Sejarah dan sebab mengapa Dr. MAZA 'membenci' iLMU (Ulama' Muda UMNO)

Mengapa MAZA begitu anti (benci) terhadap iLMU (Ulama Muda UMNO) biarpun kedua-dua pihak mengaku mengikut telunjuk Salaf atau kedua-duanya dilabel sebagai 'Wahhabi'?


Sebenarnya penubuhan iLMU (sebelum didaftarkan) yang nama asalnya adalah Sekretariat Ulama Muda UMNO (SUMU) adalah atas cadangan MAZA sendiri dimana saya (Abu Afham Muhammad Zulsyamini) sendiri diberitahu oleh orang yang berada didalam iLMU sendiri iaitu Ustaz Fauzan Ahmad Yahaya dan disahkan sendiri oleh Ustaz Fathul Bari ketikamana saya menemui mereka di booth iLMU semasa persidangan Agung UMNO yang diadakan di PWTC pada tahun lepas (2012). Setelah membaca komentar daripada sahabat maya saya, Abu Amru Radzi Othman yang dikatakan juga berada didalam iLMU semalam, maka saya simpulkan beberapa 'point' penting yang menjadi titik tolak kebencian MAZA kepada iLMU khususnya Ustaz Fathul Bari.


Titik tolak ketidak-puasan hati MAZA adalah sepertimana yang diberitahukan diatas, penubuhan SUMU adalah atas cadangan MAZA sendiri. Mungkin ada yang berasa pelik, mengapa dahulunya khabar angin mengatakan seramai 40 orang yang layak diberikan 'title sebagai 'ulama' (orang yang berkemahiran selok-belok agama) menyertai UMNO namun sekarang jumlah daripada 40 orang itu kelihatan susut dan hanya sedikit yang menonjol seperti Ustaz Dr. Fathul Bari, Ustaz Fauzan dan adiknya Ustaz Fazrin serta Ustaz Dr. Fadlan Mohd Othman, tidak termasuk Ustaz Idris Sulaiman selaku ahli majlis Syura iLMU namun jarang bahkan sepengtahuan saya tidak pernah berceramah diatas pentas politik sebaliknya hanya bertindak selaku Ahli Syura.


Persoalannya, mengapa daripada 40 itu hanya tinggal sedikit dan apakah kaitannya dengan MAZA (Dr. Mohd Asri Zainal Abidin)? Ya, disinilah titik-tolaknya apabila diberitahukan oleh Abu Amru bahawa daripada 40 orang itu, kebanyakan darinya adalah orang yang sefikrah (sama cara berfikir) dengan MAZA sendiri, iaitu mereka yang pro kepada pembangkang atau membawa ideologi Ikhwanul Muslimin. Maka disebabkan itulah, setelah menyedari bahawa para ilmuan yang sefikrah dengan MAZA itu tadi hanya bertindak sebagai perantara atau 'saluran' MAZA menyebarkan 'suara' (pendapat)-nya sahaja, maka UFB (Ustaz Fathul Bari) selaku CEO pertubuhan iLMU itu tadi bertindak menyingkirkan para ilmuan yang dilihat hanya bertindak sebagai 'alat' MAZA itu tadi.


Penyingkiran mereka dibuat bukanlah atas dasar "Siapa yang tidak sekepala dengan kami, maka tidak layak untuk duduk bersama-sama dengan kami", namun untuk memastikan keberlangsungan dakwah Sunnah (Salafiyyah) yang pada asalnya menolak sebarang bentuk kepuakan atau bergolong-golongan dalam agama (Hizbiyyah) sepertimana yang tercatat didalam surah Ar-Rum (30) ayat 31 dan 32, disamping walaupun setelah hampir atau lebih setahun SUMU (Sekretariat Ulama Muda UMNO) ditubuhkan, tiada apa-apa tindakan/ program yang dilakukan oleh SUMU walaupun mesyuarat kerap kali diadakan.


Setelah berlaku penyngkiran, barulah pertubuhan itu dirombak balik akan namanya menjadi Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) dan iLMU tidak berhajat mencari ahli kerana iLMU bukanlah Hizbiyyah, sebaliknya yang menganggotai iLMU pada masa setelah dirombak (berlaku penyingkiran) itu tadi hinggalah sekarang adalah mereka yang biarpun bukan bertaraf ulama' atau Ustaz, namun mereka adalah orang yang dipercayai lagi boleh melakukan gerak-kerja aktiviti dakwah asalkan mereka faham dengan benar dan beramal dengan pegangan generasi Salaf yang asli iaitu bebas dari sebarang pengaruh Firqah menyesatkan seperti Ikhwanul Muslimin yang sedia dimaklumi telahpun difatwakan kibar ulama' Salafi seperti Syaikh Ibn Baz, Uthaimin dan sebagainya sebagai terkeluar daripada landasan asal Ahli Sunnah Wal Jamaah biarpun ada pengikutnya yang terdiri daripada orang yang sefikrah dengan MAZA mendakwa bahawa biarpun Syaikh Ibn Baz mengatakan Ikhwanul Muslimin tersenarai kedalam 72 kelompok yang Nabi s.a.w. sebutkan, namun beliau (Ibn Baz) tetap mengatakan bahawa mafhumnya: "Sesungguhnya Ikhwanul Muslimin itu adalah HAMPIR kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah" (Jika benarpun Ibn Baz mengatakan sedemikian, beliau (Rahimahullah) tetap tidak menyenaraikan Ikhwanul Muslimin sebagai Ahli Sunnah sebagaimana ulama' terdahulu biarpun mengatakan bahawa Syiah Zaidiyah itu adalah hampir kepada Ahli Sunah mazhab Hanafi, namun tidak pula mereka (para ulama' itu) memasukkan Syiah Zaidiyah kedalam kerangka Ahli Sunnah namun ia (Zaidiyah) tetap adalah Syiah!

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mengapakah hanya UFB (Ustaz Dr. Fathul Bari sahaja yang dilihat menonjol dalam berinteraksi bersama-sama dengan pemimpin UMNO? Jawapannya mudah! ianya adalah kerana beliau (UFB) sendiri bertindak sebagai CEO pertubuhan iLMU disamping ianya adalah keputusan ahli iLMU sebulat suara yang berpandangan biar serta cukuplah hanya UFB seorang yang terjun secara langsung dalam medan politik penuh fitnah-dugaan disamping ahli iLMU yang lain memberi fokus menumpukan keberlangsungan dakwah dalam penulisan, seminar, kuliah, dan juga daurah. Maka hasilnya boleh dilihat sendiri tulisan-tulisan Ahli iLMU yang terpampang di dada-dada akhbar disamping kuliah-kuliyah agama yang diadakan agak sukar dibendung oleh penjawat jabatan agama yang telah terdakyah dengan pemikiran Zamihan Mat Zin Al-Ghari yang bertungkus lumus meranapkan dakwah Salaf mengatas-namakan gerakan 'Anti-Wahhabi' memandangkan dia (Al-Ghari) mendapat tempat (jawatan serta kedudukan) dalam jabatan agama di Malaysia. Pendek kata, hubungan iLMU dengan pemerintah sekaligus dapat meranap serta menangkis segala fitnah yang dilemparkan Al-Ghari (Zamihan) yang berusaha agar para asatiz Salafi termasuk MAZA sendiri ditangkap. Bahkan MAZA sendiri pernah dibicarakan suatu ketika dahulu berhubung isu tauliah serta hubungkaitnya yang dikatakan menjadi dalang penyebaran ajaran 'Wahhabi' oleh JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor). Namun kebantyakan dari mereka (MAZA dan pengikutnya) masih tidak mengerti!

Kini, banyak orang yang mendakwa dirinya bermanhaj Salaf menghina diriku dengan gelaran 'budak sampah' yang tidak henti-henti mengkritik tokoh sanjungan mereka iaitu  MAZA dengan melakukan perumpamaan seperti seorang budak tadika mengkritik seorang professor universiti.

Buat diriku, aku tidak kisah dengan hinaan itu, kerana ketahuilah bahawa kamu sang penghina juga sama seperti aku apabila kamu mengkritik Ustaz Fathul Bari yang juga telah mendapat pangkat Doktor Falsafah sepertimana MAZA malah lebih lagi dari MAZA dengan mencapai tahap/ gred "Mumtaz" (Cemerlang) dalam thesis PhD beliau. Jika kamu mengatakan aku tidak boleh mengkritik MAZA disebabka aku tidak setaraf dengannya, maka begitulah juga dengan kamu tidak boleh sewenangnya mengkritik UFB malah menghina beliau dengan gelaran "Dajjal" kerana kamu juga tidak setaraf dengan beliau jika sifir ini yang kamu pakai.

Kamu semua sibuk bising mengatakan aku atau kami meratah daging (mengumpat) MAZA di postingan-postingan kami. Tidaklah kami melakukan hal ini melainkan jika tokoh sanjungan kamu itu berhenti dari meratah daging iLMU atau UFB secara khususnya. Kami atau aku tidak berniat pun ingin 'meratah daging' atau kamu sebut melaga-lagakan anatara para asatiz yang mengaku menyusuri pegangan Salaf kerana kami ketahui hal itu bakal mengudang barah perpecahan sesama umat Islam. Namun tidaklah kami (aku) menulis melainkan sebagai jawapan terhadap tohmahan yang dilakukan keatas para guru-ku yang berada didalam iLMU memandangkan ada perkara yang lebih menjadi fokus keutamaan mereka (ahli iLMU) seperti mengadakan majlis ilmu daripada melayan salakan anjing yang menyalak pada dinding.

Jika kamu mengatakan aku gemar 'meratah' daging MAZA lantas menjadi muflis di akhirat, maka nasihatkanlah tokoh pujaan kamu itu (iaitu MAZA) agar berhenti meratah daging para guru-ku yang aku sayangi kerana hal itu bakal menghentikan api perpecahan diantara kita sekaligus menghentikan segala tindakan kami yang kamu lihat seakan ingin menjatuhkan tokoh pujaan kamu itu iaitu MAZA. Dan muhasabah juga diri kamu juga apabila kamu mengatakan aku 'meratah' daging MAZA di postingan-postingan kamu, orang lain yang mengenali diriku yang juga terbaca postingan kamu itu tadi kelak akan 'meratah' daging-ku pula. Maka untuk mengelakkan kita saling 'meratah daging', maka hentikanlah segala provokasi dan sindirian, kerana dengan itu dapat memalingkan aku atau kami kepada perkara yang lebih penting dari bertengkar soal politik seperti menerapkan aqidah yang sahih kepada masyarakat mahupun membanteras segala firqah-firqah sesat semisal Sufi Ahbash dan seumpamanya.

Wallahua'lam.

Abu Afham, Muhammad Zulsyamini
Pelajar masuk tahun kedua Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam pengkhususan Kewartawanan (Journalism).


Rujukan: Komen daripada sahabat maya saya, Abu Amru Radzi Othman di 'post' yang beralamat (URL): https://www.facebook.com/teacherina/posts/621408317889810

Comments