Siapa benar?: Isu pertelingkahan sahabat; Aisyah/Zubair vs pasukan Ali [UIS]

Seingat saya, guru lama saya, iaitu Dr.MAZA (Dr. Mohd Asri bin Zainal Abdidin) merangkap mantan Mufti Kerajaan Negeri Perlis pernah memberitahu, bahawasanya dalam isu pertelingkahan antara Aisyah, Zubair Al-Awwam dan Talhah Ibn Ubaidllah r.hum dengan Ali bin Abi Talib r.a yang merupakan pemerintah (Amirul-Mukminin) pada masa itu hingga tercetusnya perang Jamal iaitu peperangan antara pasukan Aisyah rha, iaitu isteri Nabi S.A.W. bersama pasukan Zubair dan juga Talhah melawan tentera yang dipimpin oleh Ali, dalam isu pertelingkahan ini, Ali adalah di pihak yang benar, manakala tidaklah pihak Aisyah dihukumkan sebagai 'Bughats' atau pemberontak memandangkan beliau (Aisyah r.ha) kelihatan 'memerangi' yang hakikatnya, tujuan Aisyah r.ha yang sebenarnya adalah untuk mencari perdamaian atau titik temu dengan 'Ali merangkap 'menantu tiri' baginya. Sedangkan para ulama' pada zaman fitnah ini mempunyai autoriti untuk berijtihad, inikan pula isteri kesayangan Rasulullah s.a.w. sendiri. Maka sudah tentulah isteri Rasulullah S.A.W. itu terlebih layak untuk berijtihad.

Ijtihad Ali ternyata benar maka beliau dikurniai dua pahala manakala ijtihad pihak Aisyah yang didapati salah tetap dikurniai dengan satu pahala, sebagaimana hadith:

 Dari 'Amru bin 'ash ia mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

 إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ

 "Jika seorang hakim mengadili dan berijtihad, kemudian ijtihadnya benar, maka ia mendapat dua pahala, dan jika seorang hakim berijtihad, lantas ijtihadnya salah (meleset), baginya dua pahala."
 H.R.Bukhari (no.6805) dan Muslim (no.3240)

Hal ini juga diperakui oleh guru kami, Ustaz Idris Sulaiman (UIS) dimana UIS menambahkan riwayat mengenai 'Anjing Hau'ab" walaupun saya (Abu Afham) ada mendengar perkhabaran mengenai kepalsuan riwayat mengenai salakan anjing Hau'ab itu. Adapun keraguan mengenai kisah Anjing Hau'ab ini saya dapati menerusi laman web Salafiyyah sendiri melalui URL: http://www.darulkautsar.net/print.php?page=&ArticleID=179 tulisan antara ilmuan yang pakar dalam bidang hadith di Malaysia, Maulana Asri Yusuff.Walaubagaimana pun, kisah Anjing Hau'ab yang dikatakan palsu oleh Maulana Asri Yusuff sepertimana dalam lampiran artikel diatas dikatakan sebagai Shahih oleh UFB yang menaqalkan pandangan Syaikh Al-Albani mengnai shahih-nya hadith (kisah) Aisyah disalak anjing di mata air benama Hau'ab itu.


Sambil Ustaz Idris menambahkan, bahawasanya setelah Aisyah r.ha tersedar lalu menyesali akan perbuatan salahnya, lalu beliau (RadiAllahu 'Anha) teringat akan perintah Allah dalam surah Al-Ahzab (33) ayat ke-33 yang berbunyi:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ...

"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah ..."

 Berdasarkan pemahaman saya (Abu Afham Muhammad Zulsyamini), 'fatwa' dari Dr. MAZAdan juga Ustaz Idris Sulaiman (UIS) ini mungkin sekali didasari oleh hadith yang berikut:

 Dari Irbadh bin Sariyah, ia berkata,

 صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْنَا فَوَعَظَنَا مَوْعِظَةً بَلِيغَةً ذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ وَوَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ

 "Suatu ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam solat bersama kami, beliau lantas menghadap ke arah kami dan memberikan sebuah nasihat yang sangat menyentuh yang membuat mata menangis dan hati bergetar.

 فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَأَنَّ هَذِهِ مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَمَاذَا تَعْهَدُ إِلَيْن

 Lalu seseorang berkata, "Wahai Rasulullah, seakan-akan ini adalah nasihat untuk perpisahan! Lalu apa yang engkau washiatkan kepada kami?"

 فَقَالَ أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

 Baginda (S.A.W.) mengatakan: "Aku wasiatkan kepada kalian untuk bertakwa kepada Allah, senantiasa taat dan mendengar meskipun yang memerintah adalah seorang budak (hamba) habsyi yang (berkulit) hitam. Sesungguhnya orang-orang yang hidup setelahku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka, hendaklah kalian berpegang dengan sunahku, sunah para khalifah yang lurus dan mendapat petunjuk, berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah dengan gigi geraham. Jauhilah oleh kalian perkara-perkara baru (dalam urusan agama), sebab setiap perkara yang baru adalah bid'ah dan setaip bid'ah adalah sesat."
 H.R. Abu Dawud (no.3991), Tirmidzi (no.2600), Ibn Majah (no.42), Ahmad (no. 16521) dan Darimi (no.95)

Bagaimanapun, setelah ditanya oleh orang yang lebih arif daripada saya, iaitu Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi,graduan yang sedang menuntut di Universiti Islam Madinah, Madinah Al-Munawwarah, ternyata beliau menyatakan dalam masalah ini (masalah pertelingkahan para sahabat), para ulama' Ahli Sunnah wal Jamaah sebulat suara berdiam diri dari berbicara persaoalan ini.

Saya sepertinya berpendapat sebagaimana yang diperkatakan oleh Dr. MAZA mengenai masalah ini (pertelingkahan antara para sahabat).

Point penting yang perlu diambil kira adalah, tidaklah Aisyah memerangi Ali, akan tetapi disebabkan oleh muslihat yang digunakan oleh kaum pemberontak yang sebenarnya lah yang berusaha mengapi-apikan dan menggunakan taktik bersifat provokatif, iaitu dengan cara pemberontak itu berpecah kepada dua pasukan, satu pasukan pergi kepada ali dan pasukan yang satu lagi pergi kepada pasukan aisyah, lalu pemberontak2 itu menyerang kedua-dua pasukan tersebut hinggakan pasukan aisyah menyangka bahawa pasukan yang menyerang itu adalah pasukan ali, dan begitulah sebaliknya ali menyangka pasukan yang datang kepadanya itu adalah tentyera aisyah, lalu tercetuslah perang diantara kedua-duanya.

Perlu  sekali lagi diberi penekanan bahawa, pada mulanya tujuan Ali dan Aisyah adalah untuk sama-sama saling berdamai mengenai isu pembunuhan Uthman Al-Affan. Jauh sekali Aisyah mahu merampas kepimpinan Ali sebagaimana dakwaan menyeleweng pihak yang cuba menghalalkan memberontak terhadap pemerintah Islam dengan menggunakan isu pertelingkahan ini.

Allahua'lam...

Comments