'Fatwa' Ulama' Muda UMNO (iLMU) konsisten: Hosni-Morsi-Adly

Hampir sahaja Mesir menjadi negara yang pemerintahnya kafir atau non-Muslim dimana kabinet sementara-nya diketuai seorang yang beragama Kristian iaitu Adly Mansour. Sekarang ini, kita harus mempersalahkan golongan yang menghalal-kan demonstrasi, kerana disebabkan merekalah, ramainya manusia terpedaya dengan seruan ala-Khawarij itu, tidak kira samaada dari pihak penentang Mohamed Morsi mahupun penyokongnya dimana dahulunya, golongan penyokong Morsi ini jugalah yang menghalalkan kejatuhan Hosni Mubarak yang masih seorang Muslim. Semoga Allah memberi hidayah petunjuk kepada mereka untuk mengerti hadith-hadith Nabi yang menyuruh umatnya bersabar dengan kezaliman dan juga sikap mementingkan diri sendiri bagi penguasa (pemerintah).

Dar Ibn Mas'uud r.a., dia berkata: Nabi saw. bersabda:

سَتَكونُ أُثَرَةٌ وَأُمُورٌ تُنْكِرُونَهَا قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ فَمَا تَأْمُرُنَا قَالَ: تُؤَدُّونَ الْحَقَّ الَّذِي عَلَيْكمْ وَتَسْأَلُونَ اللهَ الَّذِي لَكمْ

Akan terjadi monopoli dan sikap mengutamakan diri sendiri (pada diri penguasa kamu kelak), dan hal-hal yang kamu ingkari. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah yang engkau pesankan kepada kami jika terjadi semua itu? Bersabda Nabi saw.: Tunaikanlah kewajibanmu, dan kamu tuntut kepada Allah hakmu. (H.R. Bukhari dan Muslim). Lihat: Lulu Wal Marjan, no. 1209.

*Yakni bermaksud kewajiban menunaikan ketaatan, sedangkan hakmu jika mereka (penguasa) tidak tepati maka tuntutlah kepada Allah, yakni biar Allah yang membalasi mereka.

'Fatwa' Ulama' Muda UMNO (iLMU) konsisten; bermula dari era usaha penggulingan Hosni Mubarak dilakukan hinggalah sekarang dimana golongan yang dahulunya itu mahu menaikkan Mohamed Morsi sebagai pemerintah (presiden) Mesir dengan cara menggulingkan Hosni Mubarak yang insyaAllah masih Islam serta mendirikan solat dihukumkan sebagai melakukan sesuatu perbuatan yang HARAM iaitu memberontak terhadap penguasa yang masih lagi tidak memaparkan kekufuran yang jelas disamping dia masih mendirikan solat.

Sejak dari dahulu, pihak iLMU men'fatwa'kan haramnya berdemonstrasi menggulingan Hosni dan menaikkan Morsi untuk memegang takhta. Namun setelah apa yang berlaku selepas beberapa bulan sesudah penabalan Morsi sebagai presiden Mesir dan kemuncaknya dapat dilihat pada hari ini (30 Jun 2013) dimana rakyat Mesir yang dahulunya beria-ia mahukan Morsi ditabal menjadi pemerintah mereka menggantikan Hosni akhirnya keluar menentang pemerintah yang disanjunginya itu , iaitu dengan cara berdemonstrasi menggulingkan Mohamed Morsi sebagai presiden bagi negara Mesir.

Apa yang menarik, pendirian Ulama' Muda UMNO (iLMU) tetap konsisten, iaitu jika dahulunya mereka mengaharamkan Hosni digulingkan bagi memberi laluan kepada Morsi, ianya tetap juga diharamkan buat para pendemonstrasi yang cuba menggulingkan Morsi. Inilah keadilan Islam yang cuba dibawakan oleh mereka, dimana hal yang mendasari perbuatan mereka ini turut dinyatakan oleh Ulama' muktabar terdahulu seperti Imam As-Syaatibi didalam kitabnya Al-Muwafaqat yang menyatakan perihal keesahan takhta yang dipegang oleh pemerintah yang menaiki takhta dengan cara yang tidak Islami atau dengan cara yang zalim (tidak mengikuti lunas-lunas Syara'). Buktinya jelas sebagaimana apa yang telah terhadai dizaman para sahabat dimana mereka diperintah oleh seorang pemerintah (amir/gabenor) Muslim yang sangat zalim hinggakan sanggup membunuh sebahagian dari para sahabat Nabi s.a.w seperti Abdullah ibn Zubair iaitu anak kepada Zubair Al-Awwam merangkap anak saudara Aisyah r.ha dan Rasulullah s.a.w. sendiri, iaitu seorang pemerintah yang bernama Al-Hajjaj Ibn Yusuf Ats-Saqafi setelah disuruh oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan bin Al-Hakam.

Ya, pada hari ini, mereka (pihak iLMU) juga berfatwa sedemikian rupa, fatwa yang sama dikenakan keatas para pendemonstrasi penggulingan Hosni. Mereka tidak sedikit pun bersikap berat sebelah dalam berfatwa walau sungguhpun mereka dan juga penulis sendiri (Abu Afham Muhammad Zulsyamini) yang gemar melazimi majlis-majlis yang dikendalikan oleh pihak iLMU samaada secara maya mahupun secara berhadapan bertentang mata selalu memperingatkan kepada orang disekeliling kami akan bahaya ideologi (pemikiran) Ikhwanul Muslimin (baca: Ikhwanul MUFLISin) dimana Mohamed Morsi merupakan salah seorang daripadsa penggerak utama gerakan Hizb (partai) Ikhwanul Muslimin ini.

Jika benar mengenai berita akan berlakunya protest (demonstrasi) besar-besaran yang mahu dilakukan oleh rakyat Mesir bagi menumbangkan Mohamed Morsi, maka jika ada dalam kalangan puak-puak Ikhwanul Muslimin di Malaysia ini secara khususnya mahu menyalakan individu-individu tertentu, maka dipersilakanlah kalian menyalahkan Al-Qaradhawi (Dr. Yusuf Al-Qaradhawi) sendiri sungguhpun beliau sendiri menerajui parti Ikhwan sebagaimana Mohamed Morsi disebabkan oleh tindakannya pada satu ketika dahulu sehinggalah kehari ini yang menfatwakan harus malah wajibnya berdemonstrasi membantah atau mahu menumbangkan pemimpin dari kalangan Muslimin yang dilihat zalim selagimana pemimpin itu masih Islam serta mendirikan solat.

Ingin juga penulis memberitahu bahawa penulis amat tertarik dengan segelintir dari penyokong pembangkang yang mengkritik keras/ meluahkan ketidak puasan hati hingga ke tahap memaki hamun, melaknat dan sebagainya terhadap pendirian kerajaan Malaysia berhubung isu Syria yang dilihat seakan-akan menyebelahi pemerintah Syria dengan memberikan komentar seperti "Syiah dan Sunni bukan saudara lah bodoh" dan sebagainya.

Walaupun penulis dilihat cenderung kepada kerajaan Malaysia yang diterajui parti Barisan Nasional (BN) sekarang (cenderung tidak bermaksud menyokong secara membuta tuli), namun tidak hanya atas dasar isu kemanusiaan di Syria ini sahaja yang membuatkan saya amat membenci Syiah. Bahkan sebelum bermulanya krisis Syria itu, saya telah sedia memperingatkan kepada sahabat handai akan kesesatan serta kekufuran aqidah Syiah.

Namun apa yang ingin penulis tekankan di sini tidaklah seberapa, cuma hanya  ingin mencabar puak pembangkang yang menyatakan kerajaan Malaysia sebagai "bodoh" secara semberono atas alasan 'menyokong' kerajaan Syria sekaligus dilihat seakan menyokong Syiah agar turut sama melemparkan tohmahan "bodoh"  itu kepada Tuan Guru yang berada didalam pakatan pembangkang sendiri, iaitu TG Haji Abdul Hadi bin Awang berdasarkan artikel tulisannya yang menaggambarkan seolah-olah Sunni dan Syiah perlu bersatu sungguhpun beliau sendiri (Hadahullah) tahu serta mengakui bahawa aqidah Syiah mengkafirkan para sahabat Nabi serta melaknati para isteri Rasulullah s.a.w.

Bukti sebagai rujukan (artikel tulisan TGHA) dapat dilihat dia alamat: http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/presiden/8313-syria-di-persimpangan-jalan

Wallahua'lam.

Comments