ فِيهِ شَيْءٌ ثُمَّ يُنْظَرُ فِي نَضِيِّهِ فَلَا يُوجَدُ فِيهِ شَيْءٌ قَدْ سَبَقَ الْفَرْثَ وَالدَّمَ آيَتُهُمْ رَجُلٌ إِحْدَى يَدَيْهِ أَوْ قَالَ ثَدْيَيْهِ مِثْلُ ثَدْيِ الْمَرْأَةِ أَوْ قَالَ مِثْلُ الْبَضْعَةِ تَدَرْدَرُ يَخْرُجُونَ عَلَى حِينِ فُرْقَةٍ مِنْ النَّاس
Dari Abu Sa'id, ia mengatakan; Ketika Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sedang membagi (harta rampasan), tiba-tiba Adbdullah bin Dzil huwaishirah At Tamimi datang seraya menegur Nabi; 'Hendaklah engkau berbuat adil! ' Spontan Nabi menjawab: "siapa lagi yang berbuat adil jika aku tak berbuat adil?" Umar kemudian berujar; 'Biarkan aku yang memenggal lehernya! ' Nabi bersabda; "Biarkan saja dia, sebab dia mempunyai beberapa kawan yang salah seorang diantara kalian (para sahabat) meremehkan shalatnya dibanding dengan shalatnya mereka, dan meremehkan puasanya dibanding puasanya, mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah keluar dari busur, ia melihat bulu anak panahnya namun tak ada apa-apa, kemudian memperhatikan mata anak panahnya namun tidak ditemukan apa-apa, kemudian melihat kain panahnya namun tidak didapatkan apa-apa, dan telah didahulu oleh kotoran dan darah. Tanda-tanda mereka adalah salah satu diantara kedua tangannya -atau- diantara kedua putingnya seperti puting kaum perempuan atau ia seperti daging yang bergerak-gerak, mereka muncul ketika manusia mengalami perpecahan."
H.R. Bukhari, no.6421, Kitab Meminta Taubat Orang Murtad, Bab: Tidak memerangi Khawarij untuk menenangkan masyarakat.
Sejarah telah tercatat, sebagaimana yang diriwayatkan menerusi Imam Muslim, dimana beliau telah meriwayatkan kisah mengenai 'Ali bin Abi Talib r.a. dimana beliau ('Ali) telah memerangi golongan ini (Khawarij) sambil menyebutkan hadith Rasulullah S.A.W.diatas mengenai kuatnya ibadah kelompok Khawarij, sebagaimana hadith:
Dari Zaid bin Harb Al Juhani,
أَنَّهُ كَانَ فِي الْجَيْشِ الَّذِينَ كَانُوا مَعَ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ الَّذِينَ سَارُوا إِلَى الْخَوَارِجِ فَقَالَ عَلِيٌّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يَخْرُجُ قَوْمٌ مِنْ أُمَّتِي يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَيْسَ قِرَاءَتُكُمْ إِلَى قِرَاءَتِهِمْ بِشَيْءٍ وَلَا صَلَاتُكُمْ إِلَى صَلَاتِهِمْ بِشَيْءٍ وَلَا صِيَامُكُمْ إِلَى صِيَامِهِمْ بِشَيْءٍ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ يَحْسِبُونَ أَنَّهُ لَهُمْ وَهُوَ عَلَيْهِمْ لَا تُجَاوِزُ صَلَاتُهُمْ تَرَاقِيَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الْإِسْلَامِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ لَوْ يَعْلَمُ الْجَيْشُ الَّذِينَ يُصِيبُونَهُمْ مَا قُضِيَ لَهُمْ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّهِمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَاتَّكَلُوا عَنْ الْعَمَل
Bahwasanya dia pernah bergabung di dalam suatu pasukan bersama Ali radliallahu 'anhu yang tengah berjalan menuju kaum Khawarij. Kemudian berkatalah Ali radliallahu 'anhu; Sungguh, aku telah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Akan muncul suatu kaum dari umatku yang pandai membaca Al Qur`an. Dimana, bacaan kalian tidak ada apa-apanya dibandingkan dengan bacaan mereka. Demikian pula shalat kalian daripada shalat mereka. Juga puasa mereka dibandingkan dengan puasa kalian. Mereka membaca Al Qur`an dan mereka menyangka bahwa Al Qur`an itu adalah (hujjah) bagi mereka, namun ternyata Al Qur`an itu adalah (bencana) atas mereka. Shalat mereka tidak sampai melewati batas tenggorokan. Mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah meluncur dari busurnya. Sekiranya pasukan yang memerangi mereka tahu pahala yang telah ditetapkan bagi mereka atas lisan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, niscaya mereka akan berhenti beramal.
H.R.Muslim, no. 1773, Kitab Zakat, Bab: Anjuran untuk membunuh orang Khawarij ( التحريض على قتل الخوارج ).
Kesimpulan yang dapat penulis rangkumkan adalah, tidaklah semua orang yang tampak darinya kesolehan hasil dari amal soleh yang dilakukannya, maka sudah tentu individu tersebut benar-benar menyusuri perjuangan serta dakwah Nabi Muhammad S.A.W., dan juga tidaklah semua orang yang mempunyai ilmu mendalam selok belok hal keagamaan itu maka sebetul-betulnya dia merupakan seorang ulama' yang sebenar-benarnya, kerana para ulama' yang sebenar-benarnya adalah mereka yang terlepas dari sebarang kepentingan duniawi dengan mengambil jalannya para Nabi serta para sahabat Ridwanullahi'alaihim Ajma'ien melalui ilmu yang diambil secara berurutan zaman berzaman, kerana asas kepada ulama' yang didefinisikan oleh Nabi S.A.W. sendiri adalah mereka yang mengambil serta beramal dengan ilmu, dan disebabkan itulah Rasulullah S.A.W. bersabda:
Abu Ad Darda berkata, "Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ وَالْحِيتَانُ فِي جَوْفِ الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِ
"Barangsiapa meniti jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke surga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keridlaan kepada penuntut ilmu. Orang yang berilmu akan dimintakan maaf oleh penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut. Kelebihan serang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. (Dan sesungguhnya) Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bagian yang banyak."
H.R. Abu Dawud, no. 3157, Ahmad no. 20723, Darimi no. 346, Ibn Majah no. 219, dan juga At-Tirmidzi no. 2606.
Berhubung permasalahan penyokong-penyokong PAS yang lantang membela 'Tok Guru' mereka itu atau pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang lainnya, disini ingin sekali penulis mengemukakan satu permisalan, iaitu:
Katakanlah tiba-tiba Nik Aziz membuat kenyataan, sebagai contoh, beliau mengatakan "Ambo ni macam Nabi lah sebab ambo ikut perjuangan (politik) nabi", maka adakah para ahli serta penyokong PAS ingin membela kenyataan karut yang sedemikian rupa? (ingin sekali lagi penulis tegaskan bahawa penulis hanya mengemukakan contoh.)
Penulis bertanya mengenai hal ini berdasarkan pemerhatian penulis, segala kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS itu semuanya disokong bulat- bulat dan dibela oleh kebanyakan pengikut-pengikutnya hinggakan Nik Aziz yang seakan melakukan pentakfiran (menghukum seorang Muslim sebagai kafir/ murtad) pun para pengikutnya khususnya yang terdiri dari penyokong PAS masih bermati-matian mempertahankannya. Maka diebabkan itulah, maka penulis bertanyakan soalan ini.
Firman Allah:
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لا إِلَهَ إِلا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
"Mereka (orang Nasrani) menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putra Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan."
Surah At Taubah (9) ayat ke-31
=====================================================
Tafsir ayat (Menurut apa yang penulis petik dari Tafsir yang dikarang oleh Imam Ibn Kathir r.h):
Imam Ahmad, At-Tirmidzi dan Ibn Jarir At-Tabari mencatatkan Hadis melalui rantaian beberapa riwayat, daripada `Adi bin Hatim ra , yang menjadi Kristian pada masa Jahiliyah. Apabila panggilan (dakwah) Rasulullah sampai ke kawasan beliau, `Adi melarikan diri ke As-Sham, dan adik perempuannya dan beberapa orangnya telah ditangkap. Rasulullah membebaskan kakak 'Adi dan memberikan kepadanya hadiah . Jadi dia(adik kepada 'Adi) pergi kepada abangnya dan menggalakkan beliau untuk menjadi Muslim dan pergi kepada Rasulullah. `Adi, yang merupakan salah satu daripada ketua-ketua kaumnya (suku Tai ') dan yangmana bapanya, Hatim At-Ta'i, terkenal kerana kemurahan hatinya, pergi ke Madinah (untuk bertemu Rasulullah). Apabila orang ramai mengumumkan ketibaan beliau, `Adi pergi kepada Rasulullah dengan memakai salib perak di lehernya. Rasul Allah membacakan ayat ini (Surah At-Taubah ayat ke-31), seraya 'Adi berkomentar: ""Saya katakan , mereka tidak menyembahnya (Rabbi dan Rabai).''
kemudian Rasulullah s.a.w menjelaskan :
" (Ya yang mereka menyembahnya. Mereka (rabai dan sami) mengharamkan apa yang dibenar (dihalal-kan)kan untuk mereka (Kristian dan Yahudi) dan mereka (Rabai dan Sami) membenarkan(menghalalkan) yang dilarang(diharamkan), lalu mereka (penganut Yahudi dan Nasrani) taat kepada mereka (rahib-rahib mereka itu). Ini adalah bagaimana mereka menyembah mereka.)
Lihat: Tafsir Ibn Kathir, Tafsir surah At-Taubah ayat ke-31)
Lihatlah dengan nurani yang sejahtera, bahawasanya penyembahan itu tidak sekadar berlaku apabila seseorang tunduk sujud kepada sesuatu (selain Allah), akan tetapi ketaatan kepada perkara kemaksiatan dimana kita selaku makhluk-Nya akur serta taat terhadap orang yang mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah dan sebaliknya, dengan ertikata menyalahi syariat yang diturunkan oleh Allah setelah nyata hujah yang menunjukkan bahawa keyakinan itu adalah salah dan tidak benar telah sampai kepada pengetahuan kita , maka hal itu dikira juga sebagai bentuk penyembahan kepada sesuatu selain Allah. Dengan kata lain, ianya adalah salah satu bentuk kesyirikkan kepada Allah S.W.T. Na'uzubillahimin zaalik.
Akhir kata, suka penulis disni ingin menasihatkan diri penulis sendiri serta para pembaca yang budiman sekalian, agar kita sentiasa menghindari sikap fanatik atau ta'sub terhadap seseorang sekan-akan tokoh yang kita kagumi itu maksum, iaitu terlepas dari segala salah dan silap. Sesungguhnya yang terlepas dari dosa hanyalah para nabi dan utusan Allah dari kalangan para rasul, disamping para malaikat selaku hamba-Nya yang sentiasa patuh kepada-Nya. Apa sahaja yang benar kita cuba sokong dan yang salah harus kita nyatakan kesalahan itu dan cuba menasihatinya agar tidak merebak dan berterusan 'saham' kesalahan dan dosa yang harus ditanggung.
Allahua'lam.
Comments
Post a Comment