Hak Rakyat Dituntut, Hak Pemerintah Diabaikan. Muslimin Bertelagah, Ahli Kitab Tepuk Tangan

Oleh: Abu Afham Muhammad Zulsyamini

Bahagian Satu


Di sana terdapat segelintir individu yang menyokong BN (Barisan Nasional) hanya kerana risau pendapatan atau  'periuk nasi'-nya terjejas, sepertimana dari pengakuan dari lisan artis-artis yang takut bidang maksiat yang mereka ceburi dilupuskan sedikit demi sedikit sehasta demi sehasta oleh kerjaan pembangkang yang dilihat mahu melaksanakan dasar Islam khususnya parti PAS.

Bagi penulis, penulis pula menyokong pemerintah sedia ada yang diterajui kerajaan BN  kerana pada pengamatan penulis, ianya jauh lebih mendatangkan manfaat apabila umat Islam bersatu dibawah seorang pemerintah Muslim disamping mahu menghidari mudharat yang lebih besar andai negara ini jatuh ke tangan pihak-pihak yang mempunyai agenda tertentu seperti pluralisma agama (yang diperjuangkan pengurusi badan BERSIH, iaitu Ambiga Sreenevasan), liberalism; iaitu ideologi yang menyeru kepada kebebasan mutlak tanpa batasan, SYIAH, Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) dan sebagainya jika 'pihak yang di belah sana', iaitu Pakatan Rakyat, selaku kerajaan pembangkang di Malaysia sudah berjaya memegang tampuk pemerintahan kelak .

Biarpun pada pengamatan penulis, kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang ini (BN) juga tidak kurang mudharatnya dengan program-program yang dianjurkan oleh 'anak didikan' parti berkenaan yang jelas terkandung didalamnya tegahan-tegahan Allah iaitu perkara maksiat seperti persembahan artist-artis yang jelas mencerminkan keruntuhan moral, sebagai contoh seperti pendedahan aurat, pergaulan diantara lelaki dan perempuan (ikhtilat) yang tidak dijaga dan sebagainya yang tidak dapat dijaga.

Namun, perlu diberi perhatian bahawa dalam membandingkan antara isu akhlak (keruntuhan moral) yang dikaitkan dengan tindakan pendokong  kerajaan BN itu tadi dengan ancaman aqidah yang bakal dihadapi sekiranya pembangkang berjaya 'menawan' Malaysia, maka jelaslah aqidah  merupakan perkara terpenting dalam tonggak keIslaman seseorang. Amal perbuatan yang dilakuakan oleh penganut Hindu tidaklah diterima oleh Allah sedikitpun kerana aqidah mereka yang jelas bertentangan dengan aqidah Islam. Pelacur yang sangat rendah moralnya yang menolong memberi minum seekor anjing akhirnya dimasukkan oleh Allah kedalam syurga sebagaimana kisah yang biasa didengari dari hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Antara desakan para penyokong tindakan kerajaan pembangkang adalah seperti mendesak agar harga barang atau keperluan seharian seperti minyak petrol diturunkan, mendesak supaya hutang pinjaman pelajaran PTPTN dihapuskan dan berbagai lagi kenikmatan unggul yang menjanjikan hak mereka sebagai rakyat yang pada pandangan mereka berhak menerima segala kemewahan duniawi biarpun tanpa sedar sebenarnya melalui desakan-desakan mereka itu yang dipelopori oleh sistem demokrasi, mereka secara tidak langsung telah mengabaikan hak pemerintah untuk ditaati. Hal ini jelas bertentangan dengan suruhan Nabi Muhammad S.A.W. yang menyatakan bahawsanya rakyat tetap berkewajipan untuk menunaikan hak pemerintah iaitu bermaksud hak pemerintah untuk ditaati oleh rakyat meskipun pemerintah tersebut tidak menunaikan hak mereka (pemerintah) terhadap rakyat iaitu bererti pemerintah itu tidak mahu membahagikan hasil-hasil pendapatan negara kepada rakyat secara adil, atau dengan kata lain, pemerintah yang zalim dalam membahagikan sumber kekayaan sesebuah negara dalam keadaan dia menyeleweng (menyeleweng duit dan sebagainya). Hal ini sebagaimana hadith:


Dari ‘Alqamah bin Wail Al-Hadlrami dari ayahnya ia berkata : Salamah bin Yazid Al-Ju’fiy pernah bertanya kepada Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

يَا نَبِيَّ اللهِ أَرَأَيْتَ إِنْ قَامَتْ عَلَيْنَا أمَرَاءُ يَسْأَلُوْنَا حَقَّهمْ وَيَمْنَعُوْنَا حَقَّنَا فَمَا تَأْمُرُنَا فَأَعْرَضَ عَنْهُ ثُمَّ سَأَلَهُ فَأَعْرَضَ عَنْهُ ثُمَّ سَأَلَهُ فِي الثَّانِيَةِ أَوْ فِي الثَّالِثَةِ فَجَذَبَه اْلأَشْعَثُ بْنِ قَيْسِ وَقَالَ اسْمَعُوْا وَأَطِيْعُوْا فَإِنَّمَا عَلَيْهمْ مَا حَمَلُوْا وَعَلَيْكُمْ مَا حَمَلْتُمْ
“Wahai Nabiyullah, bagaimana pendapatmu jika kami punya pemimpin yang menuntut pemenuhan atas hak mereka dan menahan (tidak menunaikan) hak kami. Apa yang engkau perintahkan kepada kami ?”.

Maka Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam berpaling darinya, dan Salamah kembali mengulangi pertanyaannya. Dan hal itu berulang hingga dua atau tiga kali. Kemudian Al-Asy’ats bin Qais menariknya (Salamah). Dan akhirnya beliau menjawab : “(Hendaklah kalian) mendengar dan taat kepada mereka. Kerana hanyalah atas mereka apa yang mereka perbuat dan atas kalian apa yang kalian perbuat
HR. Muslim no. 3433, Kitab Kepemimpinan
Bab : Taat kepada pemimpin meskipun mereka tidak memenuhi hak rakyat ( في طاعة الأمراء وإن منعوا الحقوق) 

Begitu juga hadith yang semisal diatas yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi, iaitu dinyatakan:

عَنْ عَلْقَمَةَ بْنِ وَائِلِ بْنِ حُجْرٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجُلٌ سَأَلَهُ فَقَالَ أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ عَلَيْنَا أُمَرَاءُ يَمْنَعُونَا حَقَّنَا وَيَسْأَلُونَا حَقَّهُمْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا فَإِنَّمَا عَلَيْهِمْ مَا حُمِّلُوا وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Dari Al Qomah bin Wa'il bin Hujr dari bapaknya dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda ketika ada seorang bertanya kepadanya: Bagaimana pendapat baginda jika para pemimpin kami menahan hak hak kami sementara mereka menuntuk hak mereka kepada kami? Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam menjawab: "Mendengar dan taatlah kalian, karena kewajiban mereka adalah apa yang mereka emban dan kewajiban kalian adalah apa yang ada pada kalian." Abu Isa berkata: hadits ini hasan shahih.
H.R Tirmidzi, no. 2125, Kitab Fitnah, Bab : Akan terjadi fitnah seperti malam gulita ( ما جاء ستكون فتن كقطع الليل المظلم).


Perlu diingat bahawasanya ketaatan kepada pemerintah juga tidaklah beerti sebagai rakyat kita dimestikan mentaati disamping membenarkan segala tindakan pemerintah meskipun jelas tindakan pemerintah itu berlawanan dengan kehendak Allah dan rasul-Nya. Sesungguhnya ketaatan itu tidak kira samaada terhadap pemerintah mahupun makhluk yang lain seumpama suami, ibubapa dan sebagainya, iainya hanya dalam perkara yang makruf iaitu perkara baik serta kebajikan. Adapun dalam hal kemaksiatan kepada Allah, maka kewajipan untuk taat itu gugur dengan sendirinya bahkan haram mentaatinya dalam melakukan perintah atau hal kemaksiatan itu. Hal ini sebagaimana hadith:

Daripada Ali r.a., bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda:


لَا طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ
"Tidak ada kewajiban untuk taat dalam berbuat maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu hanya pada hal kebajikan (makruf)." 


H.R.Muslim Nomor: 3424, Kitab Pemerintahan


Antara contoh lain perintah kemaksiatan kepada Allah yang diperintahkan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi negara Malaysia salah satunya adalah dengan cara redha pangkat serta jawatan yang mereka sandang dijatuhkan melalui proses pengundian yang dicanangkan oleh sistem demokrasi. Hal ini kerana sudah dimaklumi bahawa sistem demokrasi bukalah berasal dari ajaran Islam bahkan orang Yahudi dan Nasrani-lah beria-ria mahu menebarkan sistem ini di serata dunia termasuk wilayah yang dikuasai pemerintah atau Islam. Adakah kita lupa bahawasanya Allah telah berfirman diamana ayat ini sering diucapkan:

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
"Orang dari kalangan Yahudi dan Nasrani tidak akan pernah senang kepadamu (Muhammad) hingga kamu mengikuti millah (pola hidup atau agama) mereka."
Surah Al-Baqarah (2) ayat ke- 120
*Pembaca boleh lihat tulisan pennulis sendiri sebelumnya berkaitan hal demokrasi yang semamangnya bertujuan untuk menghancurkan kekuatan umat Islam di alamat URL: http://www.intelorganization.ml.my/2013/03/ahli-kitab-berpecah-belah-umat-islam.html  

Justeru, dalam berhadapan dengan sistem demokrasi yang sudah diterima pakai khususnya di negara Malaysia ini, sukacitanya disini penulis menunjukkan kepada para pembaca akan kaedah Fiqh dalam berhadapan dalam situasi ini; dimana:


1) Undian melalui demokrasi = Mudharat ( Kerana demokrasi itu sendiri bukan sistem Islam disamping ianya sememangnya dicipta untuk memecah-belahkan umat Islam)

 2) Jika tidak mengundi lalu memungkinkan negara ini dikuasai puak liberal, plural, LGBT, Syiah dan sebagainya= Ianya juga satu mudharat.

 Kaedah fiqh menyatakan=

  إذَا تَعَارَضَ مَفْسِدَتاَنِ رُوْعِيَ أعْظَمُهُمَا بِإرْتِكَابِ أَخَفِّهِمَا

 ("Bila harus memilih antara dua mudarat maka pilih yang paling ringan").
 *Lihat di bebrapa ayat Al-Quran yang menyatakan bahawasanya dibolehkan hatta memakan daging babi, bangkai, darah dan sebagainya dalam kondisi darurat; dimana jika kita tidak memakan segala jenis makanan itu kelak memungkinkan kita mati kelaparan. Namun dalam ayat yang sama Allah menyatakan: "... dan tidak pula melampaui batas...";bererti kemudharatan yang paling ringan yang diambil itu mestilah dengan kadarnya.

Begitu juga dalam konteks demokrasi, apabila kita terpaksa mengharungi sistemyang membawa mudharat ini, maka janganlah pula kita mengwar-warkan kepada khalayak ramai akan kebaikan serta keunggulan sistem taghut  iaitu racun yang disangka madu ini. Sebagaimana sedia maklum, anatara 'madu' yang dilihat sedap buat mata 'penjilat' demokrasi ini adalah seperti kebebasan bersuara, kesamarataan, hak asasi dan sebagainya.


Kesimpulannya, penulis menyeru agar pembaca sekalian dan juga sebagai muhasabah buat diri penulis sendiri agar kita kelak tidak akan tergolong dari kalangan pengikut Al-Masih Dajjal Al-Kadzib, dimana hadith-hadith yang shahih jelas menceritakan bahawasanya antara sikap serta tindakan para pengikut Dajjal adalah apa yang mereka mahukan adalah 'syurga' yang dibawa oleh Dajjal yang tercurah segala kenikmatan didalamnya dimana hakikat sebaliknya, syurga Dajjal itlah sebenarnya adalah neraka Allah S.W.T. Mari bersama kita imbas kembali apakah syarat yang Dajjal letakkan supaya orang ramai boleh masuk kedalam syurga-nya itu? Tidak lain dan tidak bukan syaratnya adalah harus mengakui Dajjal sebagai Allah (tuhan). Na'uzubillahi min zaalik! Tidakkah hal ini juga boleh dilihat sebagai simbolik terhadap penggadaian nilai aqidah seorang Muslim bagi mengecapi habuan dunia? Semoga Allah tidak menggolongkan kita bersama-sama dengan halnya pengikut-pengikut Dajjal kelak.

======================================================================
Bahagian Dua

Ingin penulis tegaskan, biarpun Pakatan Rakyat sudah berjaya menguasai Malaysia, namun hal ini tidaklah bererti UMNO-BN pula akan menjadi Khawarij. Hal ini kerana Khawarij bukannya sebuah parti; sebaliknya ianya adalah sebuah ideologi (aqidah).

Barangsiapa yang beriktikad akan halalnya menjatuhkan pemerintahan seorang pemerintah Muslim meskipun pemerintah itu ternyata seorang yang zalim umpama Hajjaj Ibn Yusuf disamping memeranginya dan juga mudah mengkafirkan para pelaku dosa besar yang tidak sampai membawa kepada kekufuran semisal Syirik, maka sikap serta pemahaman ideologi Khawarij ternyata ada pada orang itu samaada dia dari parti pembangkang (Pakatan Rakyat) mahupun kerajaan (UMNO-BN).

Apa yang dapat penulis lihat, ketikamana para ustaz yang menyebelahi pembangkang menyindir ustaz-ustaz yang berada didalam UMNO khususnya Ulama' Muda UMNO atau biasa dipanggil Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) dengan mengatakan bahawasanya golongan Salafi-Madkhali di Mesir yang juga disebelahi oleh iLMU kelak akan menjadi Khawarij andai kata Hosni Mubarak berjaya dijatuhkan lalu digantikan dengan Mohammad Morsi dimana pada masa itu Hosni Mubarak masih sah sebagai pemerintah Mesir (belum digulingkan). Lalu akhirnya dengan taqdir Allah, penyokong-penyokong yang pada awalnya menyokong Mohammad Morsi inilah yang akirnya memberontak kepada Morsi disebabkan tindakan Mohammad Morsi yang pada pandangan mereka tidak mencerminkan pemerintahan bersifat demokratik. Tidakkah hal ini juga jelas menyatakan bahawasanya umat Islam tidak akan bangkit dan sentiasa dalam keadaan lemah jika umat Islam sendiri menyanjung tinggi sistem demokrasi ini?

Sungguh, Khawarij bukanlah satu parti. Ianya adalah satu aqidah yang menyimpang dari dasar agama Islam

 Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Nabi S.A.W. bersabda:

 وَإِنَّ اللَّهَ لَيُؤَيِّدُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِر

 Dan (sesungguhnya) boleh jadi Allah menolong agama ini melalui seseorang yang berdosa".
 H.R.Bukhari (no.2834), Kitab Jihad dan penjelajahan, Bab : Sesungguhnya Allah akan menguatkan agama ini dengan orang jahat ( إن الله يؤيد الدين بالرجل الفاجر) & Muslim (no.162)

 Ya, jika ditakdirkan Allah Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya biarpun dengan cara zalim, akan ku-'bai'at' pemimpin Muslim yang diangkat oleh mereka (Anwar Ibrahim mahupun Haji Hadi) sebagai pemerintah-ku. Selagimana tidak berjaya, maka selagi itulah aku harus menentang mereka. Perlu diingatkan sekali lagi bahawasanya ketaatan kepadanya adalah pada perkara yang makruf dan wajib diingari akan perintahnya andaikata dia memerintahkan dengan perkara kemaksiatan kepada Allah. Aqidah Khawarij yang masih terlekat pada dirinya wajib dibersihkan atau dinyatakan kepada orang ramai supaya berjaga-jaga dari aqidah seumpama itu (Khawarij). Namun hal itu bukanlah alasan yang menjadikan memberontak kepadanya menjadi halal.


Kata-kata akhir dari penulis: "Rosak akhlak boleh diperbaiki, rosak aqidah (khususnya syirik) kelak menyebabkan gugurnya amalan-amalan soleh yang dilakukan sebelum ini".

 Allahua'lam..


Comments