Hijrahlah wahai penduduk Syria dan Palestin

Para sahabat Nabi s.a.w. dan baginda s.aw. sendiri pernah ditindas dan diseksa dengan seksaan yang amat dasyat sehingga terdapat dalam kalangan mereka yang dibunuh sewaktu awal kemunculan Islam semisal keluarga Yasir. Dalam keadaan umat Islam yang agak lemah itu dimana Islam pada awalnya hanya diikuti oleh golongan bawahan iaitu hamba dan faqir miskin, tiada suruhan Allah supaya umat Islam melakukan demonstrasi penentangan terhadap golongan bangsawan Quraisy yang diterajui oleh puak Mushrikin (penyembah berhala). Jangankan demonstrasi, juga pada ketika itu, suruhan/ ayat jihad masih lagi belum diturunkan oleh Allah 'azzawajal.

Mengapakah hal ini berlaku? mengapakah tidak sahaja Allah menyuruh supaya umat Islam di Mekah pada ketika itu berjihad menentang kezaliman yang dikenakan keatas mereka oleh Mushrikin Quraisy? Semuanya tidak lain kerana jika Allah/ Rasulullah memerintahkan hal yang sedemikian, maka tentulah mereka (umat Islam) tidak akan dapat mengalahkan kaum Mushrik itu kerana dalam keadaan mereka yang lemah dalam segala aspek seperti bilangan ketenteraan mahupun persenjataan (pedang, perisai, tombak, busur, anak panah dan sebagainya).

Maka oleh sebab itulah, Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w. supaya berhijrah keluar dari Mekah ke Madinah untuk mengumpulkan kekuatan disamping bagi mengatur strategi. Bermula dari situ lah, kekuatan umat Islam dilihat agak stabil dari segi kekuatannya dimana kaum Muhajirin (para penduduk Mekah yang berhijrah) bergabung serta bersatu qudrat dan tenaga dengan kaum Ansar (penduduk asal Madinah).

Hasilnya dapat dilihat jelas, dimana sungguhpun terpaksa menggadaikan tanah air dan juga Tanah Suci pada mulanya, akhirnya umat Islam yang terdiri daripada para sahabat r.hum ajma'een pada ketika itu berjaya 'menawan' semula Mekah dalam peristiwa Fathul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) daripada 'genggaman' kaum Mushrikin Quraisy.

Perkara sama turut berlaku ketikamana pada zaman Nabi Musa A.S. dan kaum Bani Israel menghadapi kezaliman Fir'aun yang menindas mereka selaku bangsa Israel. Mereka akhirnya diperintahkan Allah supaya berhijrah dari Mesir menuju ke Baitul Maqdis sebagai usaha untuk melepaskan diri daripada kezaliman serta penindasan Fir'aun. Firman Allah:

وَلَقَدْ أَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِي فَاضْرِبْ لَهُمْ طَرِيقًا فِي الْبَحْرِ يَبَسًا لا تَخَافُ دَرَكًا وَلا تَخْشَى
"Dan sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa: "Pergilah kamu dengan hamba-hamba-Ku (Bani Israel) di malam hari, maka buatlah untuk mereka jalan yang kering di laut itu, kamu tak usah khawatir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam)".

[Surah Thaahaa (20) ayat 77].


Biarpun kekufuran yang jelas telah dizahirkan oleh Basyar Asad, kita sebagai umat Islam tidak boleh terburu-buru dalam mengangkat senjata memerangi tentera Syria. Hal ini disebabkan, sebagaimana maklum, kondisi ketenteraan umat Islam Ahli Sunnah (Sunni) masih dalam keadaan lemah biarpun mejoriti dari penduduk dunia mengaku berfahaman Sunni (walaupun kebanyakkannya hanya mengaku di lisan namun amalan dan kefahamannya jelas bercanggah dengan manhaj Ahli Sunnah wal Jmaah).

Hal ini dimaklumi, apabila tentera Mujahidin Syria berjaya membunuh/ menangkap tentera-tentera Basyar Asad, mereka (para tentera Basyar) akan bertindak balas dengan cara membunuh kembali rakyat jelata yang dilihatnya memberikan ancaman kepadanya khususnya yang menganut fahaman Sunni. Tidak sekadar Mujahidin yang dicari, malah ahli keluarga, sahabat handai serta sanak saudara si Mujahidin tersebut tetap akan dicari bagi 'membalas dendam'. Hal yang sama sudah berlau sepertimana yang dilihat di Ghazzah/ dalam isu Palestin. Tidakkah tindakan para Mujahidin terbabit bakal menyebabkan kerosakan/ mudharat yang lebih besar melanda para rakyat?

Wallah. Tidaklah disini penulis berhasrat menyokong Basyar, apatah lagi ditambah dengan perasaan benci penulis yang amat mendalam terhadap Syiah. Namun disebabkan mudharat yang lebih besar bakal menimpa kaum Muslimin dikeranakan tiadanya persediaan perang yang mantap,jadi disini, penulis ingin menegaskan sebagaimana yang diperkatakan oleh Syaikhuna Idris Sulaiman yang menyandarkan fatwa daripada Syaikh Soleh bin Fawzan Al-Fawzan berkenaan apa yang harus dilakukan oleh rakyat Syria, mereka berdua berkeyakinan bahawa perjuangan rakyat Syria  menentang kekejaman Basyar Al-Asad harus DITUNDA terlebih dahulu bagi memberi laluan kepada umat Islam Sunni (Sunnah) khususnya Rakyat Suriah mengumpulkan kekuatan dari segi kekuatan ketenteraannya mahupun kelengkapan persenjataan dan tidak ketinggalan juga kekuatan dari segi pemantapan dari sudut rohani-nya iaitu aqidah yang Shahihah.

Namun sebagaimana yang diperkatakan oleh Syaikhuna Ustaz Idris Sulaiman yang juga menaqalkan fatwa dari Syaikh Fawzan Al-Fawzan, semua umat Islam diseru agar mendoakan para Mujahidin Suriah yang terdiri daripada saudara-saudara Sunni agar segera mencapai kemenangan suatu hari nanti InsyaAllah.

Sepertimana yang diberitahu di atas, bahawa harusnya seorang Muslim bertindak dengan cara mentaati pemerintah yang sangat zalim apabila dikhuatiri dengan ketidak-taatan kita terhadapnya bakal menimbulkan musibah serta fitnah yang lebih besar timbul seperti dibunuh, Perkara ini diakui sendiri sendiri oleh mantan Mufti Kerajaan Perlis, Dr. Mohd. Asri bin Zainal Abidin (Dr.MAZA) iaitu pada ketikamana beliau mengkritik keras golongan yang dikatakan sebagai "Al-Madkhaliyun" dengan maksud ditujukan terhadap para Ustaz (Asatizah) yang berada didalam iLMU (Sekretariat Ilmuan Malaysia) atau lebih dikenali sebagai Ulama' Muda UMNO. Apa yang dipersetujui oleh beliau (Dr. MAZA) adalah ketikamana mengkritik Ulama' Muda UMNO yang dikatakan membaca hadith-hadith Nabawi diluar dari konteks permasalahan yang timbul iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Hudzaifah Ibn Yaman r.huma mengenai wajibnya mentaati pemerintah Muslim meskipun pemerintah itu merampas harta rakyat serta memukul belakang (punggung) rakyatnya, maka Dr. MAZA mengatakan bahawasanya konteks hadith itu bermasud tidak dibolehkan membangkang terhadap pemerintah yang jika dibangkang akannya, maka akan mengakibatkan si pembangkang menerima mudharat yang lebih besar seperti disiksa malah dibunuh.

Sungguhpun diyakini kekufuran yang jelas telahpun dilakukan oleh pemimpin Syiria sekarang, Basyar Asad yang membolehkan dia (Basyar) diperangi, namun memandangkan keadaan umat Islam sekarang yang masih dalam keadaan lemah dari segala sudut kekuatan ketenteraan, adakah dibolehkan bagi para Mujahideen Syria mengadakan penentangan secara gerila terhadap pasukan ketenteraan Basyar Asad. Sepertimana yang diketahui, apabila terdapat penyokong Basyar yang disiksa/ ditangkap atau dibunuh oleh pasukan Mujahideen, maka pasukan ketenteraan Basyar akan bertindak balas dengan membunuh seramai mungkin sanak saudara serta sahabat handai para Mujahideen.

Berdasarkan situasi diatas yang dilihat seakan sama seperti halnya apabila tentera dari kalangan Yahudi-Zionis dibunuh oleh umat Islam, maka adakah wajar umat Islam yang masih lemah dari segala segi melakukan penentangan terhadap kepimpinan Basyar yang kelak akan menyebabkan mudharat yang lebih besar menimpa bukan sahaja keatas mereka, malah keatas sahabat handai serta saudara-mara mereka? Adakah hal ini berbaloi? Sedangkan Allah menyuruh agar umat Islam agar menyiapkan segala persediaan dan kekuatan bagi menghadapi dan menggetarkan musuh sepertimana firman Allah dalam Surah Al-Anfaal ayat ke- 60:

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآَخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
“Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya: sedang Allah mengetahuinya, apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)”.

Jihad itu bukan sekadar semangat. Sibuk menyuruh orang di Syria/ Palestin berjihad biarpun mereka yang melaung-laungkan slogan "Jihad" itu tahu bahawasanya rakyat di negara-negara yang umat Islamnya ditindas dengan agak teruk malah dibunuh itu sebagaimana Syria dan juga Palestin tidak mempunyai senjata/ kelengkapan perang serta kekuatan yang mencukupi bagi melawan/ memerangi puak-puak zalim taghut itu. Mereka bolehlah laungkan slogan "jihad! jihad!" sedangkan di Malaysia pada ketika ini, mereka sedang sibuk berjoget, bersorak, sambil minum jus oren di kedai kopi/ mamak. Tapi bila diri mereka sendiri, iaitu orang yang sibuk melaungkan slogan "jihad! jihad!" itu diajak untuk turut sama berjihad di negara-negara seperti itu, maka tidak hairanlah mereka tidak berani menyahutnya kerana takutkan mati memandangkan tidak adanya kelengkapan serta persediaan yang rapi.

Soalnya, mengapa umat Islam pada zaman ini amat sukar untuk mengambil 'Ibrah' (pengajaran) daripada peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w. ini untuk dikait serta digunapakai dengan situasi yang berlaku di Palestin/ Ghazzah, Syria mahupun negara-negara semisalnya? Sedangkan rata-rata umat Islam di Malaysia ini secara khususnya pada setiap tahun menyambut 'Maal Hijrah' dimana sambutan semisal itu pun dipertikaikan kebolehan menyambutnya dari sudut fakta tarikh yang tepat mahupun kebolehan menyambut satu perayaan ('ied) selain dua (2) hari raya umat Islam.

Adapaun dalam peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. telah Allah rakamkan didalam Al-Quran iaitu:

 {72}إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَئِكَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يُهَاجِرُوا مَا لَكُمْ مِنْ وَلايَتِهِمْ مِنْ شَيْءٍ حَتَّى يُهَاجِرُوا وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ إِلا عَلَى قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

 {73}وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ إِلا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ 

 {74}وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

{72} Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikit pun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

{73} Adapun orang-orang yang kafir, sebagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain. Jika kamu (hai para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, niscaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerusakan yang besar.

{74} Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia.

Surah Al-Anfaal (8) ayat ke- 72 hingga 74

Begitu juga dengan ayat Al-Quran yang berbunyi:

إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ قَالُوا كُنَّا(97) مُسْتَضْعَفِينَ فِي الأرْضِ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا فَأُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءَتْ مَصِيرًا

إِلا الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ لا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلا(98) يَهْتَدُونَ سَبِيلا

(97) Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya: "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?". Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri (Mekah)". Para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?". Orang-orang itu tempatnya neraka Jahanam, dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali.

(98) Kecuali mereka yang tertindas baik laki-laki atau wanita atau pun anak-anak yang tidak mampu berdaya upaya dan tidak mengetahui jalan (untuk hijrah),
Surah An-Nisa’ (4) ayat ke- 97 dan 98

Berdasarkan perkataan Allah dalam ayat 97 surah An-Nisa' diatas melalui apa yang diperkataakan oleh Al-Hafiz Imam Ibn Kathir r.h, mereka adalah orang-orang Munafiq yang tidak mahu berhijrah namun sebaliknya bergabung dengan pasukan kaum Mushrikin Quraisy dalam peperangan memerangi tentera Islam.


Akhir kalam, sukanya penulis disini untuk berkongsikan satu hadith Nabi yang berbunyi:

 Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata;

بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَرِيَّةً إِلَى خَثْعَمٍ فَاعْتَصَمَ نَاسٌ مِنْهُمْ بِالسُّجُودِ فَأَسْرَعَ فِيهِمْ الْقَتْلَ قَالَ فَبَلَغَ ذَلِكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَرَ لَهُمْ بِنِصْفِ الْعَقْلِ وَقَالَ أَنَا بَرِيءٌ مِنْ كُلِّ مُسْلِمٍ يُقِيمُ بَيْنَ أَظْهُرِ الْمُشْرِكِينَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ قَالَ لَا تَرَاءَى نَارَاهُمَا
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah mengirim kami dalam sebuah pasukan ketenteraan menuju Khats'am, kemudian orang-orang diantara mereka berlindung dengan bersujud, kemudian lantas terjadi pembunuhan diantara mereka. Lalu hal tersebut sampai kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, dan beliau memerintahkan agar mereka diberi setengah diyah. Dan beliau berkata: "Aku berlepas diri dari setiap muslim yang bermukim di antara orang-orang musyrik." Mereka bertanya; kenapa wahai Rasulullah? Beliau berkata: kedua api peperangan mereka saling melihat.
H.R. Abu Dawud (no. 2274), Tirmidz (no. 1530). Dan ini adalah lafaz Abu Dawud. Sementara Ibn Hajar Al-Asqalani menyatakan didialam kitabnya Bulughul Maram min Adilatil Ahkam bahawa hadith ini dinyatakan oleh Al-Imam Bukhari sebagai 'Mursal'.

Wallahua'lam...




Comments