Orang Cina boleh menguasai ekonomi dengan agak baik dikeranakan sejak zaman penjajahan British, mereka telah sedia ditempatkan di bandar-bandar yang terdapat lombong bijih timah. Lihat sahajalah bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping dan selainnya yang sehingga sekarang dilihat bahawa kaum Cina lah yang menjadi kaum mejoriti daripada populasi penduduk di bandar-bandar sepertimana yang dikatakan di atas walhal kaum Melayu sejak zaman penjajahan British terus diperbodohkan untuk tinggal di luar bandar, menjadikan sejak dahulu kaum Melayu agak sukar membangun.
Apa yang pelik, masih wujud juga orang Melayu yang menyokong penuh apabila hak istimewa Bumiputera yang pada asalnya bukan bertujuan mendiskriminasi sebaliknya hanya bertujuan untuk membangunkan semula kaum Bumiputra daripada terus tercicir dihapuskan. Takkanlah orang Melayu sebegini sanggup melihat anak bangsa sendiri terus terpinggir dan terkebelakang? Sudahlah di zaman penjajah orang Melayu dibodohkan untuk terus terpinggir di kawasan kampung.
Kenapa orang Melayu semacam ini bebal sangat? Jika ingin dikata ianya bertentangan dengan prinsip keadilan Islam, bagaimana pula dengan tindakan Nabi s.a.w yang melebihkan bangsa Quraisy dalam ehwal pemerintahan namun tidak dalam urusan pembahagian ghanimah (harta rampasan perang) dimana kaum Qurisy mendapat bahagian ghanimah yang agak sedikit berbanding suku kaum lain dalam peristiwa Zulhuwaisirah?
Maka janganlah menjadi Melayu yang agak bebal apabila menyokong pusat GiatMARA dihapuskan dimana GiatMARA tidak lain didirikan juga bagi membantu Bumiputra. Wallahua'lam

Comments
Post a Comment