Dari apa yang saya faham mengenai Mazhab, cara para ulama' besar bermazhab tidaklah sama sepertimana cara mazhab yang digunapakai oleh orang awam seperti kita.
Hal ini kerana jika dilihat, ada kalanya para ulama' yang menisbahkan diri bermazhab dengan mazhab tertentu, sebagai contoh Imam An-Nawawi yang bermazhab Syafie pun dalam sebahagian perkara menyelisihi pandangan Imam Syafie; bukan kerana mereka 'keluar' daripada mazhab, sebaliknya dikeranakan cara faham kita sahaja yang salah mengenai hal itu.
Bagi masyarakat awam yang serba jahil sepertimana kita, apabila disebut bermazhab, maka kita akan terbayangkan bahawa bermazhab itu bermaksud menggunapakai segala hukum yang telah ditetapkan oleh para Imam khususnya Imam Empat (Abu Hanifah, Maliki, Syafie, Hanbali). Pemahaman kita hanya terbatas sekadar menganggap bahawa apa sahaja pendapat yang diketengahkan oleh para Imam diatas mengenai sesuatu permasalahan khususnya permasalahan Feqah harus diambil dan tidak boleh menyelisihinya kerana beranggapan bahawa baranggsiapa menyelisihinya akan dianggap sebagai keluar dari Mazhab, tidak bermazhab, menjadi "Wahhabi-Sesat", terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan sebagainya.
Sedangkan pada pemehatian saya, apabila dikatakan seseorang Kibar Ulama' itu menganuti sesebuah mazhab, ianya tidaklah sesempit sepertimana yang difahami oleh orang awam sebagaimana yang dinyatakan diatas. Bagi saya mereka (para ulama') memandang Mazhab itu hanya sebagai methodologi atau kaedah dalam mengistinbat (menetapkan) hukum.
Umpamanya, jika kita mempelajari ilmu Usul Fiqh (Alhamdulillah saya pernah mempelajarinya sewaktu di sekolah menengah), kita akan lihat bahawa dalam menentukan sesuatu hukum yang bersifat Dzanni, iaitu hukum yang tidak dinyatakan secara jelas di dalam Al-Quran mahupun As-Sunnah seperti hukum merokok, menghisap dadah, bermain dadu dan sebagainya, para Imam Empat mempunyai pandangan berbeza-beza; tidak sepertimana hukum Qat'ie yang telah terang dijelaskan di dalam Nas sepert kewajipani solat, puasa, zakat, larangan menyetubuhi dubur isteri dan sebagainya.
Hukum yang tidak dinyatakan secara jelas di dalam Nas seperti merokok itulah yang dikategorikan sebagai hukum Dzanni, atau contoh lain, hukum berkenaan tempoh dibolehkan solat secara Qasar apabila bermusafir samaada tiga atau 18 hari, hukum berkenaan kesucian air Musta’mal dan sebagainya yang jika dilihat para ulama’ mempunyai tafsiran yang pelbagai dalam menentukan hukum berkaitannya; tidak seperti hukum Qat’ie yang tidak mempunyai tafsiran yang pelbagai apabila ianya secara jelas lagi terang dinyatakan di dalam Nas.
Maka dalam menentukan hukum Dzanni inilah, berlakunya perselisihan para Imam dalam memahaminya. Dari sini munculnya istilah “Dalil-Dalil yang Tidak Disepakati” semisal Masalih Al-Mursalah, Istihsan, Istishab, ‘Urf wa ‘Adat dan sebagainya. Umpamanya bagi Imam Syafie, beliau (Rahimahullah) menolak kaedah pegambilan hukum secara Istihsan secara tegas, sedang tiga lagi Imam (Abu Hanifah, Maliki, Hanbali) menggunapakai kaedah tersebut. Begitu juga dengan methodologi Imam Abu Hanifah dalam mengutamakan Qias daripada pengambilan Hadith kerana kekhuatiran dirinya mengambil riwayat hadith yang lemah atau palsu dikeranakan munculnya banyak “Dajjal” yang sering berdusta atas nama Rasulullah s.a.w. dalam mereka cipta hadith palsu di kota tempat beliau (Rahimahullah) menetap, iaitu di Baghdad. Hal inti dak termasuk lagi dengan perbahasan mengenai pembahagian atau rincian terhadap jenis dalil-dalil yang tidak disepakati itu.
Maka disebabkan itulah , pada pengamatan saya yang dhaif ini, cara ulama’ bermazhab bukanlah sebagaimana cara kita sebagai orang awam bermazhab. Jika dilihat, berapa banyak ulama’ besar yang menyandarkan diri bermazhab dengan sesuatu Imam di antara empat Imam yang disebutkan kelihatan mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan fatwa para Imam yang Empat itu, bukan kerana mereka itu “Wahhabi-keluar Mazhab”, namun memikirkan bahawa wujudnya banyak lagi kaedah lain yang dapat digunakan dalam menentukan hukum yang disusun oleh para pengikut Imam lain yang selari dengan tuntutan serta dalil Syara’ di zaman berikutnya disamping merasakan adanya kekeliruan mengenai sesuatu pandangan yang diutarakan oleh para Imam yang terdahulu daripada zaman mereka.
Kesimpulannya, cara orang awam seperti kita bermazhab agak berlainan dengan cara para ulama’ bermazhab. Bagi kita bermazhab itu adalah menggunapakai hukum yang telah ditentu atau dinyatakan oleh Imam Mazhab kita, sedangkan cara bermazhab bagi para ulama’ hanya berkisar mengenai kaedah atau methodologi mereka dalam menentapkan sesuatu hukum yang bersesuaian dengan perubahan keadaan semasa. Wallahua’lam.
PS: Ketahuilah bahawa pandangan saya ini tidak terlepas daripada kesilapan. Sekiranya kesilapan dilihat, maka dipersilakan untuk menyatakan kritikan secara ilmiah lagi beradab. Teguran dan kritikan membina amat dialu-alukan.
[Ditulis oleh: Abu Afham Muhammad Zulsyamini, 3 Februari 2014, 16:30, Bota, Perak].

Comments
Post a Comment