Oleh: Abu Afham, Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri
Bismillah. Kami membantah majlis selawat perdana bukan kerana di dalamnya terdapat doa selawat yang dipanjatkan buat Nabi s.a.w.. Akan tetapi kami membantahnya adalah kerana di dalamnya terdapat kemungkaran yang disulami dengan konsep keIslaman seperti penghalalan alat muzik dan nyanyian yang dijadikan sarana mendekatkan diri kepada Allah di mana hal itu telah dijelaskan keharamannya oleh Nabi s.a.w berkenaan akan munculnya golongan dari umatnya yang kelak akan menghalalkan sutera, arak, zina dan juga Al-Maazif (alat muzik).
Selain itu, kemungkaran lain yang terdapat di dalamnya adalah terkandung pujian melampau yang dipanjatkan kepada Nabi s.a.w. seperti menyatakan bahawa baginda lah pengubat duka dan perawat sengsara, tempat bergantung apabila merana, penyembuhan penyakit juga bergantung kepadanya, kepadanya lah tempat bergantung serta berharap dan sebagainya di mana hal itu jelas merupakan penyekutuan terhadap Allah s.w.t. sebagai tuhan.
Dakwaan mereka sebegini yang terkandung dalam bait qasidah-burdah mereka tidak ubah sepertimana dakwaan kaum Nasrani (Kristian) terhadap nabi Isa a.s di mana mereka (kaum Kristian) menyandarkan sifat ketuhanan kepada baginda a.s. yang lantas menyebabkan kekafiran mereka kerana menganggap Isa itu sebgai tuhan atau anak Allah. Maka tidak hairanlah dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, baginda menegur para sahabat dengan sabdaan baginda:
Dari Ibnu 'Abbas radliallahu 'anhuma bahwa dia mendengar 'Umar radliallahu 'anhu berkata di atas mimbar, "Aku mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ
"Janganlah kalian melampaui batas dalam memujiku sebagaimana orang Nashrani memuji 'Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah hamba-Nya, maka itu katakanlah "'Abdullahu wa rasuuluh" (hamba Allah dan utusan-Nya")." [1]
Tidak kurang juga sebahagian dari mereka beriktikad (mempercayai) bahawa Rasulullah s.a.w. hadir dalam majlis-majlis sebegitu dalam keadaan yaqazah (jaga, bukan bermimpi) di mana hal tersebut sudah diketahui umum sangat bercanggah dengan iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah [2]. Mahu ditanyakan, apakah motif mereka yang sedang berselawat dalam keadaan duduk lantas berdiri apabila melantunkan bait-bait qasidah tertentu kalau bukan kerana mereka beranggapan bahawa roh Rasulullah s.a.w. turut ikut sama menghadiri majlis sebegitu disamping ianya amat bercanggah dengan tuntutan Nabi s.a.w. yang mengancam para orang yang menyukai apabila hadirin berdiri tanda menghormati seseorang yang dianggap mulia sebagaimana hadith yang diriwayatkan Imam At-Tirmidzi, Abu Dawud dan Ahmad yang berbunyi:
Dari Abu Mijlaz, dia berkata;
خَرَجَ مُعَاوِيَةُ فَقَامَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ وَابْنُ صَفْوَانَ حِينَ رَأَوْهُ فَقَالَ اجْلِسَا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَتَمَثَّلَ لَهُ الرِّجَالُ قِيَامًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ
"Suatu ketika Mu'awiyah (bin Abi Sufyan) keluar. Ketika melihatnya, Abdullah bin Zubair dan Ibnu Safwan langsung berdiri. Mu'awiyah berkata; "Duduklah kalian, kerana aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa senang menjadikan orang keramaian berdiri untuknya, maka persiapkanlah menempati tempatnya di neraka." Dan dalam bab ini, ada hadits dari Abu Umamah. Abu Isa (At-Tirmidzi) berkata: "Hadits ini hasan." [3]
.
Justeru, saya ingin menegaskan bahawa kami amat cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. namun bukan dengan cara yang tidak ditunjuki Syariat bagi kami zahirkan kecintaan kami terhadap baginda. Cinta kami kepada baginda adalah melalui pengamalan kami terhadap sabdaan-sabdaabnya seperti sabdaan baginda yang melarang umatnya memuji baginda secara melampau sebagaimana hadith di atas. Penulis amat yakin, seandainya Rasulullah s.a.w. masih hidup bersama-sama kita sekarang ini, nescaya baginda s.a.w sendiri yang akan mengingkari perbuatan orang yang melampau dalam memuji baginda sebagaimana yang dilakukan oleh penganjur atau penyokong majlis-majlis selawat atau qasidah seumpama itu, dimana dinyatakan:
Dari Mutharrif bin Abdullah bin Asy-Syikhir dari bapaknya (Abdullah):
أَنَّهُ وَفَدَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَهْطٍ مِنْ بَنِي عَامِرٍ قَالَ فَأَتَيْنَاهُ فَسَلَّمْنَا عَلَيْهِ فَقُلْنَا أَنْتَ وَلِيُّنَا وَأَنْتَ سَيِّدُنَا وَأَنْتَ أَطْوَلُ عَلَيْنَا قَالَ يُونُسُ وَأَنْتَ أَطْوَلُ عَلَيْنَا طَوْلًا وَأَنْتَ أَفْضَلُنَا عَلَيْنَا فَضْلًا وَأَنْتَ الْجَفْنَةُ الْغَرَّاءُ فَقَالَ قُولُوا قَوْلَكُمْ وَلَا يَسْتَجِرَّنَّكُمْ الشَّيْطَانُ قَالَ وَرُبَّمَا قَالَ وَلَا يَسْتَهْوِيَنَّكُمْ
Bahawa dia menjadi seorang utusan untuk menemui Nabi Shallallahu'alaihiwasallam dalam sebuah rombongan dari Bani 'Amir. (Abdullah bin Asy-Syikhir) berkata, lalu kami menemui baginda (s.a.w.) dan kami mengucapkan salam kepada baginda, lalu kami berkata: "Kamu (Muhammad) adalah wali (pelindung) kami, tuan kami dan kamulah yang paling kaya serta paling mampu di antara kami.' Yunus berkata: "Kamu (Muhammad) adalah orang yang paling mampu dan kaya di antara kami, dan kamu (Muhammad) adalah orang yang paling utama di antara kami. Engkau bagaikan piring besar yang putih wajahnya. lalu (Rasulullahi Shallallahu'alaihiwasallam) bersabda: "Katakanlah yang sewajarnya sahaja dan janganlah sampai syaitan menyesatkan kalian." (Abdullah bin Asy-Syikhir) berkata, barangkali baginda (s.a.w.) bersabda: "Janganlah sampai (syaitan) jadikan kalian tersesat." [4]
Wallahua'lam.
===========================================================
Nota Kaki:
[1] H.R Al-Bukhari, no. 3189, Kitab Hadith-Hadith yang meriwayatkan tentang para nabi, Bab: Firman Allah "Dan ceritakanlah (kisah) Maryam dalam Al-Qur'an …"
[2] Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim pada tahun 2010 M telah memutuskan bahawa berjumpa Rasulullah s.a.w. secara jaga dan sedar, bukan mimpi selepas baginda wafat adalah suatu perkara yang sukar dipercayai. Justeru Mesyuarat Panel Kajian Aqidah (PKA) merumuskan ia adalah suatu
pemikiran luar yang dibawa masuk ke dalam pengajian Islam. [Rujuk: https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=5&cad=rja&uact=8&ved=0CFEQFjAE&url=http%3A%2F%2Fwww.islam.gov.my%2Fsites%2Fdefault%2Ffiles%2Fasas_rujukan_pegawai__akidah__jakim.pdf&ei=z5ctU479Fo6Jrgfml4HwAw&usg=AFQjCNEaEuiVUVKDpvtjG5kfHDirVT04rg&sig2=BjDkZMTEh4_fyQL_CGu4Bg. Pembaca juga boleh merujuknya melalui portal Majlis Fatwa Kebangsaan di: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/tariqat-naqsyabandiah-al-aliyyah-syeikh-nazim-al-haqqani-0]
[3] H.R. At-Tirmidzi (no.2679), Abu Dawud (no.4552) dan Imam Ahmad.
[4] H.R. Abu Dawud (no.4172), Bab: Larangan dalam hal pujian, Imam Ahmad (no.15721) dan no.13106 dari Anas bin Malik r.a.. Disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih Sunan Abu Dawud no. 4806.

sudah2lah...
ReplyDeleteberhentilah berkata seperti ini.
bukankah rasulullah pernah bersabda bahawa baginda menyebutkan satu umat yang mengasihi baginda walaupun tak pernah tengok wajah baginda...tak pernah dengar suara baginda...tak pernah pun jumpa baginda...
tetapi mereka sangat mencintai baginda dan amat marah apabila baginda di hina..
sudah2lah...
lebih baik memetik tali gitar untuk muhammad daripada memetik tali gitar untuk awek / teman wanita...
sekelompok kafirin pernah bernyanyi memuji muhammad shollu 'alaih ketika di dalam masjid nabi. dan rasulullah membenarkannya...
kita pula nak tunjuk lebih beriman daripada orang lain. kita orang biasa... maka dengarkanlah kata pihak yang diberikan hak kepada mereka.
astaghfirullah...
tugas kalian adalah meramaikan umat muhammad...bukannya mendabik dada lebih beriman dari manusia lainnya...
ayuh...bangkitlah...
tolongg...
Lebih baik memetik gitar utk Muhammad dari memetik gitar utk awek?.Ini satu penghinaan yang amat memalukan.Semoga ianya bukanlah disengajakan tp disebabkan kebodohan..(nak ckp byk lagi tp mls-Makcik sokong 200% post tuan rumah).
ReplyDeleteapa salahnya memuji Nabi. Baginda layak memberi syafaat. xmalu ke kita yg xpernah berselawat dan komen org yg buat majlis selawat tiba2 nk mtk syafaat Nabi pd hari akhirat. Sedangkan Allah dan para malaikat pun berselawat kpd baginda. ini menunjukkan keringgian maqam Baginda sbg kekasih Allah, sebaik2 makhluk. apa itu sebaik2 makhluk? sempurna, tiada cacat cela, lebih mulia. Mmg layak baginda diumpamakan pengubat duka. Xsalah memuji baginda. Ini bukannya memuja. Kalau memuja tu lain. Ada ritual ada sembahan. Sedangkan dlm maksud doa sesudah azan pun ada menyebut perkataan 'wasilah'.. kalau anda fhm perkataan wasilah. Adakah anda tahu mengapa Allah membenarkan Nabi memberi syafaat pada hari akhirat? Apakah kita layak masuk syurga Allah direct terus tanpa syafaat?? pikir la sdri dan sudah2lah mencari kesalahan org yg berbuat sesuatu kebaikan. wallahu alam
ReplyDeletex salah qasidah...?
ReplyDeletepernah qasidah ke...?
perhatikan dlm qasidah...dlm memuji nabi...ada juga bait seruan nama syeikh qadir jailani..
bila ditanya knp seru nama tersebut..mrk menjawab utk mngambil keberkatan wali Allah..
lihatlah hanana di indonesia..berqasidah sambil penyanyi wanita bergelek...
bila ditanya knp lambai tgn...jwpan mrk..itu ibarat melambai tgn kpd Rasulullah..
jgn mnyamakan majlis maksiat dan majlis bidaah..krn majlis maksiat sememangnya berdosa...
Smua yg beri komen ada lh btul ats lndasan dn kfahaman yg d berikan msing2. Kfahaman dlm agama bkn d warisi dgn akal dn mnuntut ilmu smata2, lalu mnyalahkn org lain dgn amalan mereka yg kita tk smpai @ fham, tp mlalui mjlis zikir dn bersubhah dgn syiekh @ murobbi yg kamil. Agama ni luas dn hormatilah org lain ats tiket mereka sbgai umat Baginda saw. Mnuntut ilmu fekah @ mjlis ilmu hnya fardhu ain yg d tuntut bila kita tk tau hukum fekah sesuatu ahwal itu dn bila sudah tau maka tiada tuntutan lg ats ilmu itu. Dn bilamna berakhirnya khidupan seorg itu maka batal lh sgala frdhu ain ke ats nya, tdk akn lg ada solat, puasa, hj, sedekah, umrah dn amalan fardhu yg lain, mlainkn amalan zikir dn selawat yg akn brterusan hingga akhirat dn pmbelajaran makrifah akn trus brlaku d akhirat selama lmanya brsma dgn murobbi/syiekh yg kamil. Andai qasidah @ mjlis zikir @ tarekat itu mnyalahi adab2 yg kita fahami. Maka jgn lh ikut, tp jgn skali tkbur dgn mnyalahi ksemua qasidah dn mjlis zikir yg lain. Mcmana kita nk mnyalahkn sesuatu amalan yg d bnar kn oleh imam2 besar dn aulia'2. Kalo mnyalahi ijmak ulamak msih boley d maafkn. Tp bgaimna islam kita kalo brani mnyalahkn ijmak auli2 Allh swt.
ReplyDelete