Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
BOTA: Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin diselar berhubung dakwaan beliau yang mengaitkan penceramah bebas terkenal, Ustaz Kazim Elias (UKE) dengan penyebaran riwayat (hadis palsu).
Pakar perubatan kecemasan, Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir melalui status yang dimuat naik di laman Facebook beliau menyifatkan tindakan Asri agak bercanggah dengan seruannnya sebelum ini yang menyeru kepada kebebasan bersuara dan mengemukakan pandangan terutamanya sejurus kes penahanan beliau oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) beberapa tahun lalu berhubung isu tauliah mengajar di negeri Selangor.
Kontroversi itu tercetus apabila gambar surat rasmi dalaman Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju mengenai pemilihan Kazim sebagai panel bagi sebuah forum yang bakal diadakan semperna Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis disebarkan melalui sosial Facebook.
Selain isu "roti jala" yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. oleh Kazim hingga menyebabkan beliau didakwa menyebarkan hadis palsu, beberapa rakaman video ceramah yang disampaikan Kazim turut memuatkan penceramah bebas berkenaan menyandarkan kisah tahyul yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w. Antaranya, kisah sebutan 'Alhamdulillah" oleh Nabi Muhammad s.a.w. sejurus dilahirkan daripada rahim ibu baginda.
Sebelum ini, Abdul Rahman turut pernah menjadi 'mangsa' cemuhan terbuka Asri melalui medium Facebook akibat terlanjur menyindir arwah Datuk Nik Aziz yang selama ini diketahui sangat menentang perpaduan orang Islam dalam kalangan ahli UMNO dan PAS dengan ancaman meludah muka pihak yang menyeru ke arah perpaduan itu.
Bagaimanapun, seorang pengguna media sosial yang hanya mahu dirinya dikenali sebagai Muhammad Afkar mengaitkan kontroversi yang berlaku telah sedia menjadi satu isu politik dengan menulis sebagaimana berikut:
"Isu Ustaz Kazim disekat Mufti Perlis ni sudah dilihat menjadi isu politik. Mana tidaknya, seorang merupakan pembela kerajaan (UMNO) manakala sorang lagi neutral (kononnya) namun memberati pembangkang. Walhal sebenarnya isu ini timbul berkisar mengenai perbezaan manhaj antara kedua tokoh tersebut. Seorang mengimani Allah wujud tidak bertempat, manakala seorang lagi mengimani Allah bersemanyam di Arasy, di atas langit ketujuh.
"Disebabkan itulah kedua-duanya aku tak sokong. Seorang, walaupun menyebelahi kerajaan, naum main sedap mulut membawa cerita-cerita (hadis) karut selain kecelaruan dalam penyampaian akidah Islam dengan menafikan ketinggian Allah yang berada di atas langit ketujuh. Sorang lagi pula, selain menyebelahi pembangkang, adalah merupakan pengingkar hukuman hudud bagi penzina muhsan (penzina yang sudah berkahwin) sekaligus merupakan pengingkar ijmak Ulama' Ahli Sunnah wal Jamaah dalam masalah hukuman rejam sebagai hukum hudud (ketetapan Allah) yang tidak boleh dipinda sebagaimana hukuman ta'zir)," ujar Afkar.

Comments
Post a Comment