Pendirianku apabila berlaku pertembungan antara UFB dan UMAS

Lebih baik aku berdiam diri dari fitnah yang melanda. Sejujurnya, aku juga tidak menyukai (bersetuju) apabila UFB (Ustaz Fathul Bari) bertanding untuk jadi Exco di Perlis sepertimana yang diperkatakan baru-baru ini. Demikian juga apabila ada dalam kalangan sahabat Salafi (kalau tidak silap saya Abu Numair) yang bertanyakan kepada UIS (Ustaz Idris Sulaiman) mengenai pandangan beliau (UIS) sewaktu UFB bertanding di DUN Sanglang, Perlis beberapa bulan yang lepas sewaktu PRU-13, maka seingat-ku Ustaz Idris juga menjawab bahawasanya beliau tidak bersetuju dengan tindakan UFB yang betanding mewakili UMNO itu biarpun Ustaz Idris sendiri adalah seorang yang menjadi Ahli Majlis Syura iLMU (Sekretariat Pertubuhan Ilmuan Malaysia) atau nama lainnya disebut sebagai "Ulama' Muda UMNO". Manakan tidaknya apabila ramai yang menemplak UFB dengan mengatakan bahawa dahulunya UFB-lah antara yang paling lantang menyuarakan bantahan terhadap sistem Demokrasi namun sekarang ini, dilihat diri UFB pula yang sibuk menggunakan medium Demokrasi atas alasan ianya adalah satu medium dalam berdakwah.

Apapun, aku tidak nafikan juga bahawasanya banyak manfaat yang dapat diperoleh apabila UFB bersama-sama dengan mereka (pemimpin-pemimpin UMNO). Bak kata Abu Amru Radzi Othman, UFB sendiri rela mempertaruhkan kredibilitinya untuk 'terjun' secara langsung dalam medan politik penuh fitnah-dugaan disamping ahli iLMU yang lain memberi fokus menumpukan keberlangsungan dakwah dalam penulisan, seminar, kuliah, dan juga daurah kerana dengan cara ini, pemimpin-pemimpin UMNO lainnya insyaAllah sedikit-sebanyak akan terkesan dengan apa-apa sahaja yang diucapkan oleh UFB sewaktu memberi apa-apa ucapan serta nasihat samada didalam persidangan yang diadakan mahupun secara orang perseorangan.

Cukuplah aku menulis sesingkat ini untuk menyatakan bahawa dalam situasi pertembungan serta pertelingkahan diantara UMAS (Ustaz Muhammad Asrie Sobri) dan iLMU khususnya UFB baru-baru ini, maka aku mengambil sikap untuk berdiam diri daripada menyemarakkan lagi api persengketaan diantara mereka. Aku tidak mahu mengatakan bahawa UMAS salah, dan aku juga tidak mahu mengatakan UFB salah, kerana walaupun aku tidak bersetuju dengan tindakan UFB tersebut, namun aku juga tidak bersetuju dengan kaedah UMAS dalam 'menegur' 'bekas' rakan seangkatannya itu. Cukuplah aku mengambil sikap seperti sikap-nya Ibn Umar r.a apabila di waktu berlakunya guling-mengguling dalam menaiki takhta sebagai Khalifah dan pada masa itu tiada pemerintah yang dikenalpasti akan keabsahannya, maka dia (Ibn Umar) bertindak berlepas serta mendiamkan diri dari kedua-duanya sebagimana gesaan Nabi s.a.w. didalam hadith mahsyur yang diriwayatkan oleh Hudzaifah Ibn Yaman mengenai kebaikan dan keburukan yang bakal menjelang dimasa mendatang.

Rujukan berkaitan mengenai pendirian Ustaz Idris Sulaiman:

http://ustazidrissulaiman.wordpress.com/2013/09/21/kita-tidak-mengajak-kepada-kepartian/

Diadaptasi daripada 'status' Facebook-ku yang beralamat di: https://www.facebook.com/poirotholmes/posts/437038853083516

Wallahua'lam.

Comments