Untuk merekrut lebih ramai ahli, segelintir daripada ahli Jemaah PAS khususnya yang bertopengkan disebalik nama 'Jemaah Dakwah' di kampus-kampus universiti/kolej seluruh negara menggunakan hadith yang lebih dikenali sebagai hadith Hudzaifah Ibn Yaman r.huma dan juga hadith mengenai kematian Jahiliyah bagi mereka yang memisahkan diri dari jamaah untuk mengatakan bahawasanya seseorang itu perlu melibatkan diri kedalam jemaah mereka, tidak kira samaada jemaah PAS/ Ikhwanul Muslimin mahupun jemaah lainnya seperti Jamaatut Tabligh, IKRAM, ISMA, Hizbu Tahrir dan yang seumpama dengannya.
Berdalilkan hadith Hudzaifah, mereka seolah-olah menyeru manusia khususnya yang terdiri dari orang awam yang serba serbi kekurangan pengetahuan agamanya agar masuk ke dalam Jemaah mereka. Secara ringkasnya, hadith Hudzaifah Ibn Yaman menceritakan kepada kita sebagai umat Muhammad s.a.w. mengenai apa yang harus dilakukan sebagai umat akhir zaman yang penuh dilanda dengan berbagai fitnah kerosakan dimana Rasulullah s.a.w. menyuruh kita agar melazimi apa yang dikatakan sebagai ‘Al Jamaah’ disaat munculnya individu-individu yang secara zahirnya menampakkan keimanan namun hakikatnya mereka sebenarnya mengajak manusia ke pintu neraka Jahannam apabila mereka memberikan pedoman/ petunjuk kepada orang ramai dengan petunjuk yang bukan datangnya daripada Rasulullah s.a.w.
Tidak cukup dengan itu, apabila seseorang yang telahpun menjadi ahli iaitu sebahagian daripada Jemaah usrah mereka, individu terbabit kebiasaannya diikat dengan segala bentuk perjanjian setia bagi memberikan ketaatan terhadap pimpinan tertinggi sesuatu ‘jemaah’ itu iaitu dengan cara berbai’ah. Lalu mereka ditakutkan dengan cara dibacakan kepada mereka pula hadith mengenai ancaman mati dalam keadaan jahiliyah bagi seseorang yang melepaskan diri dari apa yang dikatakan sebagai ‘jemaah’.
Hal ini tidak sahaja terjadi di kampus tempat penulis pernah belajar, sebaliknya melalui pengamatan dan analisa penulis, perkara semacam ini turut terjadi di kampus-kampus lain malah hinggalah ke kampus di luar negara seperti di Mesir, Jordan mahupun India sepertimana yang diberitahukan kepada penulis oleh beberapa orang sahabat penulis yang merupakan pelajar di kampus yang terletak luar dari negara Malaysia yang juga menceritakan perihal yang sama.
Memandangkan Jemaah-Jemaah sebegini pada kebiasaannya menyokong dengan sepenuh hati ideologi-ideologi parti politik tertentu yang pada kebiasaannya merupakan penyokong parti pembangkang, kegiatan mereka amat terbatas, dimana pemantauan oleh pihak kampus/ university sentiasa dilakukan. Istilah ‘Sir Wa Hazar’ yang bermaksud “diam dan berhati-hati” menjadi pegangan serta pedoman mereka dimana atas slogan yang mereka pegang inilah, mereka pada kebiasaannya mengambil inisiatif dengan cara menipu orang di sekeliling mereka bagi memastikan pergerakan mereka khususnya bagi aktiviti tamrin-tamrin (latihan kerohanian) yang diadakan mahupun aktiviti mesyuarat sekalipun sentiasa terjaga dari pengetahuan umum.
Usul pertama yang ingin penulis kemukakan adalah berkaitan dengan perkataan ‘Jamaah’ itu sendiri yang mereka selewengkan. Sebenarnya, jika kita membaca secara penuh hadith Hudzaifah ini, maka secara sendirinya akan jelas kepada kita maksud sebenar Nabi s.a.w. mengenai bagaimana yang baginda perintahkan untuk melazimi ‘Jamaah’.
Didalam lafaz hadith Hudzaifah, Hudzaifah Ibn Yaman mengatakan:
فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ
“…Lantas apa yang engkau perintahkan kepada kami ketika kami menemui hari-hari seperti itu (iaitu hari dimana munculnya penyeru ke pintu neraka Jahannam)? Nabi s.a.w. menjawab; Hendaklah kamu selalu bersama/melazimi jamaah kaum Muslimin dan imam (pemerintah) mereka. (H.R.Bukhari no. 6557) & Muslim (no.3434)
Hadith lain yang mendasari hal ini berbunyi:
Dari Ibnu Abbas radliallahu 'anhuma, bahawa Nabi Shallallahu'alaihiwasallam bersabda;
مَنْ رَأَى مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَصْبِرْ عَلَيْهِ فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ شِبْرًا فَمَاتَ إِلَّا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً
"Sesiapapun yang melihat sesuatu dari amir (pemimpin)-nya yang tidak disukainya, hendaklah ia bersabar terhadapnya, sebab barangsiapa yang memisahkan diri sejengkal dari Jama'ah kemudian mati, tidaklah kematiannya kecuali dia mati dalam kematian Jahiliyah."
H.R. Bukhari (no. 6531), Muslim (no.3438), Ahmad (no. 2357)
Justeru makna perkataan ‘Jamaah’ yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah kumpulan (jemaah) orang Islam yang bersatu di bawah seorang pemimpin. Natijahnya, umat Islam disuruh supaya bersatu dalam mentaati seorang pemimpin serta larangan daripada menentang pemimpin mereka.
Makna ‘Jamaah’ juga membawa maksud Syariat Islam itu sendiri, iaitu himpunan apa yang disepakati oleh Nabi s.a.w dan para sahabatnya mengenai syariat Islam (pegangan Nabi S.A.W dan para sahabatnya) berdasarkan hadith mengenai Iftiraq Al-Ummah (perpecahan ummah) dimana diantara 73 golongan pecahan umat Islam, hanya satu golongan yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. bakal terselamat dan selainnya akan masuk kedalam neraka (dalam kesesatan),iaitulah golongan yang dinamakan sebagai Al-Jamaah.
Ketikamana menafsirkan perkataan Al-Jamaah sejurus ditanya oleh para sahabat siapakah Al-Jmaah itu, maka Nabi s.a.w. menjawab: “(golongan) apa yang aku dan para sahabatku berada diatasnya.” Syariat Islam tidak akan dapat dicapai sepenuhnya tanpa kumpulan (jemaah) keseluruhan umat Islam yang bersatu di bawah seorang pemimpin disebabkan kemuliaan, keagungan serta kekuatan Islam tidak akan dapat dizahirkan melainkan dengan cara umat Islam bersatu di bawah seorang pemimpin sungguhpun pemimpin Muslim itu ternyata seorang yang fasiq lagi zalim. Hal ini sepertimana pernyataan Rasulullah s.a.w. sendiri yang menyamatarakan konsep memisahkan diri dari agama (murtad) dan juga orang yang memisahkan diri daripada ‘Jamaah’ dimana sebuah hadith menceritakan:
Dari Abdullah bin Mas'ud RA, dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda:
لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ الثَّيِّبُ الزَّانِي وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالتَّارِكُ لِدِينِهِ الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ
“Tidaklah halal darah seorang muslim yang telah bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan aku adalah utusan Allah, kecuali satu di antara tiga orang berikut ini: Pertama, seorang janda yang berzina. Kedua, seseorang yang membunuh orang lain. Ketiga, orang yang meninggalkan agama dan memisahkan diri dari Jamaah.”
H.R.Muslim (no.1027), Kitab Qisas dan Diyat.
Maka jelaslah kepada kita mengenai apa yang Rasulullah s.a.w. maksudkan dengan hadith diatas, dimana ‘Jamaah’ atau ‘Jemaah’ yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah Jamaah Kaum Muslimin berserta pemimpin atau Imam (pemerintah)-nya. Tidak kira samaada seorang pemimpin itu dikategorikan sebagai fasiq, zalim mahupun Soleh, maka ianya termasuk kedalam kategori ‘Jemaah’ yang dimaksudkan dalam hadith-hadith diatas.
Berdasarkan hadith Hudzaifah Ibn Yaman diatas, dapat juga disimpulkan bahawasanya Al-Jamaah itu tidak semestinya memerlukan keramaian umat Islam yang bernaung dibawahnya. Hal ini sepertimana yang diperkatakan oleh Imam Al-Lalakaai didalam kitabnya Al-I'tiqod Ahlul Sunnah yang meriwayatkan kata-kata daripada Ibn Mas'ud (Abdullah bin Mas'ud r.a), seorang sahabat Nabi yang bertaraf ulama’ yang berbunyi : "Al Jamaah adalah apa yang menepati kebenaran walaupun (pada masa itu) engkau seorang (diri)."
Secara asasnya, penulis berpandangan bahawasanya ketaatan terhadap pemerintah itu boleh diibaratkan seperti halnya kita melakukan solat secara berjemaah. Jika yang menjadi Imam itu merupakan seorang Fasiq mahupun seorang Ahli Bid'ah, maka kita tetap berkewajipan untuk solat di belakangnya sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang menceritakan perihal ke-esah-annya solat di belakang Imam yang terbukti seorang Fasiq dimana perbuatan serta perkataan itu disandarkan kepada khalifah ketiga umat Islam iaitu Uthman Al-Affan r.a.
Begitu juga halnya dengan pemerintah zalim ataupun fasiq dimana batas keIslamannya masih belum dilanggari dengan tidak menunaikan solat ataupun melakukan kekufuran yang jelas. Pemerintahannya (keimamannya) masih sah sebagai pemerintah Muslim yang mengurus tadbir urusan kaum Muslimin sebagaimana patuh dan taatnya para sahabat semisal Ibn Umar kepada Hajjaj Ibn Yusuf Ats-Saqafi iaitu seorang penguasa yang sangat zalim hinnga membunuh sebahagian dari sahabat Nabi s.a.w. yang lainnya.
Fiqh solat secara berjemaah juga mengajar kita agar sekumpulan orang tidak mengadakan jemaah solat yang lain dalam masjid yang sama dimasa adanya satu saff solat yang sedang didirikan oleh seorang Imam. Dengan kata lain, satu masjid hanya boleh dipimpin oleh seorang Imam dalam satu-satu masa sesuatu jenis solat itu didirikan. Contoh mudah adalah sebagaimana dahulunya di negara Malaysia pernah terjadi isu hangat dimana solat Jumaat dipimpin oleh dua Imam yang memiliki ideologi politik yang berbeza. Maka sebagaimana tidak dibolehkan adanya lebih daripada satu Imam yang meimpin sesuatu jenis solat di sebuah masjid dalam masa yang sama, maka begitu jugalah perumpamaan terhadap ketaatan kepada Imam (pemerintah) meskipun pemerintah Muslim itu zalim dimana seseorang tidak dibolehkan untuk memisahkan diri saripada Jamaah Kaum Muslimin lalu bertukar dan berhasrat untuk memberikan bai'ah ketaatan terhadap jemaah yang baru didirikan itu sebagaimana Jemaah yang sentiasa mengajak ahlinya supaya berbai'ah terhadap pimpinan tertinggi jemaah itu lalu meninggalkan ketaatan terhadap jemaah besar yang merupakan nadi Islam itu sendiri.
Sebagaimana telah diperkatakan di awalnya, jemaah tertentu sebagai contoh Jemaah PAS menyuruh pengikutnya agar berbai'ah terhadap pimpinan tertinggi parti lalu meninggalkan bahkan melarang ahlinya dari memberi bai'ah ketaatan terhadap pemerintah tertinggi negara yang diakui ke-esah-annya. Hal seperti ini tidak ubah sepertimana pendirian kaum Khawarij dizaman ‘Ali bin Abi Talib r.a. dimana kaum Khawarij pada masa itu menubuhkan ‘Jemaah’ lain apabila tidak bersetuju dengan tindakan ‘Ali r.a. yang dikatakan tidak berhukum dengan hukum Allah. Lalu Jemaah Khawarij itu lantas memerangi Jemaah Kaum Muslimin yang dipimpin oleh ‘Ali bin Abi Talib pada masa itu selaku Amirul Mukminin (Khalifah) pada masa itu.
Bagi menghalalkan demonstrasi atau memberontak kepada penguasa, segelintir individu yang diangkat sebagai 'Ulama' meng-Qias-kan demonstrasi itu sama halnya sepertimanasolat yang didirikan secara berjemaah, dimana tokoh terbabit menyatakan bahawasanya solat berjemaah itu juga adalah satu bentuk demonstrasi kepada Allah.
Selain kaedah qias yang jelas batil, dimana demonstrasi adalah satu bentuk tunjuk perasaan untuk menderhaka (terhadap pemerintah) sedangkan solat adalah bentuk penyembahan yang berupa ketaatan terhadap Allah, ia juga tetap bercanggah dengan suruhan Nabi yang menyatakan bahawasanya sebaik-balik saf solat adalah yang paling hadapan bagi kaum lelaki dan yang paling belakang bagi kaum perempuan.Sedangkan Rasulullah s.a.w. menyatakan lagi bahawasanya seburuk-buruk saf solat adalah yang paling terkebelakang bagi lelaki dan yang paling hadapan bagi wanita; menunjukkan bahawasanya bertapa Islam amat menekankan soal pergaulan/ percampuran diantara lelaki dan perempuan.
Keadaan ini lain halnya dimana pada setiap demonstrasi yang diadakan, pasti lelakinya akan bercampur baur dengan yang perempuan. Inilah fatwa ulama' akhir zaman. Menggunakan qias yang jelas batil dan menyalahi Syara'. Namun bertapa ramai manusia yang akur dengan fatwa batil ini. Tidak hairanlah ianya sebegitu kerana sesungguhnya kelak pengikut Dajjal juga sangat ramai, khususnya kaum wanita. Wallahua'lam.
Ditulis Oleh:
Abu Afham Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri
Pelajar tahun pertama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
================================================================
Berikut penulis (Abu Afham) membawakan fatwa seorang ulama’ terkemuka, iaitu As-Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz –rahimahullah-, mantan mufti bagi Kerajaan Arab Saudi (KSA) yang telahpun wafat (semoga Allah sentiasa merahmatinya) dimana fatwa berkenaan telahpun diterjemah atau dinaqalkan oleh seorang ilmuan Malaysia, Ustaz Muhammad Asrie bin Sobri, graduan Universiti Islam Madinah, Madinah Al-Munawwarah, KSA (Kingdom of Saudi Arabia) dimana satu pertanyaan dikemukakan kepada As-Syaikh yang berbunyi:
SOALAN: Sebahagian kumpulan moden mengikat bai’at kepada pemimpin-pemimpin mereka yang mereka pilih untuk diri mereka dan mereka berkeyakinan wajibnya dengar dan taat kepada mereka (pemimpin-pemimpin jamaat) sedangkan mereka ini berada di bawah kekuasaan pemimpin-pemimpin yang sah yang dibai’at oleh umum kaum Muslimin.
Adakah perbuatan ini harus? Yakni adakah boleh di atas tengkuk seseorang itu mempunyai lebih daripada satu bai’at dan sejauh manakah kesahihan bai’at ini?
JAWAB SYAIKH:
Bai’at ini adalah BATIL dan TIDAK BOLEH melakukannya; kerana ia akan membawa kepada perpecahan kesatuan, fitnah (kekecohan) yang banyak, dan pemberontakan ke atas pemerintah secara tidak syar’ie. Telah sahih bahawa Nabi s.a.w bersabda:
أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد ، فإنه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا ، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين من بعدي ، تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ ، وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة ، وكل بدعة ضلالة
Maksudnya: “Aku berpesan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah serta dengar dan taat walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba, kerana sesungguhnya barangsiapa yang hidup antara kamu dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kamu berpegang dengan sunnah ku dan sunnah para Khalifah al-Rasyidin selepasku, berpegang teguhlah dengannya dan gigit dengan geraham kamu serta hati-hati olehmu akan perkara baharu kerana setipa perkara yang diadakan (-dalam agama-pent-) itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat”. [H.R. Tirmizi, Abu Dawud, Ibn Majah, dan Ahmad].
Serta sahih juga bahawasanya baginda s.a.w. bersabda:
على المرء السمع والطاعة فيما أحب وكره ، ما لم يؤمر بمعصية الله ، فإن أمر بمعصية الله فلا سمع ولا طاعة
Maksudnya: “wajib atas seorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang dia suka dan benci selama mana dia tidak diperintah melakukan maksiat kepada Allah, jika dia diperintah melakukan maksiat kepada Allah maka tidak wajib dengar dan taat”. [H.R.Muslim, no. 123, Kitab Kepimpinan, Bab: Apabila Diperintahkan untuk Berbuat Maksiat, maka Tidak ada Alasan untuk Menaati dan Mematuhinya.]
Dan baginda s.a.w bersabda:
إنما الطاعة في المعروف
Maksudnya: “Sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam perkara makruf”. [H.R. Bukhari dan Muslim (no. 230)].
Dan baginda s.a.w bersabda:
من رأى من أمره شيئا من معصية الله فليكره ما يأتي من معصية الله ولا ينزعن يدا من طاعة
Maksudnya: “Barangsiapa yang melihat pemerintahnya melakukan sesuatu maksiat kepada Allah maka hendaklah dia membenci apa yang dia lakukan daripada maksiat kepada Allah itu namun jangan pula dia mencabut tangan daripada ketaatan (bai’at)”.[H.R.Muslim, no. ].
Hadis-hadis dalam perkara ini sangat banyak semuanya menunjukkan wajib taat kepada para pemerintah dalam perkara makruf serta tidak boleh memberontak kepada mereka melainkan mereka melakukan kekufuran yang jelas yang ada pada pemberontak bukti daripada Allah.
Tidak diragukan lagi bahawa wujudnya bai’at kepada sebahagian manusia akan membawa kepada perpecahan dan pemberontakan kepada pemerintah maka WAJIB MENINGGALKANNYA, dan HARAM MELAKUKANNYA, kemudian wajib atas mereka yang melihat pemerintahnya melakukan kekufuran yang jelas untuk menasihatinya sehingga dia (pemerintah itu) meninggalkan perbuatan itu, dan tidak boleh memberontak kepadanya jika pemberontakkan itu membawa keburukan yang lebih banyak kerana mungkar tidak dihilangkan dengan perkara yang lebih mungkar, seperti yang dinyatakan oleh para Ulama seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiah dan al’Allamah Ibn al-Qayyim –rahmatullahi ‘alaihima-. Wallahu waliyyut Taufiq.
[Sumber: Majmuk Fatawa Ibn Baz, jil 28, m.s 250-253].
http://www.binbaz.org.sa/mat/4166

Comments
Post a Comment