Ikhwanul Muslimin - Mudharat pemerintah zalim, pembunuhan serta pesan Nabi mengenainya [Rencana]

Ditulis oleh: Muhammad  Zulsyamini bin Sufian Suri, mahasiswa tahun kedua Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) UiTM Shah Alam.

DALAM keadaan rakyat Malaysia member tumpuan terhadap musibah pesawat MAS yang hilang baru-baru ini, umat Islam digemparkan dengan perkhabaran mengenai seramai 529 penyokong Mohamed Morsi atau gerakan Ikhwanul Muslimin (IM)  yang dijatuhi hukuman mati.

Mereka yang dijatuhui hukuman tersebut disabitkan bersalah oleh mahkamah Mesir menyebabkan kematian sebilangan anggota polis atau pasukan keselamatan Mesir dalam usaha berdemonstrasi membantah pihak kudeta Mesir.

Tidak diragukan lagi perkara ini amat mendukacitakan. Sebagai seorang Muslim, sewajarnya hal sebegini menimbulkan rasa marah serta simpati kerana sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara. Setidaknya pun, perkara sebegini tentunnya tidak dapat diterima naluri kemanusiaan kerana hanya disebabkan tidak sampai lima orang dari pihak kudeta yang mati, ianya dibalas dengan 529 nyawa yang dijatuhi hukuman mati.

Bayangkan sesudah ratusan rakyat Mesir yang berdemonstrasi dibunuh oleh pihak berkuasa yang dinaungi kudeta, tidak kedengaran pula perkhabaran mengenai hukuman yang dijatuhkan keatas mereka. Namun hanya kerana dua orang dari pihak kudeta dibunuh, lebih 500 jiwa dibalas bunuh. Jiwa kemanusiaan manakah yang melihat hal ini sebagai suatu keadilan?

Walaubagaimana pun, perkara diatas sebenarnya dapat dihindari sekiranya pihak penyokong parti IkhwanulMuslimin yang dihukum mati tersebut  benar-benar mempraktikkan suruhan Nabi s.a.w. pada 1400 tahun yang lepas ketikamana baginda membicara apakah yang harus dilakukan sekiranya umat baginda berhadapan dengan pemerintah zalim bahkan berhati seperti Syaitan. Sabda Nabis.a.w.:

"Setelahku nanti akan ada pemimpin yang memimpin bukan dengan petunjukku dan mengambil sunnah bukan dari sunnahku, lalu akan dating beberapa lelaki yang hati mereka sebagaimana hati syaitan dalam rupa manusia."Hudzaifah berkata; "Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, jika hal itu menimpaku, maka apa yang anda perintahkan kepadaku?""Baginda s.a.w. menjawab: "Dengar dan patuhilah kepada pemimpinmu, walaupun dia memukulmu dan merampas harta bendamu.  Dengar dan patuhilah dia." [H.R. Muslim ].

Menurut mantan mufti negeri Perlis, Prof. Madya Dr.  Mohd Asri Zainal Abidin, konteks hadith di atas yang Nabi s.a.w. maksudkan adalah ketikamana dengan tidak taat serta patuhnya kita terhadap pemerintah berhati syaitan itu bakal memungkinkan rakyat dilanda kemudharatan yang lebih besar seperti harta dirampas, diseksa malah dibunuh, bersesuaian dengan kaedah Feqah “Sekiranya bertembung antara sesuatu mudharat dengan (mudharat) yang lain maka diambil mudharat yang paling kecil dan ringan”.

Maka jelaslah antara mudharatnya umat Islam dibunuh berbanding kemudharatan apabila membiarkan penguasa zalim yang masih beraqidah Islam memerintah, nyatalah bahawa
mudharat yang lebih ringan adalah membiarkan penguasa Muslim yang zalim itu kekal memerintah.Terkorbannya jiwa walau seorang Muslim bukanlah perkara remeh sebagaimana hadith “Untuk seluruh dunia ini hancur lebih mudah di sisi Allah berbanding seseorang Muslim dibunuh” [H.R.Bukhari]. Sedangkan sejarah mencatatkan bahawa Islam juga menjadi terbilang di bawah kekuasaan pemerintah zalim lagi fajir (ahli maksiat) sepertimana yang berlaku di masa pemerintahan Al-Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi.

Apabila hanya akur serta tidak mencabut ketaatan dari pemerintah Muslim  yang zalim, tidaklah bererti kita meredhai segala kezalimannya. Ianya tidak lebih dari sekadar mengelak datangnya mudharat lain yang bakal menimpa diri, saudara-mara seta sahabat handai.

Ia sebagaimana yang dilakukan oleh orang Yahudi terhadap penduduk Palestin di mana jika seorang Yahudi dibunuh oleh penduduk Palestin, maka kaum Yahudi akan membalas dengan membunuh semula puluhan orang Palestin (Islam) atau lebih. Maka perbuatan berdemonstrasi yang menyebabkan huru-hara di Mesir dilihat langsung tidak memberikan manfaat bagi kaum Muslimin kerana atas alasan itulah, mereka dihukum mati kerana disabit mencetuskan huru-hara selain menyebabkan kematian anggota keselamatan.

Oleh itu, ingin sekali lagi ditegaskan bahawa mentaati pemerintah Muslim yang zalim tidaklah bererti meredhai kezalimannya. Sesungguhnya kemungkaran dicegah berdasarkan tahapnya iaitu melalui perbuatan, lisan dan juga hati. Mencegah melalui perbuatan adalah buatmereka yang berautoriti atau diberi kuasa melaksanakan undang-undang. Adapaun melalui perbuatan adalah dengan cara menasihati bagi yang berkredibiliti dan sekiranya tidak mampu juga, barulah tahap terendah diambil kira, iaitu melalui pengingkaran hati terhadap sesebuah kemaksiatan serta kezaliman.

[596 patah perkataan tidak termasuk headline (tajuk), byline (biodata penulis) serta pernyataan ini.]


Comments