Penyusun: Muhammad Zulsyamini
Muft kerajaani Arab Saudi, Syaikh Abdul Aziz Alu Syaikh dikecam kerana mengeluarkan fatwa mengenai demonstrasi atau solidariti terhadap rakyat Gaza yang disifatkannya sebagai perkara sia-sia yang tidak mendatangkan sebarang manfaat. Atas sebab itu, beliau (Semoga Allah memeliharanya) dicemuh dengan pelbagai perkataan keji lalu dikatakan bahawa beliau adalah tali barut Yahudi-Zionis yang bersimpati terhadap tentera Israel (Zionis) dan membela mereka namun tidak membela umat Islam.
Sungguh tuduhan sedemikian merupakan antara sedusta-dusta tuduhan di mana dalam pernyataan yang sama pada Ramadhan lalu, Syaikh Abdul Aziz juga berfatwa agar kutipan derma dan sumbangan zakat lebih utama disalurkan kepada rakyat Ghazzah (Gaza) berbanding negeri-negeri kaum Muslimin yang tidak dilanda musibah seteruk yang berlaku di sana memandangkan segala harta-benda rakyat Palestin khususnya di Gaza musnah dibedil selain tanah mereka dirampas Yahudi.
Dalam pada itu, pernyataan daripada laman Facebook NGO Aman Palestin yang hanya memfokuskan bahawa Mufti Besar itu melarang daripada bersolidariti hingga menyebabkan ribuan manusia mengeji mufti itu, tindakan NGO tersebut dikecam memandangkan sumber yang menjadi rujukan mereka dalam menyebarkan berita itu diambil daripada media atau portal berita pro-Zionis iaitu di http://www.debka.com/ yang difikirkan sudah tentu menyembunyikan sebahagian fakta untuk menjayakan muslihat mereka.
Adapun sumber daripada media Rusia [1] serta media di India, Kashmir Dispatch [2] dengan jelas melaporkan bahawa mufti berkenaan hanya menafikan keberkesanan usaha pihak yang bersolidariti dengan hanya menunjukkan penentangan atas dasar emosi tanpada didasari ilmu di samping juga menyeru agar sumbangan terus menerus disalurkan kepada rakyat Palestin khususnya di Ghazzah.
Tidak kurang juga ada yang berpandangan bahawa umat Islam di Gaza telah menang. Persoalannya, Adakah persetujuan genjatan senjata adalah penanda aras bagi mereka mengisytiharkan kemenangan?
Jika diimbas kembali, mahu penulis tanyakan, sudah berapa kali genjatan senjata dicabuli Zionis?
Berpandukan sejarah Islam pun, betapa banyak kali umat Islam di zaman Rasulullah s.a.w dikhianati oleh Yahudi? Sebagai contoh lihatlah kepada sejarah Yahudi Bani Quraizah dalam peperangan Ahzab (Perang Khandaq) di mana Yahudi dari kaum itu mengkhianati piagam Madinah tatkala mereka berpakat dengan tentera Musyrikin Mekah dalam menyerang Kota Madinah. Begitu juga dengan peristiwa perjanjian Hudaibiyah yang dilanggar Musyrikin Mekah. Bahkan di dalam Al-Quran, berapa banyak ayat yang menceritakan sikap Bani Israel (Yahudi) yang gemar melanggar atau berkhianat terhadap janji mereka terhadap para Nabi mereka?
Imam Bukhari meriwayatkan dari sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Khabbab bin Arat r.a, bahawa pada suatu hari beliau mendatangi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang sedang berbaring di bawah naungan Ka’bah berbantalkan selimutnya. Lalu Khabbab berkata kepada baginda s.a.w.: “Tidakkah engkau (wahai Rasul Allah) memohonkan pertolongan untuk kami? Tidakkah engkau berdoa kepada Allah untuk kami? Maka baginda s.a.w. menjawab: “Dahulu pada zaman umat sebelum kalian terdapat orang yang ditimbus ke dalam tanah, kemudian didatangkan gergaji, lalu diletakkan (gergaji itu) di atas kepalanya hingga terbelah menjadi dua, dan seksaan itu tidaklah menjadikan dia berpaling dari agamanya. Serta terdapat orang yang disikat dengan sisir daripada besi hingga terkupas dagingnya sehingga menampakkan tulang atau ototnya. Akan tetapi hal itu tidaklah menjadikan dia berpaling dari agamanya. Sungguh demi Allah, urusan ini akan menjadi sempurna, sehingga akan ada penunggang kendaraan dari Sanaa’ hingga ke Hadramaut, sedangkan dia tidaklah merasa takut kecuali kepada Allah atau (seperti) serigala atas dombanya. Akan tetapi kalian adalah orang-orang yang terburu-buru.” [3]
[*4] Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pada kisah ini kembali menerapkan keimanan Khabbab kepada janji Allah. Sebagaimana baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam juga menegur sahabat Khabbab agar meninggalkan sikap terburu-buru dalam perjuangan di jalan Allah.
Jika dilihat, Khabbab yang hanya meminta agar Nabi s.a.w memohonkan pertolongan Allah sebelum wujudnya faktor kemenangan, dinyatakan sebagai terburu-buru. Maka bagaimana halnya dengan sikap kebanyakan umat Islam pada zaman ini yang sebahagian besar darinya menempuh jalan demonstrasi, pengeboman, pendirian parti politik, dan menerima dukungan serta bantuan dari sesiapa jua pun di samping boleh berkerjasama dengan parti apapun tanpa menghiraukan asas dan ideologi yang didukung partai itu? Semua ini mereka lakukan di bawah slogan: “Menyegerakan kejayaan bagi umat Islam?!!”, “ Mengusahakan jaminan hidup bermartabat bagi umat Islam!”, “Memperjuangkan nasib kaum Muslimin!!”, serta seumpamanya. Bahkan daripada kalangan mereka ada yang berkata: “Bila umat Islam tidak memasuki parlimen, maka siapakah yang akan menjamin nasib mereka?!” Seakan-akan mereka tidak pernah mendengar jaminan dan janji Allah dan Rasul-nya sebagaimana hadis di atas serta ayat ini:
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang (umat-umat) sebelum mereka sebagai penguasa, dan Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, serta Dia benar-benar akan merubah (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang yang fasiq.” [QS. An Nur: 55]
Sesudah perjanjian Hudaibiyyah ditandatangani, Umar bin Khatthab r.a yang tidak sanggup melihat Abu Jandal r.a. diserahkan kembali ke orang-orang Quraisy, berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Bukankah engkau adalah benar-benar Nabiyullah (Nabi Allah)?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Ya.” Umar pun kembali berkata: “Bukankah kita di atas kebenaran, sedangkan musuh kita di atas kebatilan?” Nabi pun menjawab: “Ya!” Umar pun berkata: “Lalu mengapa kita terpaksa pasrah dengan kehinaan dalam urusan agama kita, bila terjadi hal sedemikian rupa?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Sesungguhnya Aku adalah Rasulullah, dan aku tidak akan menyelisihi perintah-Nya, dan Allah adalah penolongku.” Umar kembali berkata: “Bukankah engkau pernah mengkhabarkan kepada kami bahawa kita akan mendatangi Ka’bah, kemudian berthawaf di sekelilingnya?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ya, dan apakah aku pernah mengkhabarkan bahawa kita akan mendatangi Ka’bah pada tahun ini?” Umar pun menjawab: “Tidak.” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melanjutkan: “Sesungguhnya engkau akan mendatanginya, dan akan berthawaf mengelilinginya.”” (Muttafaqun ‘alaih (H.R. Bukhari dan Muslim)
Pada kisah ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berusaha meneguhkan kembali keimanan Umar bin Khatthab kepada janji Allah agar tidak tergoyah serta mengingatkannya agar bersabar dalam menanti datangnya pertolongan Allah, iaitu dengan tetap taat kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dengan demikian barulah pertolongan Allah ta’ala dapat dicapai, iaitu dengan keimanan yang benar dan kukuh serta kesabaran yang teguh. Allah ta’ala berfirman:
وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ
“Dan Kami jadikan dari mereka pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, ketika mereka bersabar, dan adalah mereka selalu meyakini ayat-ayat Kami.” [QS. As Sajdah: 24] [*4]
DEMONSTRASI VS SOLAT SUBUH
Pada pengamatan penulis, Demonstrasi kepada Gaza sememangnya adalah satu perbuatan sia-sia SEANDAINYA dalam Saf solat secara berjamaah pun tumit masih tidak disamakan, bahu tidak dirapatkan bertemu bahu jemaah yang lain dan kaki tidak bertemu kaki. Dalam keadaan saf solat yang tidak teratur pun ada hati ingin berperang, padahal Allah berfirman:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."[Surah As-Saff (61) ayat ke-4]
Sekiranya punca perselisihan dan perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam ini pun masih tidak dapat diselesaikan, jangan mimpilah orang Yahudi akan takut kepada orang Islam. Maka tidak menghairankan apabila seorang Rabai Yahudi ketika ditemubual oleh wartwan di Amerika Syarikat menyatakan bahawa zaman umat Islam akan membunuh orang Yahudi yang sedang berlindung di sebalik batu dan pohonan sebagaimana yang diceritakan di dalam hadith mengenai pohon Gharqad masih jauh untuk dicapai andai solat Subuh yang didirikan secara berjamaah di Masjid masih tidak dapat menyamai jumlah kehadiran umat Islam pada waktu Solat Jumaat.
Pengakuan Rabai Yahudi itu jelas menunjukkan bahawa mereka sangat takutkan kesepaduan umat Islam atas dasar mentaati pemerintah (Imam), bukan hanya beremosi tidak tentu arah. Bagaimana umat Islam boleh bersatu hati andai Saf Solat pun masih tidak sempurna?
Dari Abu Mas'ud R.A, dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ مَنَاكِبَنَا فِي الصَّلَاةِ وَيَقُولُ اسْتَوُوا وَلَا تَخْتَلِفُوا فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ
"Bahawasanya Rasulullah SAW senantiasa memegang pundak (bahu/ leher) kami tatkala akan mendirikan solat, dan berkata:"Luruskan, jangan bengkok agar hatimu tidak berpecah-belah."" [H.R. Muslim no.269]
Dalam riwayat Al-Bukhari dinyatakan:
لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ
"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Luruskanlah saf kalian, atau Allah akan memalingkan wajah-wajah kalian." [No. 676]
MASALAH BOIKOT
Boikot tanpa ilmu dan keizinan pemerintah hanya mengakibatkan perniagaan Muslim bumiputra yang bekerja di bawah ataupun yang memiliki francais syarikat-syarikat yang diboikot gulung tikar dan bermaharajalelanya syarikat-syarikat 'merchandise' atau pengeluar t-shirt untuk mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas kejatuhan syarikat yang francaisnya dimiliki oleh orang Islam yang diboikot. Perniagaan suara melalui Nasyid 'Islami' tidak terkecuali dalam mengambil kesempatan melariskan jualan album atas penderitaan orang lain.
Sekiranya pemerintah yang mengizinkannya, maka tidak perlulah kita risau dengan kadar pengangguran yang semakin meningkat hasil perbuatan memboikot apabila pemerintah yang sudah tentu memiliki autoriti dan strategi jangka panjang dapat menjamin peluang-peluang pekerjaan yang lain sebagai alternatif buat para pekerja syarikat yang diboikot itu. Apabila sangat kurangnya peluang pekerjaan, maka kadar jenayah seperti curi, ragut dan rompak pun mempunyai kebarangkalian meningkat dengan agak mendadak sekali.
Berkenaan permasalahan boikot, mungkin nukilan fatwa daripada para ulama’ berikut mampu merungkai persoalan:
Syaikh Ali bin Hasan bin Ali Al-Halaby Al-Atsary ditanya : Bagaimana tentang pemboikotan ekonomi ke atas negara-negara Kafir ?
Jawapan.
Mengenai muqatha'ah (boikot) terhadap (produk) orang kafir, ianya adalah masalah politik dan bukannya masalah Syar'ie. Jika ia adalah masalah syar'ie, maka tentu sekali Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam sudah memboikot orang-orang Yahudi. Sedangkan ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam meninggal dunia (wafat), baju besi baginda masih tergadai pada orang Yahudi. Justeru masalah ini boleh jadi bermanfaat dan boleh juga tidak (bermanfaat).
Lalu siapakah yang menentukan ada atau tidaknya pemboikotan ? (Maka tentulah) mereka adalah para 'ulama dan para ahli politik Muslim serta para negarawan Muslim yang memiliki ilmu berkenaan Syari'at di samping memahami hakikat realiti dan juga mengetahui sebab dan akibat. Jika tidak, maka perbuatan memboikot (produk dari negara Kuffar) justeru tidak merugikan orang kafir, (namun) dapat berbalik merugikan umat Islam sendiri. Jadi ada atau tidaknya muqatha'ah, (itu) bergantung kepada maslahah syar'iyyah rajihah.
===========================================================
Fatwa Lajnah Daimah Lil Buhuts Wal Ifta' (Lembaga Pengkajian Ilmiah dan Fatwa) Arab Saudi.
Pertanyaan.
Lajnah Daaimah Lil Buhuts Al-Ilmiah Wal Ifta ditanya : Sekarang ini begitu hebat seruan pemboikotan terhadap produk-produk Amerika seperti Pizza Hutt, Mc Donald dan sebagainya. Maka apakah kita harus ikuti seruan itu ?Serta apakah mu'amalah jual beli dengan orang-orang kafir di Darul Harbi (negara Kuffar) dibolehkan atau ia hanya dibolehkan dengan mu'ahadin, dzimmiyyin, dan musta'min di negeri (negara) kita sahaja?
Jawapan
Dibolehkan membeli produk-produk yang mubah (halal -pent-) dari mana sahaja asalnya, selama mana Waliyyul Amr (pemerintah kaum Muslimin) tidak memerintahkan pemboikotan dari suatu produk untuk kemaslahatan Islam dan kaum Muslimin, kerana hukum asal dalam jual beli adalah halal berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'aala.
وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
"...(padahal) Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. [Al-Baqarah (2) ayat ke-275]
Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam juga pernah membeli barang daripada orang Yahudi.
[Lajnah Daaimah No : 21176, Tgl 25/12/1421H]
============================================================
Kata Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan:
"Produk-produk Amerika tetap datang dan dijual di pasaran kaum Muslimin. Tidaklah memberikan mudharat kepada Amerika jika engkau tidak membeli produk-produk mereka. Tidak boleh diboikot produk-produk tertetntu kecuali jika Waliyyul Amr (pemerintah Muslim) mengeluarkan keputusan (untuk diboikot) . Jika Waliyyul Amr mengeluarkan keputusan pembolikotan terhadap suatu negeri maka (barulah) ia WAJIB diboikot.
Adapun jika ada orang perseorangan yang melakukan sebegini rupa, dengan memandai-mandai dan berfatwa (akan keharamannya) maka ini bererti dia telah mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t.
Walau bagaimanapun, ingin penulis memberitahukan awal-awal, bahawa penulis bukanlah seorang penggemar McDonald. Berikut penulis juga ingin naqalkan kalam Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin mengenai kejahatan yang mungkin sekali Yahudi lakukan terhadap produk-produk yang digunapakai orang Islam.
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin berkata:
"Sekiranya kita mengatakan tidak boleh membeli produk mereka (Yahudi), maka akan hilang dari kita banyak sekal hal-hal yang bermanfaat, seperti kereta buatan Yahudi, dan hal-hal lain yang bermanfaat di mana tidak ada yang membuatnya melainkan orang Yahudi.
Sememangnya benar bahawa minuman seperti ini kadang kala terdapat unsur mudharat dari orang Yahudi, kerana ketahuilah bahawa orang Yahudi tidak boleh dipercaya. Hal ini kerana mereka pernah letakkan racun pada daging kambing yang mereka hadiahkan kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan Rasulllah Shallallahu 'alaihi wa sallam sebelum meninggal, baginda mengatakan.
"Tidak henti-henti aku merasakan sakit kerana makanan yang aku makan di Khaibar, dan inilah saat terputusnya urat nadiku dari dunia (maksudnya kematianku) dengan sebab racun itu..."
Maka kerana inilah Imam Az-Zuhri berkata : "Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam wafat kerana dibunuh oleh orang-orang Yahudi."
Semoga Allah melaknat orang-orang Yahudi, dan melaknat orang-orang Nasrani, kerana mereka semua tidak ada yang boleh dipercaya. Namun aku menduga bahawa barang-barang yang sampai kepada kita ini pastinya sudah diperiksa serta diuji (akan jaminan keselamatannya) serta diketahui apakah ianya berbahaya ataupun tidak."
PERTUMPAHAN DARAH YANG TERJADI SALAH HAMAS SENDIRI?
Berikut penulis lampirkan tulisan oleh Abdul Aziz bin Rays ar-Rays, pengasas laman web al-Islam al-’Atieq yang diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia oleh Abu Mushlih Ari Wahyudi di laman Muslim.Or.Id di alamat: http://muslim.or.id/manhaj/pelajaran-dari-palestina.html:
"Betapa sering seorang Muslim harus merasa sakit akibat melayangnya nyawa kaum Muslimin yang lain disebabkan kobaran semangat yang tidak dilandasi oleh ilmu (yang benar) sehingga menimbulkan kezaliman orang-orang kafir kepada kaum Muslimin yang lemah justeru menjadi berlipat ganda. Maka jadilah mereka korban sembelihan orang-orang kafir yang sangat gemar menganiaya, dan mereka (orang kafir) itu (yang dimaksudkan) adalah orang-orang Yahudi. Dan jadilah kaum Muslimin sebagai korban akibat tindakan yang salah dari sebagian kaum Muslimin, dan mereka itu adalah dari kalangan para pemimpin HAMAS.
Saya tidak mengerti sama sekali apa yang mendorong organisasi HAMAS untuk melakukan tindakan-tindakan perlawanan secara terang-terangan kepada orang-orang Yahudi kafir terlaknat itu, padahal mereka juga mengetahui bahawa kekuatan mereka sama sekali tidak ada apa-apanya (mencukupi) jika dibandingkan dengan kekuatan orang-orang Yahudi. Bahkan, tindakan mereka itu justeru pada pangkalnya mengakibatkan semakin kerasnya penyeksaan kaum Yahudi kepada orang-orang yang lemah di antara kaum Muslimin di Gaza. Sementara para pemimpin HAMAS boleh sahaja selamat kerana mereka boleh membuat markas perlindungan di sekelilingnya untuk menyelamatkan diri. Kemudian, yang lebih aneh lagi adalah tindakan HAMAS yang tetap berdegil mahu meneruskan perang, sampai-sampai orang yang melihat (adegan mereka) mengira bahwa mereka memiliki kekuatan dan kemampuan yang memadai untuk menghancurkan Yahudi. Maka hal itu tidak lain justeru semakin menambah sakit dan luka pada diri kaum Muslimin akibat terjadinya berbagai pertumpahan darah yang sangat keji yang dilakukan oleh Yahudi.
Salah satu contoh tindakan yang membuat orang tertawa sekaligus menangis adalah pernyataan HAMAS yang beralasankan perbuatan mereka itu, iaitu serangan kepada Yahudi secara terang-terangan adalah atas alasan terpaksa kerana mereka sedang berada dalam kondisi terkepung sehingga hal itu mendorong mereka untuk memilih meninggalkan bahaya yang timbul akibat kepungan musuh menuju suatu bahaya yang lebih berat dan lebih mengerikan, iaitu menggabungkan antara bahaya pengepungan dan terjadinya pertumpahan darah kaum Muslimin. Sememangnya benar bahawa menetapnya Yahudi di bumi Palestin adalah kejahatan dan kezaliman yang tidak boleh diakui sama sekali. Mereka (Yahudi) pun harus diusir agar mereka mengangkat tangan (menyerah kalah) agar tidak lagi menjajah al-Quds. Akan tetapi, kekeliruan ini tidak boleh disembuhkan dengan kekeliruan lain yang lebih fatal iaitu dengan menyebabkan tertumpahnya darah orang-orang yang tidak bersalah dalam jumlah yang sangat banyak.
Saya benar-benar mengajak kepada para pemimpin organisasi HAMAS untuk selalu bertaqwa dan takut kepada Allah dan mengambil pelajaran dari para pendahulu mereka iaitu al-Ikhwan al-Muslimun (IM). Betapa banyak kerugian yang timbul akibat letupan semangat dan tindakan-tindakan membahayakan yang mereka perbuat sehingga menyebabkan melayangnya banyak nyawa sebagaimana yang dahulu mereka lakukan di daerah Hamat. Kejadian yang menimpa mereka ketika itu belum jauh berlalu dari ingatan kita. Hendaknya mereka takut kepada Allah demi terjaganya keselamatan kaum muslimin yang lemah di Gaza yang terdiri dari orang-orang tua yang sudah lanjut dan anak-anak yang masih menyusu. Lihatlah, sekarang darah itu sudah tertumpah! Para wanita telah ternodai kehormatannya, dan demikian pula anak-anak telah menjadi yatim. Apa yang boleh kalian (HAMAS) lakukan selain mengeluh dan mengadu. Lihatlah, apa yang bisa kalian harapkan dari Iran yang Syi’ah itu yang katanya siap memberikan bantuan kepada kalian kecuali sekedar melemparkan urusan (tanggungjawab) mereka kepada pihak lain dan menebarkan keragu-raguan kepada negara-negara Islam Sunni yang lainnya.
Apa yang telah diperbuat oleh kaum Rafidhah (Syi’ah) di Iraq berupa pembunuhan terhadap kaum Ahlus Sunnah dan menyerahkan urusan mereka kepada negara kafir Amerika merupakan bukti paling besar yang menunjukkan kekejian mereka (Syiah), dan tidak mungkin kita berharap bantuan dari mereka (Syiah) untuk melawan kaum Yahudi dan Nasrani."
Pada pengamatan penulis, sekiranya keramaian manusia berpendapat bahawa HAMAS berjuang untuk menegakkan kalimah Allah di kedudukan tertinggi, penulis pula sebaliknya iaitu dengan hanya menganggap bahawa perjuangan atau jihad HAMAS khususnya Briged Al-Qassam tidak lebih dari sekadar menuntut kemerdekaan. Berikut penulis salinkan teks terjemahan daripada pendiri HAMAS, Syeikh Ahmad Yassin berkenaan konflik yang berlaku di Palestin.
Kata Ahmad Yasin, pengasas gerakan HAMAS:
"Tanah air kami dicuri (dirampas). Saya mempunyai sebuah rumah dan sebidang tanah di 'Asqalan. Terdapat juga yang lain seperti di Yafa (Jafa), Ghazzah (Gaza). Kami (hanya) meminta hak kami, tidak lebih dari itu. Kami tidak membenci orang Yahudi dan menentang mereka kerana mereka adalah Yahudi. (Sungguh) mereka adalah manusia yang menganuti agama dan (sebagaimana) kita juga adalah manusia yang menganuti agama (Islam). Kami menyayangi setiap manusia yang menganuti sesebuah agama
Sekiranya saudara (adik-beradik) saya yang menganuti agama yang sama (Islam) dan mempunyai ibu bapa yang sama, dan dia (adik beradik saya itu) mengambil (merampas) rumah saya serta menyingkirkan (menghalau) saya daripada tanah saya sendiri, sungguh saya (juga) akan menentang mereka, saya akan menentang adik beradik saya sendiri.
Saya juga akan menentang sepupu-sepapat saya sekiranya mereka juga melakukan perkara yang sama ke atas saya. Jadi, apabila seorang Yahudi mengambil (merampas) rumah saya serta menyingkirkan (menghalau) saya, saya juga akan menentang (melawan) mereka (sepertimana saya menentang adik-beradik saya).
Saya tidak menentang USA (Amerika Syarikat), Britain mahupun negara-negara (Kafir) lainnya, (kerana) saya dalam kodisi damai terhadap semua manusia. Saya menyintai semua manusia dan mengharapkan yang terbaik buat mereka, walaupun terhadap Yahudi. Orang Yahudi sudah lama hidup (tinggal) bersama-sama kami, dan kami tidak pernah mencabuli mereka, atau menceroboh hak-hak mereka. Mereka (Yahudi) sentiasa berada di kedudukan yang tinggi dalam (pentadbiran) kerajaan mahupun kementerian.
Namun sekiranya mereka (Yahudi) merampas rumah (tanah) saya dan menjadikan saya sebagai seorang pelarian, dan di sana mempunyai sebanyak empat juta pelarian rakyat Palestin yang berada di luar Palestin, maka siapakah yang lebih berhak ke atas tanah ini (Palestin)? Adakah pendatang Russia yang meninggalkan tanah ini lebih daripada 2000 tahun dahulu? Atau (yang lebih berhak) adalah mereka yang meninggalkan tanah ini 40 tahun lalu? Maka siapa yang seharusnya lebih mempunyai hak?
Kami tidak membenci Yahudi, adapun kami hanya mahukan mereka untuk memberikan kembali hak kami. "
Dengan itu, maka jelaslah bahawa pada HAMAS , permusuhan umat Islam dengan Yahudi bukanlah atas dasar dasar agama, sebaliknya atas dasar ingin mengambil semula hak tanah mereka yang dirampas. Sedangkan ketikamana ditanyakan kepada Rasulullah s.a.w. perihal orang yang berperang atas dasar fanatik terhadap bangsa (suku kaum) atau yang berperang kerana ingin dilihat orang, adakah mereka dikira berperang di jalan Allah? Maka Rasulullah s.a.w. menjawab:
“مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ”
“"Siapa yang berperang agar Kalimah Allah menjadi tinggi maka dia berada fii sabilillah (di jalan Allah)." [H.R. Al-Bukhari no.6904]
Kesimpulannya, Masalah tidak akan selesai dengan membakar bendera ataupun bersolidariti. Namun masalah akan selesai andai semua pemimpin-pemimpin negara Islam sepakat, bersatu membuka ruang bagi rakyat Palestin untuk berhijrah ke negara mereka masing-masing. Biarlah mereka meninggalkan tanah air mereka seketika sebagaimana Rasulullah s.a.w. dan umat Islam yang meningglkan kota Makkah seketika dengan berhijrah ke Madinah bagi mengumpul kekuatan di waktu penduduk asal Yathrib (Madinah) membuka ruang kepada Rasulullah s.a.w. berhijrah ke negara mereka. Hasilnya, baginda s.a.w. akhirnya dapat menawan semula Makkah daripada genggaman Musyrikin Quraisy Makkah.
Maka inilah Inilah pendirian penulis. Biarpun penulis menyeru agar orang Palestin Berhijrah keluar dari negara itu, namun penulis tidak menafikan kewajipan membantu mereka terutamanya dari segi bantuan makanan, perubatan, doa dan seumpamanya, sebagaimana Allah menyatakan dalam ayat berikut:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَئِكَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يُهَاجِرُوا مَا لَكُمْ مِنْ وَلايَتِهِمْ مِنْ شَيْءٍ حَتَّى يُهَاجِرُوا وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ إِلا عَلَى قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan BERHIJRAH serta BERJIHAD dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan juga orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orangMuhajirin -yakni orang Ansar-), mereka itu saling melindungi antara satu sama lain. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum BERJIRAH, maka tidak ada kewajipan sedikit pun atas kamu untuk melindungi mereka, selagimana mereka belum BERHIJRAH. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."
[Surah Al-Anfaal (8) ayat ke-72]
Dalam ayat di atas, dengan jelas Allah nyatakan bahawa sekiranya terdapat orang beriman yang masih enggan berhijrah, walaupun telah lepas tanggungjawab untuk menyeru mereka supaya berhijrah, namun apabila mereka yang enggan berhijrah setelah diusir itu meminta bantuan atau pertolongan, maka sebagai umat Islam, kita WAJIB menghulurkan bantuan buat mereka. Wallahua’lam.
========================================================================
Nota Kaki:
[1] http://www.moroccoworldnews.com/2014/08/135880/saudi-grand-mufti-issues-fatwa-against-solidarity-marches-with-gaza/
[2] http://www.kashmirdispatch.com/headlines/040825433-saudi-grand-mufti-issues-fatwa-against-pro-gaza-marches.htm
[3] Hadis Riwayat Al-Bukhari bernombor 6430, 3343, dan 3563
[*4] Disadur daripada tulisan Ustaz Muhammad Arifin Badri, M.A. di laman http://muslim.or.id/akhlaq-dan-nasehat/bangkitlah-ummatku.html
Disusun oleh:
Abu Afham, Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam (Journalism)
11 September 2014
*TULISAN BERKAITAN (Sebelumnya)*:
http://www.aamzulsyamini.com/2014/07/mengapakah-tidak-ada-jihad-di-palestin.html

Comments
Post a Comment