Ulama' bukan pembuat Syariat. Mereka pembimbing manusia fahami Q&S

Ditulis oleh: Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri

Ulama'/seorang yang ditabal sebagai 'wali' bukanlah sumber utama dalam kita mempraktikkan agama. Sebaliknya sumber utama dalam beragama adalah Al-Quran dan As-Sunnah.

Adapun peranan ulama' adalah sebagai perantara antara kita sebagai orang awam dengan Al-Quran dan As-Sunnah agar lebih memahami kedua-duanya, dan bukannya ulama' itu adalah rujukan utama lalu Al-Quran dan As-Sunnah hanya dijadikan sebagai bahan sokongan dalam membenarkan perkataan seseorang ulama' itu.

Rata-rata masyarakat sekarang memahami ulama' itu sebagai rujukan utama, sedangkan perintah Allah menyuruh supaya didahulukan Nas (yang berupa perintah Allah dari Al-Quran dan Al-Hadith) daripada perkataan ulama'. Buktinya boleh dilihat jelas apabila bertapa ramainya manusia yang apabila telah diketahui olehnya akan sesuatu ayat Al-Quran atau Al-Hadith yang menyanggahi kata-kata ulama' yang disanjungnya (sebagai contoh Imam Mazhab yang dipegangnya), maka ditinggalkan naqalan Al-Quran dan Hadith itu lalu masih lagi tetap berpegang dalam mengamalkan pendapat imam mazhabnya itu.

Perkara ini pernah dibantah sendiri oleh Rasulullah s.a.w. apabila menceritakan perihal kaum Nasrani (Kristian) yang dianggap menyembah para ulama' (rahib serta paderi) mereka apabila mereka (kaum Nasrani) masih mentaati perintah 'ulama'' mereka itu walaupun diketahui bahawa hal itu menyelisihi perintah Allah. Apa yang Allah haramkan mereka halalkan dikeranakan para rahib mereka itu menghalalkannya, dan apa yang Allah halalkan mereka haramkan juga dikeranakan 'bertaqlid' terhadap para rahib/ rabai (ulama') mereka itu. Untuk lebih jelas, sila rujuk Tafsir Ibn Kathir dalam beliau (Ibn Kathir) menafisrkan firman Allah dalam surah At-Taubah (9) ayat ke- 31:

 اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لا إِلَهَ إِلا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

"Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putra Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan

Telah berkata Al-Hafiz Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat diatas:

Imam Ahmad, At-Tirmidzi dan Ibn Jarir At-Tabari mencatatkan Hadis melalui rantaian beberapa riwayat, daripada `Adi bin Hatim ra , yang menjadi Kristian pada masa Jahiliyah. Apabila panggilan (dakwah) Rasulullah sampai ke kawasan beliau, `Adi melarikan diri ke As-Sham, dan adik perempuannya dan beberapa orangnya telah ditangkap. Rasulullah membebaskan kakak 'Adi dan memberikan kepadanya hadiah . Jadi dia(adik kepada 'Adi) pergi kepada abangnya dan menggalakkan beliau untuk menjadi Muslim dan pergi kepada Rasulullah. `Adi, yang merupakan salah satu daripada ketua-ketua kaumnya (suku Tai ') dan yangmana bapanya, Hatim At-Ta'i, terkenal kerana kemurahan hatinya, pergi ke Madinah (untuk bertemu Rasulullah). Apabila orang ramai mengumumkan ketibaan beliau, `Adi pergi kepada Rasulullah dengan memakai salib perak di lehernya. Rasul Allah membacakan ayat ini (Surah At-Taubah ayat ke-31), seraya 'Adi berkomentar: ""Saya katakan , mereka tidak menyembahnya (Rabbi dan Rabai).''

kemudian Rasulullah s.a.w menjelaskan :
" (Ya yang mereka menyembahnya. Mereka (rabai dan sami) mengharamkan apa yang dibenar (dihalal-kan)kan untuk mereka (Kristian dan Yahudi) dan mereka (Rabai dan Sami) membenarkan(menghalalkan) yang dilarang(diharamkan), lalu mereka (penganut Yahudi dan Nasrani) taat kepada mereka (rahib-rahib mereka itu). Ini adalah bagaimana mereka menyembah mereka.)
Lihat: Tafsir Ibn Kathir, Tafsir surah At-Taubah ayat ke-31)

Dengan itu, tidaklah bermaksud ingin dikatakan bahawasanya para ulama' Islam khususnya yang muktabar itu semisal Imam Mazhab mempunyai sikap yang sama seperti para rahib serta paderi Kristian itu tadi. Namun sepertimana yang diketahui umum dan dinyatakan sendiri oleh para Imam-Imam mazhab tersebut bahawasanya hendaklah dilemparkan/ dibuang pendapat mereka itu andai kata apa yang mereka fatwa/ katakan bersalahan (bercanggah) dengan Nas (Al-Quran dan Al-Hadith). Allah juga memerintahkan supaya sentiasa meneliti setiap pendapat yang dilihat oleh akal kita saling bercaggah antara satu dengan yang lain  dengan cara mengambil pendapat/ kata-kata manakah yang paling baik, iaitu pendapat yang paling menepati atau menghampiri kepada kebenaran sebagaimana firman-Nya:

فَبَشِّرْ عِبَادِي..."

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الألْبَابِ

" ...maka sampaikanlah berita (berita gembira) itu kepada hamba-hamba-Ku,
Yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.
Surah Az-Zumar (39) ayat 17 & 18

Wallahua'lam....


Comments