[Kenapa sebelum Morsi diguling iLMU (Ulama' Muda UMNO) dilihat 'bisu' dalam meng-'Khawarij'-kan usaha penggulingan Morsi sambil menyeru rakyat Mesir agar mentaati Morsi dan mengapa selepas Morsi diguling barulah mereka membasahi bibir-bibir mereka agar mentaati pemerintah yang menggulingkan Morsi itu?]
1) Isu itu bukan isu dalaman Malaysia. Sebaliknya itu isu rakyat Mesir (pada mulanya, iaitu sebelum berlakunya kejadian bunuh-membunuh)
2) Sepertimana maklum sebelum penabalan Morsi lagi, mereka (iLMU) telahpun mengeluarkan fatwa secara umum bahawasanya barangsia ingin menggulingkan pemerintahan Muslim meskipun pemerintah zalim, maka dia termasuk orang yang ada padanya pemikiran Khawarij dan haram bagi rakyat mencabut ketaatan darinya dalam perkara yang makruf. Ertinya, mereka (iLMU) bukan berfatwa mengikut kecenderungan mana-mana pihak, sebaliknya mereka menyerahkan taqdir kepada Allah samada Hosni Mubarak berjaya atau tidak digulingkan oleh kelompok yang menyokong Morsi. Jika Morsi kalah maka rakyat masih berkewajipan untuk taat kepada pemerintah sedia ada dan jika sebaliknya (Morsi berjaya ditabal sebagai pemerintah Mesir), maka seharusnya rakyat memberikan ketaatan kepadanya sebagaimana ketaatan kepada pemimpin sebelumnya).
3) Sebenarnya Morsi jatuh/ digulingkan bukanlah dengan sebab kerahan tentera/ badan berkuasa semata-mata, namun juga dengan sebab yang sama dia menggulingkan Mubarak, iaitu Demokrasi. Adakah kalian masih ingat deklarasi Morsi yang dikatakan tidak bersifat demokratik?
Sebab itulah bagi pihak As-Sisi, mereka pernah menyatakan bahawa Morsi bukanlah presiden bagi rakyat Mesir, sebaliknya dia (Morsi) hanya presiden bagi pengikutnya yang terdiri daripada peyokong Ikhwanul Muslimin sahaja. Disebabkan deklarasi Morsi yang dilihat tidak demokratik itulah, demonstrasi pertama cubaan menggulingkannya dilakukan seawal tahun lepas (2012) lagi.
4) Yang inginkan Morsi diguling bukannya orang lain, namun adalah golongan yang beria-ria mahukan Morsi naik pada mulanya menggantikan Mubarak. Pada pandangan saya (Abu Afham Muhammad Zulsyamini), Mereka (pihak iLMU) ingin agar penyokong Morsi yang dilihat 'memuja' Demokrasi merasai sendiri lalu menyedari akan kebatilan serta keburukan sistem itu dimana pemerintah yang silih berganti apabila digulingkan walau dengan cara Demokrasi ternyata membantutkan usaha memartabatkan Islam di kedudukan tertinggi. Mana tidaknya, dahulu mereka mengulingkan pemimpin yang masih sah mengikut sisi pandang Islam, dan sekarang ini, rasakan pula apabila ada kelompok yang ingin pemerintah mereka digulingkan pula. Pihak yang memberontak kepada Morsi yang dahulunya beria-ria mahukan Morsi naik menggantikan Mubarak inilah yang sekarang ini dinamakan gerakan Tamarud. Dan ternyata sekarang ini, Islam tidak akan kuat apabila pemimpin dan rakyatnya menjunjung tinggi Demokrasi.
5) Jika dilihat isu Mesir pada masa sekarang yang diulas oleh iLMU bukannya tertumpu kepada kewajipan mentaati pemerintah bagi rakyat Mesir semata-mata. Malah lebih dari itu, mereka mengulasnya kerana memikirkan nasib umat Islam yang saban hari diambil nyawanya tanpa hak iaitu dibunuh secara zalim. Maka dengan itu, sebagaimana yang telah difatwakan oleh kibar ulama' di Arab Sa'udi, mereka (iLMU) mengambil inisiatif untuk menyebar luaskan fatwa dari ulama' Sa'udiyyah itu, iaitu seruan agar rakyat Mesir berhenti berdemonstrasi dan pulang ke rumah selain dikeranakan ramainya orang awam di Malaysia ini turut terpengaruh dengan seruan agar rakyat Mesir berdemonstrasi menentang As-Sisi yang memungkinkan nyawa para pendemonstran itu melayang pergi apabila perbuatan mereka berdemonstrasi mendapat sokongan banyak pihak termasuk di Malaysia.
*Penulis bukanlah orang yang berada didalam iLMU mahupun bersama-sama dengan mereka, sebaliknya penulis (saya) hanya menyokong perjuangan mereka dalam memartabatkan Islam di kedudukan tertinggi berpandukan wahyu dari Al-Quran dan As-Sunnah berlandaskan pemahaman tiga generasi awal umat Muhammad s.a.w. yang Allah muliakan (Salaf). - Pendek kata ini bukan pendirian iLMU, sebaliknya hanya
berdasarkan pendapat saya (Abu Afham) sebagai anak murid rendah dari kalangan mereka semata-mata, tidak ada kena mengena dengan pendirian rasmi mereka. Justeru, pihak mereka (iLMU atau individu yang rapat dengan mereka) sendiri berhak menafikan andai ada dalam keterangan diatas ini yang tidak betul/ salah. Saya menulis hanya berdasarkan sangkaan semata-mata bagi menjawab krotikan yang diutarakan sesetengah pihak bagi membela guru-guru saya.-

Comments
Post a Comment