Sinopsis filem Taken 3 [2015] - Kawan Makan Kawan



Filem Taken 3 [2015] mengisahkan seorang mantan pegawai Agensi Perisikan Pusat (CIA - Central Intelligence Agency), Bryan Mills yang diperangkap oleh seorang pengurus syarikat bernama Stuart St. John demi kepentingan perniagaannya. Mereka pada mulanya agak baik (KAWAN) memandangkan Bryan dan Stuart berkongsi seorang perempuan sebagai isteri dalam tempoh waktu yang berlainan. Bryan merupakan bekas suami kepada perempuan itu dan sejurus mereka bercerai, perempuan itu dikahwini pula oleh Stuart.

Pada mulanya Stuart diugut bunuh oleh Oleg Malankov, seorang jutawan jahat kerana gagal melunaskan hutang. Namun disebabkan terlalu bijak menipu, Stuart memerangkap agen CIA itu (Bryan) sehingga kelihatan seperti Bryan adalah pembunuh kepada bekas isterinya sendiri merangkap isteri kepada Stuart pada masa itu (Lenore St. John). Dengan kata lain, Stuart-lah yang telah membunuh isterinya sendiri (Lenore) lalu direncanakan sehingga kelihatan bahawa agen CIA itulah (Bryan) yang membunuh Lenore. Bryan diperangkap oleh Stuart demi memastikan Bryan akan membunuh Oleg yang seterusnya menyebabkan hutang Stuart terhadap Oleg terlangsai .

Kesanggupan Stuart membunuh isterinya(Lenore) merangkap bekas isteri Bryan adalah demi memperoleh insyuran nyawa Lenore, selain berfikir bahawa Bryan yang tentunya mempunyai kebolehan pertempuran yang dasyat memandangkan dirinya adalah bekas perisik CIA boleh menjayakan niatnya (Stuart) dalam membunuh Oleg Malankov demi membalas dendam atas kematian bekas isteri yang masih disayanginya itu (Lenore).

Akhirnya sebelum sempat membunuh Oleg Malankov, Oleg mengakui sendiri bahawa dia dan juga Bryan sang mantan agen CIA sama-sama telah ditipu oleh Stuart yang pada mulanya Bryan sangkakan sebagai KAWAN. Stuart sanggup memerangkap KAWANNYA SENDIRI hingga dituduh membunuh bekas isteri sendiri semata-mata mahukan Bryan membalas dendam terhadap kematian itu yang natijahnya akan menyebabkan jutawan jahat (Oleg) itu dibunuh (mati) lalu menyebabkan segala hutang Stuart terhadap jutawan jahat itu terlangsai selain mendapat kepentingan daripada insuran nyawa isterinya yang dibunuhnya itu berjumlah kira-kira 12 juta Dollar Amerika.

Pengakhiran filem itu adalah Stuart berjaya ditembak oleh Bryan (namun hanya cedera, tidak mati) dan Stuart disabitkan tuduhan membunuh isterinya sendiri, selain menyebabkan kematian jutawan jahat itu (Oleg) serta konco-konconya yang dibunuh Bryan sang agen CIA telah diperdaya (ditipu) oleh KAWANNYA itu (Stuart)


MORAL:
Kesimpulannya: KAWAN boleh jadi lawan, dan kawan tidak selamanya kawan yang berkekalan. Kawan- Semua orang ada kawan. Namun tak semua kawan baik dengan kita. Ada kawan yang hakikatnya lawan. Ada pula lawan yang akhirnya menjadi kawan. Ada juga kawan yang makan kawan, walaupun lawan sememangnya akan makan lawan.

Itulah dia kawan, berbeza pula dengan kenalan, yang hanya dibuat berkenalan, namun akhirnya ditinggal serta tidak dipedulikan.

Ingatlah, kawan yang kita sisihkan pada hari ini mungkin sekali menjadi penolong kita yang sedang dalam kesusahan di masa mendatang. Ingatlah, mungkin hari ini kita menyisihkan kawan, esok lusa kawan-kawan pula yang menyisihkan kita. Berfikirlah ke hadapan, jadilah 'forward thinker' dalam membuat keputusan, tidak sekadar hanya atas dorongan emosi semata, kita lupakan segalanya hai kawan.

Kita kata kawan tak guna, namun pada masa terdesak pertolongan kawan-kawan pula yang kita tagih. Alangkah malunya kita pada saat itu! Menagih simpati daripada kawan yang pada dulunya hanya dianggap kenalan. Hanya dianggap seperti sampah yang tidak berguna....

Oleh itu, renungilah sebuah pepatah: ""Kawan jangan makan kawan. Makanlah makanan yang dihalalkan. Kawan jangan makan kawan, nanti dicampak ke hutan"


Comments