Aku memilih pandangan bahawa Talak Tiga tidak jatuh sekaligus. Umpamanya, jika aku buat pertama kalinya mentalak isteriku dengan mengatakan: "Aku ceraikan kau dengan Talak Tiga", maka Talak yang jatuh hanya Talak Satu; bermakna masih ada ruang bagiku untuk merujuk kembali kepadanya walaupun dia masih belum berkahwin dengan lelaki lain lalu diceraikan atau secara istilahnya disebut sebagai "Cina Buta". Tidak disyaratkan berlakunya rujuk talak satu dan dua dalam tempoh 'Iddah itu mesti dihadapan hakim dan berserta dengan aqad yang baru selagimana tempoh 'Iddah belum habis, namun cukup sekadar apabila si suami berkeinginan untuk menyetubuhi isterinya itu lalu si isteri itu akur dan mentaati suaminya itu, maka telah berlakulah rujuk buat kali pertama.
Setelah berlaku rujuk buat kali pertama itu, tiba-tiba si suami berkeinginan untuk menceraikan semula isterinya yang dirujuk itu (rujuk hanya sekadar mahu melempiaskan syahwat), maka telah berlaku talak buat kali kedua atau Talak Dua dan si suami masih boleh merujuk si isterinya itu dengan cara sebagaimana yang diterangkan diatas, iaitu hanya sebatas si suami dan si isteri membuat kesepakatan untuk berjimak.
Maka setelah itu, apabila si suami itu buat kali ketiganya mentalak isterinya itu, maka barulah jatuh Talak Tiga dan tidak boleh bagi si suami merujuk semula isterinya melainkan setelah isterinya berkahwin dengan lelaki lain lalu suami baru sang isteri tadi juga telah diceraikan oleh suami barunya dengan syarat mesti terjadi walau sekali persetubuhan antara sang isteri itu tadi dengan suami barunya itu. Pendek kata, kalau berkahwin/ nikah semata-mata tanpa sempat 'bersama' iaitu bersetubuh, maka masih belum halal bagi si isteri itu untuk kembali semula mengahwini suami pertamanya.
Alasan mengapa aku memilih pandangan bahawa Talak Tiga tidak jatuh sekaligus adalah berdasarkan kepada firman Allah mengenai peristiwa atau ayat Li'an (sumpah laknat sang suami terhadap isterinya bahawa isterinya itu telah berlaku curang terhadapnya). Dalam ayat mengenai Li'an, Allah s.w.t. mensyaratkan bahawa sang suami dimestikan melafaz sumpah bahawa isterinya telah curang atau berzina dengan lelaki lain sebanyak empat kali, dan buat kali kelima sang suami itu dimestikan untuk sedia menerima laknat Allah jika dia berdusta mengenai tuduhannya terhadap isterinya. Mengapa Allah tidak menyuruh sang suami itu hanya melafazkan empat kali sumpah dan tidak mensyaratkan cukup sekadar menyatakan perkataan sebagai contoh: " Demi Allah, aku bersumpah bagi menggantikan pensyaratan empat orang saksi sebanyak empat kali sumpah bahawa isteriku ini telah berzina dengan lelaki lain ".
Pendek kata, jika kelak (Na'uzubillah) sebagai contoh aku mengatakan kepada isteriku: "Engkau telah tertalak dengan talak tiga" dan pada masa itu adalah kali pertama aku mentalak-kannya, maka bererti talak yang jatuh hanya talak satu, melainkan jika aku mengulangi lafaz 'engkau tertalak' sebanyak tiga kali. Walahua'lam.

Comments
Post a Comment