Pandanganku akan keharusan berdemonstrasi jika terjamin keamanannya

Demokrasi membenarkan rakyat bersuara melalui saluran yang benar berdasarkan artikel 10 dalam perlembagaan persekutuan. Hak untuk berhimpun secara aman juga diperuntukkan dalam perlembagaan. Maka tidak hairanlah mengapa kerajaan pernah menawar untuk menyediakan satu stadium untuk pihak pembangkan bedemonstrasi di dalamnya agar tidak mengganggu kenteraman awam disamping mengganggu hak jalan.

Muawiyah bin Abi Sufyan (r.huma) juga pernah membenarkan agar rakyat beliau mengkirtik beliau secara terbuka dalam khutbah yang disampaikan oleh beliau.

Maka sekiranya kerajaan sendiri sudah membuka ruang sebagaimana Mu'awiyah membuka ruang untuk rakyat-nya menyatakan hasrat/ membantahnya, maka relevenkah andai kita terus mengecop seiapa yang berdemonstrasi secara aman di tempat-tempat yang kerajaan sendiri sediakan sebagai "Khawarij"? Di dalam atsar (kisah) Mu'awiyah itu, di akhir hadith tersebut dinyatakan bahawa Mu'awiyah memuji tindakan seorang rakyatnya yang bangun membantah beberapa tindakan beliau kerana berasa lega selepas merasakan dirinya (Mu'awiyah) bukanlah orang yang Nabi s.a.w. maksudkan dalam hadith yang berbaur ancaman terhadap pemimpin dengan sifat tertentu.

Sebenarnya saya juga pernah terbaca satu fatwa oleh ulama' di Timur Tengah yang mengatakan bahawa demonstrasi yang diharamkan Islam adalah hanya terbatas bagi tujuan memprovokasi, melontarkan persepsi buruk, mendoakan keburukan buat pemimpin dan yang bersangkutan dengannya apatah lagi bertujuan untuk menggulingkannya, maka semua itu jelas diharamkan. Namun sekiranya demonstrasi dilakukan bukan atas tujuan seperti yang dinyatakan disamping mendapat keizinan dari pihak berautoriti, maka hal itu diperbolehkan dengan syarat menjaga tata susila seperti percampuran bukan mahram dan tidak kurang juga hak-hak jalan yang empat yang harus dipenuhi.

Masihkah kalian ingat hadith mengenai hak jalan yang dijadikan dalil bagi membantah demonstrasi? Dalam hadith berkenaan, tidak dinafikan bahawa sememangnya Rasulullah s.a.w. melarang para sahabat agar duduk di tempat perjalanan orang ramai. Namun sambungan hadith itu adalah Rasulullah sendiri menggariskan hak-hak jalan yang harus dipatuhi bagi membolehkan hasrat para sahabat yang gemar duduk di jalanan itu meneruskan tabiat mereka. Pada pandangan saya, sekiranya hak-hak jalan yang Rasulullah s.a.w. gariskan tersebut sudah dipenuhi, maka adakah releven andai kita mengatakan orang yang berdemonstrasi dengan mendapat keizinan pihak berautoriti lagi mampu memenuhi tuntutan Nabi s.a.w. terhadap hak-hak jalan tersebut sebagai "Khawarij" biarpun pada dasarnya mereka berhimpun bukan untuk membuat kekacauan apatah lagi menggulinkan pemerintah sebaliknya hanya bertujuan menyatakan hasrat di hati memandangkan undang-undang yang pemerintah redhai juga membenarkannya?

Biarpun demokrasi tidak syar'ie, maka adakah sesuatu yang syar'ie andai kita yang dahulunya begitu lantang mengatakan demokrasi itu bawaan kuffar yang bertujuan menjahanamkan Islam dari dalam kemudiannya terjebak dalam politik bawaan demokrasi? Mungkin kita boleh menolak perbincangan mengenai mudharat besar-kecil sebelum menjawab persoalan ini kerana InsyaAllah kita sepakat bahawa kita mengikut demokrasi kerana terpaksa, bukan dengan rela.

PS: Saya sedang melemparkan pandangan yang mungkin agak bercanggah dengan sesetengah asatiz yang mengharamkan demonstrasi secara mutlak. Itu tandanya saya bukannya seorang yang fanatik atau taksub terhadap guru-guru saya. Atau mungkin ada sesiapa boleh betulkan pandangan saya yang tidak terlepas dari cacat-cela ini?

Comments