Dalam ramainya manusia termasuk yang menasabkan diri bermanhaj 'Salafi' sibuk mengatakan si fulan atau secara khususnya ditujuikan buat Dr. Ustaz Fathul Bari (UFB) itu adalah seorang yang berkecenderungan kepada fahaman Jabariyah kerana dikatakan hanya bergantung sepenuhnya kepada taqdir Allah semata-mata dalam isu kenaikan harga barang, maka janganlah mereka pula layak dilabel sebagai seorang yang berkecenderungan kepada fahaman Qadariyah iaitu golongan yang menafikan terus ketentuan serta taqdir Allah apabila beriktikad bahawa manusia mencipta perbuatannya sendiri dan terlepas dari taqdir yang telah Allah tetapkan. Sedangkan bagaimana kita ingin menafikan secara mutlak bahawasanya kenaikan isu harga barang ini adalah sesuatu ketetapan Allah sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri mengaitkan isu naik-turunnya harga barang adalah daripada Allah s.w.t. sendiri?
Dari Anas bin Malik r.a, bahawa, orang-orang (di Madinah) berkata;
يَا رَسُولَ اللَّهِ غَلَا السِّعْرُ فَسَعِّرْ لَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمُسَعِّرُ الْقَابِضُ الْبَاسِطُ الرَّازِقُ وَإِنِّي لَأَرْجُو أَنْ أَلْقَى اللَّهَ وَلَيْسَ أَحَدٌ مِنْكُمْ يُطَالِبُنِي بِمَظْلَمَةٍ فِي دَمٍ وَلَا مَالٍ
"Wahai Rasulullah, harta telah melonjak naik, maka tetapkanlah harga untuk kami! Maka baginda s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah-lah yang menentukan harga, Yang menggenggam dan Yang menghamparkan, dan Pemberi Rezeki Dan sungguh aku berharap kelak aku berjumpa dengan Allah sementara tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku karena suatu kezaliman dalam hal darah (Qisas) dan harta."
H.R. Abu Dawud (no.2994), Tirmidzi (no.235), Ibn Majah (no.2191) dan Ahmad (12131).
Telah berkata (menulis) Ustaz Muhammad Fashan:
Berdasarkan hadith berikut para Ulama menjelaskan At-Tas'iir (penetapan harga barang) yangg dilakukan oleh pemerintah atau sesuatu kerajaan adalah harus jika terdapat maslahah yang dilihat namun ia adalah haram dan termasuk dari kezaliman jika ianya dilakukan tanpa sebab munasabah dan lagi membebankan rakyat.
[ Rujuk `Aunul Ma`bud Syarh Sunan Abi Daud 9/229 ]
Adapun pesanan secara umum daripada Ustaz Muhamamd Asrie Sobri:
Maka didalam bab ini, Ahlus Sunnah wal Jamaah bersikap "Wasatiyyah" (pertengahan) iaiatu tidak mengampu pemerintah hingga menjadi "Jabariah" (kerana menghalalkan tindakan pemerintah yang menaikkan penetapan harga barang tanpa sebarang kemaslahatan) dan tidak pula menyalahkan pemerintah serta menentangnya mereka (pemerintah) semahu-mahunya sampai menjadi "Qadariyyah".
Wallhua'lam.
Abu Afham, Muhamamd Zulsyamini

Comments
Post a Comment