Oleh: Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri
SHAH ALAM- Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zamihan Mat Zin tampil menafikan dakwaan dirinya disekat daripada memberikan ceramah berunsur keagamaan di seluruh Malaysia.
Penafian itu dibuat Zamihan menerusi panggilan telefonnya kepada blogger Abu Afham Muhammad Zulsyamini setelah mendapati penulis blog tersebut menulis laporan berita yang menyatakan bahawa Zamihan disekat daripada menyampaikan sebarang ceramah keagamaan oleh jabatan-jabatan agama di setiap negeri seluruh Malaysia atas perintah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Bagaimanapun blogger tersebut tampil membalas bahawa laporan yang ditulisnya itu adalah berdasarkan daripada sumber 'page' Facebook Kami Bersama Syaikh Nuruddin Menegakkan Kebenaran (KBSNMK) yang dilihat bersimpati atas berita sekatan ke atas Zamihan yang diperoleh pada mulanya.
Difahamkan bahawa Zamihan turut mengugut akan nengambil tindakan undang-undang sekiranya blogger berkenaan gagal memperbetulkan semula fakta berkenaan.
"Sebelum menulis perkara berkenaan, mereka seharusnya merujuk kepada saya terlebih dahulu dan tidak sekadar 'main tangkap muat' dalam menyampaikannya," jelas Zamihan
Menurutnya lagi, perkara itu (sekatan dari JAKIM) adalah tidak benar sama sekali selain meminta kepada blogger berkenaan dan sesiapa sahaja yang telah menyebarkan berita itu supaya memperbetulkan semula fakta berkenaan.
Bagaimanapun, penulis blog Abu Afham Muhammad Zulsyamini berkenaan berkeras untuk tidak menuruti amaran Zamihan kepadanya sehinggalah beliau mendapati laman Facebook KBSNMK juga bertindak menarik semula kenyataan mereka serta mengakui kesilapan mereka dalam menyampaikan maklumat berhubung hal itu.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rakaman Perbualan Telefon Antara Zamihan Dan Blogger Abu Afham Muhammad Zulsyamini:
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rakaman Perbualan Telefon Antara Zamihan Dan Blogger Abu Afham Muhammad Zulsyamini:
Comments
Post a Comment