Boleh Melakukan Pernikahan “Al-Misyar” Asalkan Memenuhi Syarat-Syarat Syar’i?
Pertanyaan:
Saya pernah membaca di salah satu surat khabar tentang apa yang disebut sebagai “Pernikahan Misyar”, iaitu dimana seorang lelaki bernikah dengan isteri kedua (berpologami) atau ketiga atau keempat. Namun isteri yang dinikahi ini disebabkan keadaan tertentu maka terpaksa tinggal bersama kedua ibu-bapanya atau pada salah satu dari keduanya. Lalu sang suami datang kepadanya (isterinya itu) dalam waktu yang berbeza-beza (tertentu) sesuai dengan keadaan yang melanda mereka berdua. Apakah hukum menurut syari’at Islam bentuk pernikahan seperti ini? Kami mohon penjelasannya.
Jawapan :
Tidak mengapa jika akadnya (akad nikah) memenuhi syarat-syarat yang telah disepakati secara Syar’i, iaitu adanya wali, kesukaan kedua calon suami-isteri dan adanya dua orang saksi yang adil atas pelaksanaan akad serta bersihnya calon isteri dari larangan-larangan (seperi dalam tempoh Iddah), dikeranakan luasnya atau keumuman sabda Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam
أَحَقُّ مَا أَوْفَيْتُمْ مِنْ الشُّرُوطِ أَنْ تُوفُوا بِهِ مَا اسْتَحْلَلْتُمْ بِهِ الْفُرُوجَ
“Sesungguhnya syarat yang paling berhak untuk dipenuhi adalah apa yang dengannya kalian menghalalkan farji (nikah).” [H.R.Bukhari (4754) dan Muslim]
Dan juga sabda baginda di hadith yang lain:,\
“Orang-orang Muslim itu tergantung/terikat kepada syarat-syarat yang mereka sepakati.”
Maka jika kedua-dua suami-isteri tersebut sepakat bahawa sang isteri boleh tetap tinggal bersama kedua orang tuanya, atau bahagia di siang hari sahaja, bukan pada malam hari atau pada hari-hari tertentu mahupun pada malam-malam tertentu, maka ianya dibolehkan sahaja dengan syarat nikah jenis tersebut harus dimaklumkan (diiklan atau diumumkan) iaitu tidak dirahasikan. Wallahu waliyyuttaufiq.
( Fatwa Syaikh Bin Baz di dalam Harian al-Jazirah, edisi 8768, pada hari Isnin 18 Jumadal Ula (Jamadil Awwal) 1417 H.) Sumber dipetik dari Al-Sofwah Fatwa (alsofwah.or.id)

Comments
Post a Comment