Taati Pemimpin seperti mentaati Imam dalam Solat berjamaah.


Ditulis oleh:
Abu Afham Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri, Mahasiswa Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) UiTM Shah Alam

Penulis yakin dan percaya, Ulama' Muda UMNO atau dipanggil juga sebagai iLMU (Sekretariat Ilmuan Malaysia) tidaklah bersikap kepuakan untuk menyeru manusia agar terus menerus mengundi BN atau UMNO. Sebaliknya sebagaimana yang mereka sendiri memberitahu, bahawasanya rakyat tetap wajib mentaati pemimpin baru yang naik biarpun dengan cara zalim, umpamanya, sebagai contoh, katakanlah Anwar Ibrahim naik sebagai pemerintah Malaysia dengan cara membunuh Dato' Najib serta sekutunya, maka pemerintah Malaysia pada masa itu yang merupakan Dato' Seri Anwar Ibrahim tetap wajib ditaati dalam perkara yang makruf (kebaikan) selagimana beliau (DSAI) masih beraqidah dengan aqidah Islam serta mendirikan solat.

Hal ini dapat dilihat sebagaimana yang terjadi di Mesir, iaitu ketikamana pemerintahan Hosni Mubarak dijatuhkan dengan cara demonstrasi menggulingkan beliau. Sebagaimana yang sedia maklum, demonstrasi pada pandangan iLMU merupaka sesuatu yang mungkar, iaitu perkara kemaksiatan kepada Allah. Namun setelah Mohamed Morsi naik menggantikan Mubarak, Ulama' Muda UMNO tetap menyeru agar Mohamed Morsi iaitu presiden Mesir sekarang ditaati oleh rakyat mesir biarpun manhaj pemikiran Morsi merupakan manhaj Ikhwanul Muslimin yang banyak ditentang habis-habisan oleh Ulama' Muda UMNO (iLMU).

Kesimpulan awal yang dapat penulis buat adalah, ketikamana PR (Pakatan Rakyat) telah berjaya menawan Putrajaya, maka golongan sekutu Ulama' Muda UMNO termasuklah diri penulis juga akan serta merta keluar dari kelompok UMNO (biarpun penulis bukanlah ahli UMNO tetapi hanya sekadar penyokongnya) dan menyeru rakyat lainnya supaya mentaati pemerintahan yang didokong oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim atau Pakatan Rakyat secara umumnya. Walaubagaimana pun, sebagaimana sekarang, penulis hanya akan menyeru jika perintah yang dijatuhkan keatas rakyat itu adalah sesuatu yang makruf dan adalah menjadi satu kewajiban untuk mengingkari segala kemungkaran yang disuruh untuk melakukannya biarpun disuruh oleh pemerintah Islam.

Kita dapat umpamakan perihal mentaati pemerintah adalah sebagaimana kita sedang mendirikan solat secara berjemaah. Sungguhpun seorang Imam dilantik dari kalangan mereka yang dianggap fasiq ataupun Ahli Bid'ah, namun para makmum tetap wajib mengikut setiap gerak-geri Imam tersebut. Perkara ini adalah sebagaimana hadith (atsar) yang menyatakan bahawasanya biarpun seorang lelaki yang mempunyai sifat serta ciri kewanitaan atau secara kasarnya disebut sebagai 'pondan' dilantik menjadi Imam untuk memimpin solat berjemaah, namun para makmum tetap dikehendaki taat atau mengikut setiap perbuatan Imam 'pondan' tersebut sewaktu mereka sedang solat, sebagaimana hadith:


عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَدِيِّ بْنِ خِيَارٍ أَنَّهُ دَخَلَ عَلَى عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَهُوَ مَحْصُورٌ فَقَالَ إِنَّكَ إِمَامُ عَامَّةٍ وَنَزَلَ بِكَ مَا نَرَى وَيُصَلِّي لَنَا إِمَامُ فِتْنَةٍ وَنَتَحَرَّجُ فَقَالَ الصَّلَاةُ أَحْسَنُ مَا يَعْمَلُ النَّاسُ فَإِذَا أَحْسَنَ النَّاسُ فَأَحْسِنْ مَعَهُمْ وَإِذَا أَسَاءُوا فَاجْتَنِبْ إِسَاءَتَهُمْ وَقَالَ الزُّبَيْدِيُّ قَالَ الزُّهْرِيُّ لَا نَرَى أَنْ يُصَلَّى خَلْفَ
الْمُخَنَّثِ إِلَّا مِنْ ضَرُورَةٍ لَا بُدَّ مِنْهَا

Dari 'Ubaidullah bin 'Adi bin Khiyar, bahwa dia masuk menemui 'Utsman bin 'Affan saat ia terkepung seraya berkata, "Engkau adalah pemimpin Kaum Muslimin namun tuan tengah mengalami kejadian seperti yang kita saksikan. Sedangkan shalat akan dipimpin oleh imam yang terkena fitnah dan kami jadi khawatir terkena dosa." Maka 'Utsman bin 'Affan pun berkata, "Shalat adalah amal terbaik yang dilakukan manusia. Oleh karena itu apabila orang-orang melakukan kebaikan (dengan mendirikan shalat), maka berbuat baiklah (shalat) bersama mereka. Dan jika mereka berbuat keburukan (kesalahan), maka jauhilah keburukan mereka." Az Zubaidi berkata, Az Zuhri berkata, "Kami tidak membenarkan shalat bermakmum di belakang seorang banci (pondan} kecuali dalam keadaan sangat terpaksa."
Riwayat Bukhari dalam Shahih-nya, no.654, Kitab Azan, Bab: Keimaman seorang yang terfitnah (dituduh fasik) atau seorang ahli bid'ah.


Jika dilihat dari hadith ini, Uthman Al-Affan dengan jelas menyuruh kita tetap mengikuti seorang Imam didalam solat biarpun Imam itu telah tampak bagi kita dia adalah seorang yang fasiq. Maka dengan itu,kita dapat melihat bahawa keimaman seorang yang tertuduh sebagai fasiq atau Ahli Bid'ah tetap sah dan keimaman seseorang tidaklah terbatas kepada orang yang dianggap sebagai mukmin atau soleh sahaja. Sebagaimana pemerintahan seorang yang masih beraqidah Islam, maka pemerintahannya tetap sah walaupun berbagai kezaliman yang telah dilakukan olehnya. Sebagaimana prinsip aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, seseorang Muslim tidak boleh dikafirkan hanya kerana dosa-dosa besar yang telah dilakukannya seperti berzina , mencuri, minum arak dan sebagainya selagimana individu tersebut tidak menghalalkan perbuatan-perbuatan seumpama itu.

Berbalik kepada isu diatas, maka mahu penulis tanyakan, adakah dimasa sesuatu solat secara berjemaah itu didirikan, maka salah seorang dari makmum yang solat di belakang Imam tersebut secara tiba-tiba melantik dirinya sendiri sebagai Imam menggantikan Imam yang pertama tadi biarpun tiada apa yang tampak dari perbuatan Imam pertama tersebut kesalahan yang menyebabkan solatnya terbatal seperti meninggalkan rukun solat atau terkena najis umpamanya? Ataupun berniat untuk berpisah (Mufarraqh) dari Imam terbut lalu solat bersendirian?

Penulis ingin menegaskan, perihal pembatalan solat Imam pertama itu bolehlah diibaratkan seperti batalnya keIslaman seseorang pemerintah Muslim. Sememangnya benar bahawa ketikamana Imam yang sedang diikuti didalam solat membatalkan solatnya setelah menyedari solatnya terbatal dikeranakan terkena najis dan seumpamanya, maka makmum yang berada betul-betul di posisi belakang Imam pertama tersebut bertanggungjawab untuk melangkah beberapa tapak ke hadapan lalu menyambung tugas Imam pertama tersebut untuk menyelesaikan solat yang sedang didirikan itu. Ataupun jika makmum lainnya merasakan solat Imam tersebut tidak sah, dan tiada pula tindakan penggantian Imam dilakukan semasa solat yang sedang didirikan itu, maka bolehlah para makmum yang menyedari serta meyakini bahawa solat Imam tersebut sememangnya telah terbatal untuk niat berpisah (Mufarraqah) dari Imam tersebut lalu solat bersendirian. Situasi ini dapatlah penulis umpamakan sepertimana keadaan pemerintah baru yang naik menggantikan tampuk pemerintahan lama, dan juga perbuatan orang awam (rakyat) yang berpisah iaitu berlepas diri dari mentaati pemerintah yang masih belum jelas kekufuran yang dilakukan oleh pemerintah tersebut.

Didalam hukum solat secara berjemaah juga, sepertimana yang sedia maklum, adalah dilarang (tidak dibolehkan) sama sekali mendirikan dua atau lebih kelompok saf untuk mendirikan solat secara berjemaah. Disana tidak dibolehkan (haram) untuk sebuah masjid mempunyai dua imam yang mahu mendirikan sesuatu solat yang sama dan juga didalam masa yang sama (serentak).Hal ini adalah sebagaimana didalam Islam, bahawasanya tidak terdapat kewujudan istilah yang disebut sebagai pembangkang, dimana sebuah hadith menceritakan:


Dari Abu Sa'id Al Khudri dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

 إِذَا بُويِعَ لِخَلِيفَتَيْنِ فَاقْتُلُوا الْآخَرَ مِنْهُمَا

 "Apabila ada dua khalifah yang dibaiat, maka bunuhlah yang paling terakhir dari keduanya."
 H.R. Muslim, no. 3444, Kitab Pemerintahan, Bab: Jika dua khalifah dibaiat.

Sepertimana yang sudah sedia maklum, bahawa pada pandangan Ulama' Muda UMNO dan juga penulis sendiri, didalam Islam tiada yang diistilahkan sebagai pembangkang. Kerana apabila Pakatan Rakyat naik sebagai pemerintah, bermakna secara automatiknya BN (Barisan Nasional) atau UMNO secara khususnya akan menjadi parti pembangkang.


Akhir kata, penulis mengajak pembaca sekalian berfikir sejenak tentang apa yang telah penulis perkatakan khususnya dalam hubungkait antara solat berjemaah dengan ketaatan kepada pemerintah yang masih Islam (Muslim) sungguhpun ternyata dia adalah seorang yang fasiq atau zalim selagimana tidak terjerumus ke lembah kekafiran. Adapun mengenai pendirian Ulama' Muda UMNO atau Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) mengenai tindakan mereka yang akan keluar dari belenggu kerjasama dengan UMNO sejurus UMNO sudah menjadi pembangkang kelak, iaitu dikeranakan pembangkang pada masa ini yang diterajui oleh Pakatan Rakyat sudah secara sah mengambil tampuk pemerintahan Malaysia dimana mereka (Ulama' Muda UMNO) akan berpusu-pusu keluar dari ketaatan kepada UMNO berpaling tadah kepada Pakatan Rakyat, maka teori itu hanya pada pandangan penulis semata-mata, dan hanya Allah yang maha mengetahui perkara yang kian menjelang tiba dan Dia jugalah yang maha mengetahui akan isi hati makhluk-Nya.

Allahua'lam...

Comments